Wednesday, June 29, 2016

Denim Jacket

Assalamualaikum guys :)


Okay, lama gila aku tak update blog ni. Dulu aku pernah bagi statement, tiada guna ada blog kalau malas nak update. Akhirnya, statement aku tu kena batang hidung sendiri, what goes around comes around. Padan muka, muka siapa ? Muka yang baca entry ni. Hahahaha. Gurau ja, mestilah kena muka aku kan sebab aku yang buat statement tu. So, lain kali jangan nak bagi statement kalau diri sendiri pun malas nak buat. Okay, lepas ni keep silent ja. 

Siapa yang sudah ada "Denim Jacket" ? Angkat tangan. Tahniah kepada yang sudah ada denim jacket ni dan kepada sesiapa yang belum ada, cepat-cepatlah beli satu jacket ni untuk dimasukkan dalam koleksi "pakaian yang wajib ada". Bukanlah wajib ada, tapi kepada sesiapa yang ingin nampak stylish dan at the same time nampak kasual, memang patut ada denim jacket ni. Lagi satu, penggunaan denim jacket ni sangat praktikal, means tak susah payah nak gosok. Jom tengok cara denim jacket ni digunakan oleh model-model di bawah. 





Dulu aku taklah minat sangat nak pakai denim jacket ni tapi asyik tengok OOTD mat salleh dekat Instagram, maka timbullah rasa cemburu dan akhirnya aku pun membeli denim jacket ni. Harga denim jacket bergantung kepada jenis fabrik dan jenama. Kalau jenama tu memang terkenal, maybe harga dalam sekitar RM200 - RM300 dan kualiti fabrik mungkin lebih cantik dan selesa. Tapi itu tidak bermaksud denim jacket yang bukan dari jenama terkenal tidak bagus, kualiti dia okay dan fabrik pun selesa. So, semua terpulang daripada citarasa masing-masing. 

Aku sendiri pun beli denim jacket ni dari Brands Outlet (RM79.00) dan juga Romps (RM69.00). Harga yang dijual pun tidaklah mahal dan mampu milik bagi semua orang. Hampir 2 tahun sudah aku pakai denim jacket dari kedua-dua kedai tu, so far kualiti dia memang bagus dan masih nampak macam baru. Lagi satu, denim jacket ni tidak akan pernah kelihatan lapuk dan ketinggalan zaman. That's why you guys should buy at least one denim jacket. Besides, you will look cool and young when you're using this jacket.

Well, berita baik kepada sesiapa yang ingin membeli denim jacket ni, you guys boleh melayari laman web Zalora (Men Outerwear), ada dijual pada harga yang berpatutan. Kepada girls pula, bolehjuga cari di laman web Zalora. Don't forget to check out new items from Zalora and don't forget to follow Zalora Malaysia Instagram. Okay guys, goodbye for now. See you in another entry :)