Monday, November 14, 2016

Kata-Kata Mutiara

Assalammualaikum guys :)

Sungguh terkesan dengan kata-kata ni.


Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib (ra) dikejar - kejar oleh para bidadari syurga. 

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Subhanallah. 
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. 

آمين يارب العالمين 

JANGAN TUNGGU KEMENANGAN, LAKSANA TUGAS MASING-MASING

"Demi Allah, sesungguhnya kemenangan itu hanya beberapa jengkal daripada kepala kamu. Hanya menunggu seruan Kun Fayakun, maka janganlah kamu sibuk dengan bertanya bilakah kemenangan akan tiba tetapi sibukkan dirimu dengan tugasan kamu diposisi masing-masing bagi memperjuangkan kebenaran dan menundukan kebatilan". - Al-Syahid Syed Qutb

2 comments :