Monday, December 12, 2016

Trip Mendaki ke Gunung Lucia, Taman Bukit Tawau (Tawau Hills Park)

Assalammualaikum guys :)

Lama sudah aku tidak update blog ni dan sekarang ni pun sudah masuk hari ke-12 dalam bulan Disember, cepatnya masa berlalu kan. Tup tap tup tap sudah masuk bulan Disember dan barulah aku berkesempatan untuk update blog ni. Pada 03/12/2016 - 04/12/2016 baru-baru ni, aku dan 6 orang kawan yang lain pergi hiking ke Gunung Lucia yang terletak di Taman Bukit Tawau. For your information, Taman Bukit Tawau (Tawau Hills Park) mempunyai 3 buah gunung yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza dan terletak di dalam kawasan jagaan Taman Bukit Tawau. Gunung Magdalena merupakan gunung yang tertinggi antara ketiga-tiga gunung dengan ketinggian (1,312m) dari paras laut, diikuti dengan Gunung Lucia (1,202m) dan akhir sekali Gunung Maria (1,083m). Tapi setakat ni hanya 2 buah gunung yang dibenarkan untuk didaki iaitu Gunung Magdalena dan Gunung Lucia. Rasanya ramai orang yang aware terutama sekali warga/penduduk Tawau dengan kewujudan gunung-gunung ni, cuma belum ada kesempatan untuk pergi mendakinya lagi.


Kalau ikutkan sepatutnya ada dalam 11-12 orang yang ikut trip mendaki ni 
tapi disebabkan kekangan masing-masing yang tidak dapat dielakkan, 
maka tinggallah kami bertujuh untuk 
meneruskan trip mendaki ke Gunung Lucia ni. 

Jojoy | Fahmie | Sofy | Nasmi | Addy | Arafah | Loyd


Okay, jarak antara Taman Bukit Tawau (starting point) ke puncak Gunung Lucia sejauh 13.25km dan jarak antara Taman Bukit Tawau (starting point) ke hostel pula sejauh 10.55km. Kami bertolak dari Taman Bukit Tawau sekitar pukul 7.30 am dan kami sampai di hostel pada sekitar pukul 12.30 pm. Lebih kurang 6 jam jugalah kami berjalan/hiking untuk tiba di hostel. Dalam sekitar 2 jam kami hiking, tiba-tiba hujan lebat. Mahu tak mau, terpaksa juga kami redah. Time tu aku memang tak bawa raincoat, so terpaksalah berbasah kuyup sepanjang perjalanan tu. Tapi part tu sebenarnya yang best, itu belum tambah dengan serangan pacat lagi. Hahahaha. 

Muka berlakon gembira sebab hostel sudah dekat. Hahahahaha.


Pacat yang menjadi peneman setia sepanjang perjalanan. 
Yang tangan ni baru seekor,di bawah kaki tu lagi berlambak. Hahahaha.
Memang habis kena serangan pacat.


Kami bermalam satu malam di hostel yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Lucia pada keesokan paginya. Jarak antara hostel dengan puncak Gunung Lucia sekitar 2.7km lah begitu. Sampai ja dekat hostel, kami bersihkan diri dan hidupkan api untuk masak air. Segala peralatan memasak pun ada disediakan, so no need juga membawa  peralatan memasak. Cuma elektrik memang tidak ada, so jangan  lupa untuk bawa headlamp/torchlight. Time tu kami semua sudah kelaparan tapi still boleh kawal lagi. Lepas makan dan bersihkan diri, kami bercerita-cerita sekejap dan memandangkan petang tu tiada apa-apa aktiviti yang boleh dibuat, kami semua masuk tidur dan berehat. Lebih kurang pukul 5.30 pm, kami bangun dan hidupkan api untuk masak air. Malam tu kami makan Maggi sebab itu ja makanan yang kami bawa. Lagipun, cepat masak dan seang dibawa. Then, kami bercerita-cerita sambil makan dan lebih kurang pukul 9 lebih, kami masuk bilik dan sambung bercerita dalam bilik pula. Lebih kurang pukul 11 lebih begitu, kami semua bersiap untuk tidur.

Pemandangan luar hostel pada sebelah kiri.


Pemandangan luar hostel pada sebelah kanan.


1 bilik/dorm ada 6 buah katil disediakan dan boleh memuatkan  6 orang 
dalam satu dorm tu. Tilam, bantal dan selimut pun ada disediakan.  
So, no need untuk bawa sleeping bag ataupun khemah 
kalau bermalam di hostel ni. 


Lebih kurang pukul 5.30/6.00 am begitu, kami semua bangun dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Lucia. Malam tu aku, Loyd dan Fahmi memang tak selesa betul tidur, tahulah kan bermalam dalam hutan. Macam-macam ja dengar bunyi tapi itulah abaikan ja sebab kita bukan kacau "dorang" pun kan. Lagipun hostel tu sekali sekala ja baru ada orang pergi menginap kalau pergi mendaki di Gunung Magdalena dan Gunung Lucia. Lebih kurang 1 jam 30 minit lah begitu kami hiking (2.7km), alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di puncak Gunung Lucia (1,202m). Alhamdulillah, kami berjaya juga sampai ke puncak Gunung Lucia walaupun ramai yang sudah berjaya/banyak kali pergi mendaki di gunung ni.

Wuhuuuuuuu ! 
Akhirnya sampai juga di puncak Gunung Lucia setelah 
mendaki sejauh 2.7km dari hostel.


Muka-muka excited sebab berjaya sampai ke puncak Gunung Lucia ni.


Bersama dengan mountain guide yang awesome. 
Lupa nak tanya nama guider kami ni. Sorry guider sebab lupa tanya nama tapi 
apa pun, guider kami memang terbaik dan sentiasa 
senyum tengok gelagat kami.


Lebih kurang 30 minit kami di puncak Gunung Lucia dan sudah bergambar keluarga. Then, kami turun semula ke hostel dan bersiap pula untuk turun balik ke Taman Bukit Tawau (starting point). Masa turun tu, aku, Loyd dan Arafah antara yang sampai dulu. Lebih kurang 4 jam kami ambil masa untuk turun balik. Then, diikuti dengan dorang yang lain. Part yang paling aku tak boleh lupakan sepanjang perjalanan sehinggalah sampai hostel, then sambung lagi masa perjalanan turun, macam tidak pandai habis craving mahu makan McD lah, makan Nasi Briyani lah, macam-macam mahu dimakan masa tu. Hahahaha. Part diserang dengan geng pacat pun tidak boleh dilupakan, di mana-mana jumpa pacat. So, rasanya itu ja yang aku boleh ceritakan. 

By the way, trip ni diuruskan oleh kawan kepada kawan aku tapi dia tidak dapat ikut trip ni. Thank you so much Mira sebab uruskan trip ni. Jangan sedih sebab tak dapat pergi. Insha-Allah, next time kau dapat juga pergi, okay. Thank you juga dengan 6 orang member ni sebab ajak sama-sama join trip ni. Daripada tak pernah berjumpa/berkenalan, jadi kenalan sudah. Hope to see these faces again on the next trip. Last, thank you kepada mountain guide kita sebab sudi jadi guider kita sampai ke puncak Gunung Lucia. Oh, hampir lupa, kalau sesiapa yang mahu pergi mendaki ke Gunung Magdalena dan Gunung Lucia ni, you guys can go directly to the Taman Bukit Tawau HQ for more information. Okay, that's all. Adios. 

2 comments :

  1. Dah kenapa pulak si Mira tak pergi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat. Mira time tu sakit, so dia tidak dapat pergi. :)

      Delete