Thursday, December 29, 2016

Congratulations Addy On Your 1st Job !

Assalammualaikum guys :)

Okay, sudah baca kan tajuk di atas tu. Ni lah "hadiah" yang aku dapat masa birthday aku hari tu. Ini merupakan hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidup ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Congratulations Addy. Setelah berhempas pulas selama 10 bulan dalam mencari pekerjaan, 11 kali menghadiri temuduga kerja di Tawau, pernah kena reject depan-depan, settled down CTOS dan CCRIS, akhirnya dapat juga kerja. Percubaan dan interview kali ke-2 di tempat yang sama, akhirnya berjaya. Sungguh cantik perancangan Allah S.W.T dan  tercapai juga niat/impian aku mahu bekerja di Bumi Peladang, Tawau. Well, it's not easy. Stress juga bila menunggu dan memikirkan soal pekerjaan tapi itulah jangan sesekali berputus asa dan sentiasa bersikap optimistik dalam mencari/memohon kerja. Kalau semuanya mudah/senang, tidaklah dapat merasa cabaran/halangan dalam mencari kerja. Tapi kalau dapat kerja awal, itu rezeki. Rezeki tu datang tepat pada masanya. Alhamdulillah.

Selamat datang Addy ke alam pekerjaan 
dan pastikan buat yang terbaik dalam menjalankan tugas.


Tidak lupa juga, terima kasih kepada kedua-dua ibubapaku yang menjadi tulang belakang dan banyak membantu serta tidak pernah berhenti menyokongku dalam mencari pekerjaan atau menghadapi apa-apa masalah. Tanpa kamu, siapalah aku. Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata positif sebagai motivasi untuk tidak berputus asa. Terima kasih atas doa kalian semua. Kepada sahabat-sahabat yang masih mencari kerja, teruskan usaha dan jangan give up, okay. Kalau rasa-rasa mahu give up tu, ingat dan pegang kata-kata ni "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Itulah ungkapan yang disebutkan Allah S.W.T dalam surat Muhammad ayat 7. Allah S.W.T pasti akan memberi pertolongan pada orang yang menolong agama Allah dengan tulus dan ikhlas dan meneguhkan kedudukannya dibumi ini. Insha-Allah aku akan mula lapor diri 03/01/2017, doakan agar semua urusan dipermudahkan pada hari pertama dan hari-hari seterusnya. See you guys on the next post. Adios. 

8 comments :