Saturday, October 15, 2016

Preparation for My Graduation Day (Part 6)

Assalammualaikum guys :)

Okay, rasanya ini last entry untuk preparation graduation day aku, lagipun semuanya sudah settle. Tinggal ambil jubah dan menunggu Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85 ni. Goodbye. By the way, kita (graduan) semakin menghampiri Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85. Alhamdulillah lagi 5 hari nak Bertolak ke KL dan lagi 10 hari tinggal untuk bergraduasi. Hari tu aku rasa down dan aku taknak attend pun hari graduasi aku ni tapi bila fikirkan semula, ini adalah moment yang berlaku sekali dalam seumur hidup. Lagipun, ini adalah moment yang ditunggu-tunggu oleh parent aku untuk melihat aku memakai jubah graduan dan mendapat skrol ijazah pertama aku. Part-part sedih nanti kita sambung bila aku dah bergraduasi, okay. Hahahaha. Alhamdulillah, nombor giliran graduan dan sidang sudah dapat diumumkan dalam Portal Konvokesyen UiTM. Kepada sesiapa yang belum check  nombor giliran masing-masing,  sila check di Nombor Giliran Graduan. Okay.


Aku perasan ramai juga graduan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang bakal bergraduasi pada Konvokesyen UiTM Kali ke-85 ni. Tahniah kepada semua graduan MC222 - Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) dan graduan (cohort lama) dari MC221, MC223, MC224, MC227 dan MC228 serta graduan (cohort baru) dari MC241, MC242, MC243, MC244, MC245, MC246, MC247 dan MC248. Syukur alhamdulillah juga dapat Kelas Kedua Tertinggi/Second Upper Class dalam ijazah pertama ni dan jangan lupa ingatkan kepada semua para graduan untuk mengikut etika pakaian dan terutama sekali para tetamu (ibubapa graduan) untuk mengikut etika pakaian yang dibenarkan semasa hari konvokesyen. Nanti ada yang tetamu (ibubapa graduan) yang tidak dibenarkan masuk sebab tidak mengikut etika yang ditetapkan. Kesian datang jauh-jauh dan tak dapat masuk. So, para graduan, take note. Okay. Sila tengok di bawah etika pakaian yang ditetapkan oleh UiTM.


Etika Pakaian Graduan & Tetamu

Kenaan sewa dan caj perkhidmatan bagi graduan yang tidak menepati sahsiah diri. Mulai Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80, UiTM telah menetapkan caj sewa bagi perkhidmatan pinjaman pakaian dan peralatan serta menggunting rambut bagi graduan sidang Istiadat Konvokesyen UiTM yang tidak menepati sahsiah yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Kadar sewa bagi setiap pinjaman pakaian dan peralatan secara flat rate sebanyak RM10.00 bagi setiap item. Para graduan yang terlibat mengisi borang pinjaman seperti amalan biasa.
  • Sekiranya graduan didapati merosakkan atau tidak membuat pemulangan pakaian peralatan yang dipinjam, maka kenaan denda atau caj perkhidmatan sebanyak RM20.00 (tidak termasuk kos item) bagi setiap item akan dikenakan.
  • Bagi perkhidmatan menggunting rambut, bayaran RM10.00 dikenakan kepada graduan yang terlibat. Graduan yang terlibat perlu mengisi borang maklumat diri seperti mana amalan biasa.
  • Graduan yang gagal membuat bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai hutang kepada universiti dan boleh menyebabkan penahanan skrol dan transkrip.
Pakaian Graduan Lelaki:
  • Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  • Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa bengkung.
  • Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam.
  • Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  • Songkok tidak diperlukan.
  • Seluar HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans, kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasaan TIDAK DIBENARKAN).


Laluan Susunan Barisan
  • Kepada graduan konvokesyen UiTM Shah Alam Selangor. Berikut adalah laluan graduan ke tempat berkumpul bagi Penyusunan Perarakan Graduan untuk masuk ke dalam dewan. Sila pastikan laluan anda mengikut nombor giliran anda.
Tempat Letak Kenderaan (Graduan)
  • Sidang Pagi
    • Padang kawad UiTM Shah Alam (berhampiran stadium UiTM)
  • Sidang Petang
    • Parking Purnama Selasih, Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Jakel) 
  • Kenderaan dan bas UiTM disediakan untuk ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam
Laluan Masuk ke UiTM Shah Alam (Kampus Induk)

Laluan Masuk Kenderaan Graduan dan Tetamu ke dalam Kampus Induk:

  • Laluan masuk ke dalam kampus UiTM Shah Alam bagi graduan dan ibubapa adalah melalui pintu masuk 2 (melalui seksyen 7, Shah Alam).  
  • Manakala pintu masuk 1 (Seksyen 2, Shah Alam) hanya dikhaskan kepada tetamu VVIP,VIP dan staff UiTM sahaja.

Tempat Letak Kereta Graduan, Ibubapa/tetamu graduan:
  • Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu graduan ditempatkan di Padang Kawad berhampiran Stadium UiTM atau sekitarnya yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan UiTM. Sila ikut arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan meletak kereta tuan/puan.
  • Bas UiTM disediakan untuk membawa graduan/tetamu graduan pergi/ balik ke Dewan Agong Tuanku Canselor dari tempat letak kenderaan yang dikhaskan.
  • Graduan/Jemputan sidang petang Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78 untuk terus ke Parkir Bertingkat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam untuk meletakkan kenderaan anda. Bas akan disediakan bagi tujuan ke Dewan Agong Tuanku Canselor.
Graduan/Tetamu Menggunakan Bas Awam Ke UiTM
  • Bagi mereka yang menaiki bas awam ke UiTM, tuan/puan boleh menaiki bas UiTM yang disediakan bersebelahan Kolej Jati, Seksyen 2, Shah Alam. 
  • Bas berkenaan bertulis “KONVOKESYEN”. Semasa pulang ke Seksyen 2, sila menaiki bas yang sama yang menunggu di belakang Dewan Agong Tuanku Canselor.   
Jadual Perkhidmatan Bas UiTM  
  • Graduan sidang pagi 7.00 pagi - 2.30 petang  
  • Graduan sidang petang 11.00 pagi - 7.00 petang
#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour

No comments :

Post a Comment