Thursday, December 29, 2016

Happy Birthday, Addy !

Assalammualaikum guys :)

Pada 20/12/2016 yang lepas adalah hari kelahiran aku yang ke-24 tahun. Sudah masuk hari ke-9 baru berkesempatan untuk update blog ni. Hari tu aku tak sempat mahu update sebab kebetulan time tu ada program dan lepas program tu, terus bergerak ke Keningau, jumpa family sebelah dady di sana. Then, keesokan paginya baru bergerak ke KK, jumpa family sebelah mamy pula sambil berjalan-jalan cuci mata. Hahahaha. Ni pun baru ja semalam sampai di Tawau Bumi Peladang ni. Alhamdulillah, I'm officially 24 years old. Cepatnya masa berlalu, tak sedar umur sudah masuk 24 tahun tapi perangai masih tak matang-matang lagi. Hahahahaha. Apa boleh buat ? Nda bah, main-main ja. Insha-Allah akan diperbaiki diri ini dari semasa ke semasa. Umur sudah masuk 24 tahun tapi masih terlalu banyak lagi cita-cita dan impian yang mahu dicapai. Oh ya, terima kasih atas ucapan dan doanya daripada semua sahabat-sahabat dan keluarga di FB, whatsapp dan juga yang call semata-mata mahu bagi ucapan. Terima kasih banyak-banyak. Insha-Allah, aku doakan agar kita semua dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga akhirat. Aamiin. 


P/S: By the way, aku dapat berita/perkhabaran/hadiah yang baik masa birthday aku hari tu. Actually aku sudah share lebih awal di FB, Twitter dan Instagram pasal "hadiah" ni. So, kalau mahu juga, baca next entry yang lepas ni aku masukkan. Hahahaha. Saja mahu bagi tambah banyak post sebelum berakhirnya tahun 2016.

No comments :

Post a Comment