Saturday, July 23, 2016

Trip Mendaki ke Gunung Kinabalu (Part 2)

Assalamualaikum guys :)

Hello guys, kita berjumpa kembali. Dah baca kah previous post ? I mean the part 1, so let's us continue for part 2. Okay, keesokan harinya, lepas sarapan dan aktiviti menghirup udara pagi. Kami check out dan parent Piqa pun dah bergerak ke KK. So, kami pun teruskan aktiviti kami yang lain sebelum tibanya waktu pendakian kami pada keesoka harinya. Mostly apa yang kami bincang semalam, kami ikutkan saja flow dia as long as okay dan tiada masalah. Besides, kami pun menunggu team member lain yang turut serta pendakian kami ke Gunung Kinabalu. 

Pemandangan pada waku pagi di Kiram's Village. 
Boleh nampak Gunung Kinabalu dan mula diliputi dengan awan.


Menghirup udara pagi di Kundasang dengan muka belum mandi. 
Memang fresh sangat. Hahahaha. 


Cantik dan menakjubkan pemandangan Gunung Kinabalu pada waktu pagi tu.


Okay, aktiviti pertama kami lepas check out dari homestay. Kami pergi ke Desa Cattle Dairy Farm  atau juga dikenali sebagai Little New Zealand yang terletak di Mesilau, di area Kundasang juga. Tempat ni antara yang wajib pergi kalau pergi Kundasang sebab di sinilah boleh feeling lebih macam dekat luar negara (New Zealand). Memang tempat ni tidak pernah putus orang datang berkunjung dari seluruh negeri Sabah, even kami yang memang asal Sabah pun excited kalau pergi ke tempat ni. Eyalah, jarang-jarang dapat pergi kan, so memang nikmati suasana dekat sana. 

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Sekali lagi pemandangan Gunung Kinabalu tapi kali ni di Desa Cattle pula. Tenang dan aman ja kan suasana dia. Memang sesuai kepada sesiapa yang ingin tenangkan fikiran dan bersantai. Untuk admission fee, harga dikenakan untuk dewasa ialah RM5.00 dan untuk kanak-kanak pula ialah RM3.00. Waktu beroperasi bermula dari 8.00 a.m - 5.00 p.m.


Lembu hitam putih yang membuat orang ramai tertarik untuk datang ke Desa Cattle ni. 


Actually, jarang-jarang dapat melihat Gunung Kinabalu mempamerkan kecantikannya.
Sebab dulu masa pergi ke sini, Gunung Kinabalu tu diliputi dengan awan dan berkabus. 
So kalau dapat lihat kecantikan Gunung Kinabalu secara menyeluruh, itu memang rezeki.
Cuaca pula menunjukkan petanda yang baik untuk kami 
yang bakal mendaki Gunung Kinabalu pada hari esok.


Muka-muka excited di pagi hari. Hahahaha. 
Oh ya, aku belum perkenalkan lagi  kawan-kawan aku ni dengan kamu. 
Dari sebelah kiri: Zulariel @ Jojoy, Maymenk @ Emanuella, 
Addy (obviously it's me), Shafiqah @ Piqa/Peqoq, dan Daeng @ Rafique. 
Ni baru half daripada team mendaki kami. 


Oleh sebab minum susu pada waktu pagi is too mainstream, 
so kami pun beli dan makan Gelato ja dekat sana. 
Kalau nak tahu apa tu Gelato, so pergi Desa Cattle dan rasa sendiri. 
Hahahaha. That's all I can say.


Muka yang masih tidak boleh move on even Gelato yang sudah habis. 
Harga untuk 1 cup kalau tidak silap dalam RM5.00 lebih lah begitu. 


If you guys nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Desa Cattle Dairy Farm ni, you guys boleh check out or visit Sabah Tourism: Desa Cattle Dairy Farm.

Kundasang War Memorial, Kundasang

After kami ber"gelato" di Desa Cattle, kami pergi pula melawat Kundasang War Memorial yang terletak di Kundasang. So, kalau sudah sampai di Kundasang, better alang-alang pergi melawat ke sana terus kan. Hehehehe. Admission fee yang dikenakan untuk sekali masuk kepada pemegang kad pengenalan (Malaysian) adalah sebanyak RM2.00. Untuk foreigner pula, dikenakan caj sebanyak RM10.00. Masukkan Kundasang War Memorial ni list yang wajib pergi. Kalau tidak, sia-sia saja lalu di Kundasang tapi tidak dilawat. Okay.


Laluan tangga ke taman-taman yang terdapat di Kundasang War Memorial. 
Di dalam tugu peringatan ini terdapat 4 buah taman bunga yang cantik dan mewakili
bangsa yang berbeza iaitu Taman Australia (Australian Garden), 
Taman Inggeris (English Garden), Taman Borneo (Borneo Garden), 
Taman Renungan (Contemplation Garden) dan juga kolam. 


Tugu peringatan ini dibina pada tahun 1962. 
Tugu ini merupakan tugu peringatan pertama yang dibina 
untuk memperingati keberanian tawanan/banduan Australia dan British 
yang terkorban di Sandakan dan juga perarakan kematian 
ke Ranau semasa Perang Dunia ke-2. 
Selain tu, tugu peringatan ni juga dibina untuk memperingati 
rakyat Borneo Utara yang terkorban mempertaruhkan 
nyawa semasa membantu tawanan perang. 


Bendera-bendera yang mewakili setiap bangsa. 
Sorry untuk over posing aku dan Rafique berhipster-hispter. Hehehe.


If you guys nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Kundasang War Memorial ni, you guys boleh check out or visit Sabah Tourism: Kundasang War Memorial.

"Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau

Then, kami teruskan lagi perjalanan kami ke Kampung Luanti, Ranau. Kali ni, aktiviti kami di sini adalah untuk sesi mengurut kaki bersama ikan sungai ini sudah di"tagal". "Tagal" dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud "tidak boleh memancing" dan fungsi utama "Tagal" ni adalah untuk menjaga alam sekitar di samping menjaga ekosistem sungai tersebut untuk generasi masa depan. Perjalanan kami dari Kundasang ke Kampung Luanti ni mengambil masa lebih kurang satu jam dan kalau dari bandar KK pula akan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit tetapi bergantung juga kepada cara pemanduan dan keadaan semasa tapi yang penting, kena sentiasa berhati-hati ketika memandu. 

Okay, untuk admission fee yang dikenakan untuk local (penduduk Ranau) ialah RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak dan harga untuk local (bukan penduduk Ranau) ialah dewasa RM5.00 dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Tapi admission fee tu tidak pasti kekal dengan harga begitu ataupun tidak. Semua harga tu boleh berubah, bergantung kepada pengusaha atau pemilik tempat tu. Oh ya, di kaunter pembayaran tu ada menjual makanan ikan, so kamu boleh beli di situ untuk memberi makanan kepada ikan-ikan di sungai tu.

Tengok tu ikan berebut-rebut meghisap makanan dari tangan. 


Kalau mahu ikan-ikan tu datang dengan kamu dan urut-urut kaki kamu,
 bagi ja makanan dengan ikan-ikan tu. 
Memang akan rasa geli-geli tapi best.


If you guys nak tahu lebih lanjut lagi mengenai "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau ni, you guys boleh check out or visit Sabah Tourism: Kampung Luanti, Ranau.

Masukkan Kampung Luanti, Ranau dalam senarai tempat yang kamu nak lawati nanti. Lagipun, kalau sudah sampai di kampung ni, boleh sekali berkunjung ke Ladang Teh Sabah yang terletak bersebelahan dengan Kampung Luanti ni. Dari Ladang Teh Sabah tu pun, kamu boleh melihat Gunung Kinabalu di samping menikmati pemandangan di ladang teh tersebut.

Poring Hot Spring, Ranau

Selepas penat dan puas sudah berjalan-jalan, lokasi ni adalah yang paling kami nanti-nantikan, iaitu masa untuk bermandi-manda. Hahahaha. By the way, Poring Hot Spring ni juga terletak di daerah Ranau dan sekiranya kamu pergi melawat ke Kampung Luanti, kamu akan melepasi dulu simpang ke Poring ni sebelum tiba di kampung tersebut. Kali ni, team member yang kami tunggu dari pagi tadi pun sudah sampai dan kami berjumpa di Poring Hot Spring, Ranau ni. Tempat ni beroperasi seawal pukul 7.00 a.m sehingga ke pukul 6.00 p.m. 

Oleh sebab ini Poring Hot Spring di bawah kerajaan negeri Sabah, conservation fee yang dikenakan adalah sebanyak RM3.00 untuk dewasa (18 tahun dan ke atas) dan RM1.00 (18 tahun dan ke bawah). So, kalau mahu pergi berendam dengan air panas, boleh pergi ke tab-tab mandian yang sudah disediakan dan sekiranya kamu ingin mandi di kolam renang, akan dikenakan lagi extra caj bagi setiap individu yang masuk ke sana. 


Ni adalah team member kami yang baru sampai dari KK. 
Perkenalkan dari kiri Ann @ Andik, Amir @ Hancur Aku, 
Syazwan @ Wan dan last is Sofy @ Tenenet @ Hancur Aku juga.
Tinggal 1 orang lagi team member kami yang 
belum sampai waktu ni, iaitu Asmidar @ Dot. 
Tapi dorang tidak join kami bermandi-manda, 
malas konon menukar baju lagi nanti.


Air Terjun Kipungit terletak berdekatan dengan kolam air panas. 
Kena berjalan kaki selama 10-15 minit dan air dekat situ sangat sejuk. 
So, kalau kulit memang tebal, memang sesuailah mandi di air terjun tu.
 Sorry, ada abang seksi pula berposing di situ sebab 
masa kami habis sudah mandi, diorang baru datang.


Yang ni baru aku, tadi tu bukan. 
Ni tengah layan perasaan konon berada di laut Maldives masa tu. 
Hahaha.


If you guys nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Poring Hot Spring, Ranau ni, you guys boleh check out or visit Sabah Tourism: Poring Hot Spring

Habis sudah kami bermandi-manda, sudah bersihkan diri, sudah berganti baju, kami teruskan perjalanan balik ke Kundasang dan singgah di kedai untuk makan sekejap. Selesai kami makan, kami pergi solat dulu sekejap and then kami mencari homestay yang lain, which yang jauh lebih murah dan dekat untuk bergerak ke Kinabalu Park pada keesokan harinya. Ingatkan mencari homestay ni senanglah sikit, rupanya tidak juga. Dekat 5 tempat juga kami pergi tanya harga tapi mostly semuanya kami tidak berkenan sehinggalah kami jumpa 1 homestay (RM200 per night) yang provide 3 bilik dan pemandangan dari homestay tu memang superb. Tapi yang lebih penting, sangat selesa. 

Malam tu kami keluar lagi sekejap pergi ke pekan Ranau untuk beli air 100 plus dan coklat untuk pendakian esok. Lepas balik dari jalan, kami bercerita-cerita sambil packing beg kami dan team member kami yang sudah pernah mendaki Gunung Kinabalu which is Jojoy and Maymenk, dorang berkongsi pengalaman dorang semasa mendaki. Dan mostly semua team member kami ni buat pertama kali mendaki Gunung Kinabalu, so semuanya excited dan risau juga kalau tidak sampai nanti di puncak gunung. Selepas semuanya settle dan okay, kami berehat dan tidur secukupnya untuk memulakan ekspedisi pendakian kami pada hari esok. Okay, jumpa lagi untuk entry yang seterusnya dan sorry kalau banyak gambar dari cerita. Hahahaha. Part 2, done.

Thursday, July 21, 2016

Trip Mendaki ke Gunung Kinabalu (Part 1)

Assalamualaikum guys :)

Today, I'm going to share with you guys trip kami masa mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Februari yang lalu. Sorrylah baru siap menulis keseluruhan story ni. So, apa pun hope you guys enjoy reading this entry. Let's start now ! Okay. Selepas memandu selama 6-7 jam dari Tawau, akhirnya kami tiba juga di Kundasang. Kiranya kami mengambil masa yang lama untuk sampai di Kundasang sebab selalunya mengambil masa 5 jam lebih sahaja untuk sampai ke sana. Tapi disebabkan kami banyak berhenti untuk singgah makan, singgah buang air dan macam-macam lagilah, so kami pun lewat sedikit daripada waktu biasa. Lagipun kami bukannya rushing dan kelam kabut, so better hayati perjalanan dan nikmati pemandangan, kan. 

Okay, perjalanan kami dari Tawau ke Lahad Datu, kawan aku Jojoy yang memandu dan lepas tu, ganti pula dengan aku, memandu dari Lahad Datu ke Kundasang. So, taklah rasa penat sangat kalau ada kawan yang boleh memandu tapi yang paling penting, ada kawan untuk bercerita supaya taklah rasa bosan masa memandu tu. Well, jalan dari Tawau ke Kundasang memang banyak yang rosak tapi ada juga jalan yang sedang diperbaiki dan dinaiktaraf menjadi lebuhraya (2 kepada 4). Tapi bukan untuk semua tempat. So, kena fully berhati-hati semasa memandu, expect the unexpected. Dan kalau tidak silap, ada jalan nak ke Telupid memang rosak habis, macam kena korek dengan kuku dinosaur.  Tapi tak tahu sekarang dah okay ataupun belum. So, better watch out and be extra careful. 

Nama homestay yang kami tinggal di Kundasang ialah Kiram's Village. Tempat tu memang cantik, sejuk, tenang dan part yang paling best boleh nampak Gunung Kinabalu even pada waktu malam. Harga satu malam untuk satu homestay bergantung kepada jenis dan saiz rumah yang kamu nak tinggal. Homestay yang kami tinggal masa tu kalau tak silap, harga dia dalam RM300.00 dan kebetulan waktu tu parent kepada kawan kami, Piqa  dan ajak stay sekali di homestay tu before bergerak Kota Kinabalu (KK) keesokan harinya. So, kami hanya bayar separuh daripada harga asal. Thank you so much to Piqa's parent. 


Kiram's Village

Pemandangan homestay di Kiram's Village.



Ni homestay yang kami tinggal di Kiram's Village. 
Nampak ja luar buruk, dalam dia memang selesa. 
Dalam rumah ni, ada 3 buah bilik dan salah satunya adalah master room. 
Oh, ya. Kalau nak mandi, air dia memang sejuk even sudah hidupkan water heater. 
So, terpulang sama ada mahu mandi awal atau pun tidak mandi sama sekali. Hehehe.


Dan ini pula merupakan salah satu katil yang diletak bersebelahan dengan ruang tamu
supaya malam-malam nanti boleh feeling macam cerita orang putih 
yang mana katil bersebelahan dengan tingkap. Hahahaha. 


After tinjau-tinjau kawasan sekeliling, kami berehat dan makan malam. Habis ja makan malam, kami keluar lagi pergi tinjau kawasan yang lain. Lepas kami balik dari meninjau-nijau tu, kami borak-borak kejap di ruang tamu sambil tengok cerita P.Ramleee (kebetulan main di TV2 malam tu) tapi aku tak tengoklah dan kami plan untuk perjalanan esok. Bukanlah betul-betul bincang pun, just bincang-bincang begitu ja. Barulah we go to sleep and rest. Okay, that's all for now and sorry sebab kami tiada bergambar semasa dalam perjalanan. So, see you guys again. Bye !

Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum guys :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat di seluruah Malaysia dan juga dunia yang menyambut aidilfitri. Pejam celik pejam celik, tak sedar sudah masuk hari ke-8 kita menyambut hari raya ni kan. So, hari ni seperti biasa rutin harian di mana semua orang akan kembali bekerja, student-student sekolah akan kembali bersekolah kecuali student university, sebab sekarang ni dorang tengah bercuti semester. Dan aku pula, seperti biasa. Hahahaha. Well, macam mana sambutan raya tahun ni ? Best atau tidak best ? Jawab sendiri dalam hati. Tapi mesti rasa kan raya tahun ni macam terlalu kelam kabut untuk disambut. Eyalah, macam rasa sekejap ja kita berpuasa, tiba-tiba ja terus raya. And then bila sambut raya, tiba-tiba cuti raya sudah habis. Sesuailah dengan tema raya tahun ni #rayakelamkabut. Hahaha. Gurau ja bah. Seperti biasa, sesi bergambar akan mula beraksi dan Twitter, Facebook, Instagram akan penuh sesak dengan gambar-gambar raya dengan posing masing-masing untuk dapat "likes" daripada pengguna media sosial yang lain. Hari raya pertama, mestilah pergi ke rumah opah/nenek dulu kan sebab di situlah tempat berkumpul semua saudara-mara dan adik-beradik yang lain. Lepas semua habis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, selalunya aktiviti raya pertama akan disudahi dengan aktiviti "TIDUR". Raya kedua dan seterusnya baru akan menziarahi rumah family dan kawan-kawan yang lain. Nampak pelik, kan ? Hmmmm. Tapi begitulah selalunya. Hahaha.

Opss, maafkan diri ana yang selalu ter"over" kalau bergambar. 
Ni masa bergambar di rumah nenek gua yang karpet dia macam padang golf.
Hehehe.


Okay, ni gambar yang normal sikit gua bagi. 
Abaikan plastik di belakang tu. 
Rasanya plasik tu cuba overshadow diri gua yang memakai baju Melayu serba satu. 
Kenapa pulak tiba-tiba aku guna perkataan "gua" ni. 
Cukuplah gambar aku ja yang aku upload. 
Aku taknak share gambar family aku untuk entry kali ni. 
Sebab apa ? Biarlah rahsia. :3


Gambar yang di bawah ni pula masa raya ke-2 
bersama dengan classmate masa form 4 dan 5 a.k.a Geng Rancak. 
Ni masa di rumah aku dorang datang beraya.



Beraya di Jamil (berbaju warna merah tu). 
Insha-Allah akan menjadi Houseman a.k.a Doktor. 
Good luck Jamil in your final exam. Do your best, okay. :)



Lepas beraya di rumah Jamil, kami pergi kenduri akikah anak buah 
Umiey (girl yang pakai shawl coklat) dan Memeng (girl pakai shawl purple) pula 
kena masuk bertugas. So, dia tidak ikut kami beraya ke rumah-rumah yang lain. 
Lepas tu, kami beraya pula di rumah Alau @ Aluddin (baju Melayu warna hijau lumut) 
dan  insha-Allah akan bergelar guru. Tinggal tunggu penempatan ja 
lagi bersama-sama dengan Zurin (girl yang pakai shawl turquoise).
Dan kali ni juga anggota lelaki semakin sikit di mana 
tinggallah kami ber-4 daripada 7 orang. Hahahaha. Kesian kan.
Jamil | Addy | Jojoy | Alau


Lepas beraya di rumah Alau, kami beraya di rumah Fiza 
(girl yang pakai tudung putih corak bunga) tapi kami tiada pula bergambar di rumahnya. 
Maaf ya Fiza. Lepas tu, kami singgah lagi beraya di rumah Yoi 
(girl yang pakai shawl hitam tu). 
Lepas tu, kami beraya di rumah Masni dan rumah Jojoy & Zurin (adik-beradik). 
Overall, kami beraya 8 buah rumah masa raya kedua tu. 
Best memang best tapi kalau ramai-ramai lagi best kan. 
Insha-Allah tahun depan kalau panjang umur. 


My "Rumah Terbuka"

Ha, yang ini pula semuanya gambar-gambar masa buat "rumah terbuka" di rumah aku masa raya ke-4. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang datang dan tidak menang tangan aku melayan semuanya. Thank you semua yang datang beraya. Kebanyakkannya yang datang beraya dari ex-schoolmates (SMK Balung, Tawau). Sorry kepada kawan-kawan yang tidak sempat bergambar. Kalau kita tiada ambil bersama-sama untuk simpan buat kenangan, cukuplah aku simpan kamu dalam hati saja. Cia cia cia. Insha-Allah kalau tahun depan masih diberikan kesempatan, jangan lupa datang lagi untuk beraya ya.

2 gadis cantik yang bergambar dengan aku ni ex-classmates aku 
masa form 2 dan Fidtri (sebelah kanan), kami sekelas dari form 4 until upper 6. 
Actually lama sudah kenal dengan Fidtri, masa tadika lagi kami sama-sama. 
Antara kawan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masih contact. 
Masni | Addy | Fidtri


Ni pula batchmates masa sekolah dulu. 

Yang sebelah kanan aku Basri (baju ungu) dan Bobo (baju jersi kuning) 
pernah sekelas dengan dorang masa form 3 dan form 6. 
Semuanya makin bergaya dan handsome. 
 Azmi | Addy | Basri | Bobo | Ridzwan


Dan ini pula Geng Emanuella. Hahaha. 

Ni kawan kepada kawan dan kawan kepada kawan-kawan. 
Pening kan mahu faham. Tapi begitulah.
Alif | Addy | Madcha | Chacha | Maymenk | Peqoq | Ann


Geng Ex-Asrama Seri Cemara, SMK Balung. 

Makin handsome sudah semuanya. Hahaha.
Adi | Assman | Zul |Otan |Sahriswan | Suardi | Amirhan | Addy | Jefry


Ni antara Geng Rancak yang datang "open house" except for Asri. 

Dia housemate dengan Jojoy dan bertugas
 sebagai MA (Medical Assistant) di Hospital Besar Tawau. 
Yang lain ni rasanya sudah dikenal, kan. So, no need to introduce lagi. Hehehehe.
Asri | Jojoy | Zurin | Fiza | Umiey | Addy



p/s: Ada bro dari jauh pun nak bagi ucapan hari raya. 
"Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin."
Hahaha :)


Gambar yang last sekali ni best friend aku masa di UiTM Shah Alam until now. Sem 1, aku duduk serumah dengan dia. Dahlah satu rumah, satu kos, satu kelas lagi. Hahaha. Ni kalau tak gaduh dengan dia memang tak sah, tapi dia jugalah sahabat dunia akhirat yang paling memahami. Thank you jib for always being there for me, my blood brother. Rasanya itu ja untuk entry kali ni. Kalau mahu ditulis lagi, memang tidak akan habislah cerita raya tahun ni punya dan tidak ter"publish"lah entry ni. So, see you guys in another entry. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua. Jaga kesihatan, jaga solat dan semoga kita semua di bawah perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
#teamrayatawau #teamrayabahau