Sunday, October 30, 2016

My Graduation's Day

Assalammualaikum guys :)

Maka dengan ini berakhirlah sudah Majlis Konvokeysen UiTM ke-85 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bagi kampus UiTM Selangor dan juga kampus UiTM Negeri Sembilan bermula pada 22 hingga 27 Oktober yang lalu. Lepas ni, kampus UiTM cawangan lain pula akan berkonvokesyen. Alhamdulillah bertarikh pada 25 Oktober 2016, aku sudah bergraduasi bagi ijazah sarjana muda dan sah bergelar sebagai alumni UiTM Shah Alam. Terima kasih untuk segalanya terutama sekali kepada kedua ibubapaku, semua lecturer Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, sahabat-sahabat dan kepada sesiapa yang membantu dalam proses menyiapkan first degree ni. Plan seterusnya maybe lepas ni mahu jadi alumni universiti lain atau mendapat pekerjaan yang baik. Apa pun, doakan saja yang baik-baik. 

Kepada kawan sejak zaman sekolah, Mohd. Iqbal, terima kasih tolong "check in"kan tiket penerbangan dan temankan minum sebelum kapal terbang tiba. Kepada seorang lagi kawan sejak zaman sekolah, Nurul Shaidatul Ain, terima kasih banyak-banyak sebab tolong masukkan barang dalam kargo dan tukarkan seat ke emergency exit di tepi tingkap, kaki memang rasa selesa duduk situ. Kepada Norain Abdul Manaf, kawan masa study degree dekat UiTM Shah Alam, terima kasih banyak-banyak sebab jemput aku di KLIA dan temankan aku lepak makan. Lepas tu, hantar aku ke stesen KTM. Kepada Harun Hatta, senior PR masa dekat UiTM Shah Alam, terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima tetamu dari Sabah walaupun busy dan layan aku macam anak raja. Alhamdulillah aku tiba di Kuala Lumpur dengan bantuan insan-insan yang terbaik dan dikasihi ini pada 20 Oktober 2016.

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam).
Bachelor Degree of Mass Communication (Hons.) (Public Relations).
*please hire me*


Without my parent, I wouldn't be standing here today. Dari zaman sekolah hingga sekarang, mereka tak pernah berhenti untuk support dan bagi advice dengan aku. Maafkan anakmu ini mengambil masa yang lama untuk menyiapkan first degree dan bersabar menunggu masa setahun untuk melihat anakmu ini bergraduasi. Terima kasih kerana sentiasa bersama denganku. Mamy dan dady, terima kasih untuk segala-galanya. Really appreciate everything you've done for me. 


Walaupun tidak dapat bergraduasi dengan classmates dan batchmates yang lain, 
syukur alhamdulillah ada beberapa daripada mereka datang juga ke majlis konvokesyen aku dan kawan-kawan yang lain. Thank you so much Ain, Wani, Sarah, Mira, Ary, Shauqi dan Raza. Thank you so much, guys. Really appreciate it. Congratulations juga kepada  classmates yang sama-sama konvo Ary dan Megat dan kepada bacthmates iaitu Aula, Eha, Hakim, Akma, Aqeela, Fendi, Sofian, Ersyazuddin, Syaf, Nurina, Atiqa dan kawan-kawan yang lain aku tak mention tapi konvo sama-sama, congratulations semuanya. Kepada junior masscomm yang aku kenal dan konvo sama-sama juga, congratulations to Jaja, Faez, Syazza, Arif dan Hafizi. 


Muka selepas graduation. Hahahaha. :P


Terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang proses hari konvokesyen baru-baru ni dan juga memberikan ucapan tahniah kepada diri ini. Sorry sebab tidak dapat PM satu-satu untuk mengucapkan terima kasih tapi yang pasti kalian semua adalah yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak kepada insan-insan yang terbaik ni dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian semua. Really appreciate everything you've done for me. Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua agar dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin.

#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour

Wednesday, October 19, 2016

Aku Seorang Blogger (Wanita)

Assalamualaikum guys :)

Since aku dah buat entry "Aku Seorang Blogger (Lelaki)", so entry kali ni pula aku nak share pasal blogger wanita pula. Okay. Since ramai blogger wanita yang famous macam Irine Nadia Marcello, Maria Elena, Yuyu Zalikha dan Nisa Kay, jadi no need untuk aku perkenalkan mereka lagi, lagipun mereka sudah berjaya menjadi selebriti blogger. Blogger wanita yang aku choose kali ni adalah blogger-blogger wanita yang famous juga. So, jom kita kenali blogger-blogger ni. 

Owner kepada BudakVanilla's ni aku tak tahu siapa nama betul dia. Berusia 21 tahun dan berasal dari Sarawak tapi tak tahu which part of Sarawak. Lagipun, I've never been to Sarawak. :'(. Dia mula mula berblogging since March 2012. Aku suka tengok blog dia ni sebab nampak hipster habis dan misteri juga. Hahahaha. Dia ni pun suka warna hitam dan putih macam aku dan Hafiz. Teruskan menulis dan buat blogmu gempak ya Budak Vanilla. Kamek sik tauk kelaka bahasa Sarawak. Ajar kamek bah. Hahahaha. Sorry kalau salah, aku hantam ja tu. 

Pemilik kepada blog Busyra Takiyudin adalah Busyra binti Takiyudin.Berusia23 tahun dan mengambil kos pengajian Bachelor of Town & Regional Planning di Uitm Puncak Alam. Syra ni sudah lama berblogging since October, 2010, lebih kurang macam aku, bezanya cuma aku awal 6 bulan ja dari dia tapi follower dia lagi daripada aku. Hahahaha. Mostly Syra ni suka menulis puisi dalam blog. Kalau tak percaya, cuba buka blog dia dan cari/klik "Puisi".  dan juga Syra ada buat bisnes kek, kalau nak beli atau tempah kek dia, boleh contact dia melalui whatsapp (017-5719091) dan juga busyra_23@yahoo.com.


Owner kepada Blog Lala Rahim  ni adalah Nurul Adilla binti Abd. Rahim atau lebih dikenali sebagai Lala (nickname). Berusia 22 tahun dan mengambil kos pengajian Sarjana Muda Komunikasi, major dalam bidang Kewartawanan (Journalism) di Universiti Putra Malaysia (UPM).Berasal dari Rawang, Selangor dan sekarang Lala menjalani internshipnya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Lala ni manis ja orangnya biarpun aku tak pernah jumpa dia secara face to face tapi aku dan dia follow each other dekat Instagram. So, bolehlah nampak kemanisan Lala ni. Hehehehe. So, kalau nak tahu tips pasal kecantikan ataupun lifestyle especially wanita-wanita di luar sana, bolehlah menjenguk blog Lala ni. Link blog dia aku dah share kat atas tu.


Known as Mysara Newrie, you can called me Mai, Sara or Mysara. Born on 8th January 1992 at Kuala Terengganu and now stayed at Kuala Lumpur. Mai ni merupakan Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian), UiTM Shah Alam pada tahun 2013 dan lepas tu pindah ke UiTM Seremban pada tahun 2014. Then, dia sambung pula peringkat Sarjana Eksekutif Sains Pentabirdan, UiTM Shah Alam tahun 2015 until 2016. So, kalau nak tahu tips-tips sama ada nak sambung Master ataupun tidak dekat UiTM Shah Alam, bolehlah bertanya dengan Mai ni. Aku dah baca hari tu entry dia pasal Master UiTM. By the way, Mai ni seumur dengan aku, cuma aku tak sambung Master lagi. Hahaha.
Insha-Allah, tunggu masa yang sesuai.


Okaylah, rasanya itu ja aku nak share dulu buat masa ni dan ini hanya personal view aku, semuanya terpulang kepada hak masing-masing kan. So, jangan lupa untuk follow blog blogger-blogger ni, okay. Kalau anda jenis yang bukan menggunakan blog tapi itulah just keep support para blogger ni dengan membaca blog kami, jadi silent reader pun tak kisah sebenarnya. Sebabnya aku tahu masih ramai yang membaca blog untuk tahu tips-tips yang berguna, kan. Insha-Allah aku akan terus blogwalking untuk mencari dan menambah kenalan/rakan blogger yang lain. Even sekarang terlalu banyak sosial media yang lain tapi blog still the best medium untuk sharing about anything. Okaylah, see you guys on the next entry. Goodbye and have a nice day. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T. Aamiin.

Monday, October 17, 2016

Aku Seorang Blogger (Lelaki)

Assalammualaikum guys :)

Selalunya kalau kita buka blog, mostly di Malaysia yang ada blog dan suka berblog ni kaum wanita. Antara blogger wanita yang famous macam Irine Nadia Marcello, Maria Elena, Yuyu Zalikha, Nisa Kay dan blogger lelaki yang famous pula tidak lain dan tidak bukan, Ben Ashaari. Ramai ja pun blogger lelaki ni sebenarnya tapi itulah semuanya dah malas nak update blog, so diorang biarkanlah blog tanpa update apa-apa story dan akhirnya terkuburlah blog tu dengan sendirinya. So, today I'm going to share antara blogger lelaki yang mempunyai blog yang awesome dan mantap. Jom kita kenali siapa blogger-blogger lelaki yang masih aktif menulis/update dalam blog mereka. 

Hafiz Zulkafly berasal dari Selangor dan berusia 24 tahun, seumur dengan aku. Tapi rasanya aku nampak lagi muda dari dia. Hahahaha. Gurau ja ya Hafiz. Yang aku suka pasal Hafiz ni, design blog dia lebih kurang dengan design blog aku, hanya menggunakan warna hitam, putih dan kelabu. Hafiz juga merupakan graduan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan tak lama lagi dia akan bergraduasi. Congratulations Hafiz. Yang bestnya pasal Hafiz ni  dia ni kadang-kadang suka leave comment di post entry aku. Hahahaha. Semoga persahabatan kita yang baru terjalin akan terus berkembang. Good luck in your life, Hafiz.


Owner dan penulis kepada blog POJIEGRAPHY adalah Mohd Shahril Fawzy. Dia ni merupakan travel & lifestyle blogger yang bertapak di Kuala Lumpur, Malaysia dan juga merupakan junior aku dekat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Patutlah muka dia looks familiar. Maafkan saya Fazwy sebab tak pernah tegur atau sapa kau dekat fakulti. Rasanya kita pernah berselisih masa dekat fakulti. Hehehehe. Perkara yang aku sudah blog Fawzy ni semuanya gambar yang dia ambil memang lawa, memang terbaiklah. By the way, blog Fawzy ni sudah banyak menerima banyak achievement dan featured dalam majalah dan suratkhabar. Congratulations Fazwy, kekalkan momentum tu, okay.


Blog Planet Hasif Hamsyari ni baru aku terjumpa masa aku blogwalkng hari tu. Rupanya Hasif ni juga merupakan seorang mahasiswa daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan mengambil bidang Journalism di UiTM Shah Alam, Selangor. Berusia 21 tahun dan Hasif ni merupakan seorang penulis novel Malaysia. He started his writing career at the age of 14, making him one of the youngest novelists in Malaysia. Setakat ni, Hasif sudah mempunyai 4 novel hasil tulisannya sendiri. Ini antara karya Hasif, Bagaikan Mimpi (1st novel), Bagaikan Mimpi 2: Srikandi Cintaku (2nd novel), Kopi Manis (3rd novel) dan Bintang Madu (4th novel). Insha-Allah kalau dapat jumpa novel-novel Hasif ni, aku nak beli nanti. Oh, pasal blog dia ni, banyak gambar yang lawa-lawa dan itu memang menarik perhatian aku untuk baca blog Hasif ni.


Ariff Shah ni merupakan seorang blogger dan ada bisnes sendiri. Berusia 29 tahun dan merupakan seorang suami dan ayah. Mostly blog Ariff ni, dia selalu share pasal financial stuff dan juga travels. So, kalau nak tanya atau nak tahu tips yang berkaitan dengan finance, bolehlah jenguk-jenguk blog dia ni. Besides, dia pernah disenaraikan antara 10 orang blogger lelaki yang handsome, memang handsome pun. Tidak mustahil dia disenaraikan antara blogger lelaki Malaysia yang handsome. Hehehehe. Good luck, Ariff in your future career. Okay.


Okaylah, rasanya itu ja aku nak share dulu buat masa ni dan ini hanya personal view aku, semuanya terpulang kepada hak masing-masing kan. So, kepada blogger-blogger lelaki yang masih aktif menulis dan update blog, teruskan usaha anda. Okay. Insha-Allah aku akan terus blogwalking untuk mencari dan menambah kenalan/rakan blogger lelaki dan juga wanita. Even sekarang terlalu banyak sosial media yang lain tapi blog still the best medium untuk sharing about anything. See you guys on the next entry. Goodbye. 

My New Instagram

Assalammualaikum guys :)

Actually beberapa hari yang lepas, akaun Instagram aku yang lama mengalami masalah teknikal dan aku pun tak tahu apa sebab dia. So, aku terpaksa delete dan membuat akaun Instagram yang baru. Since aku suka share gambar, Instagram adalah sosial media yang paling sesuai untuk post gambar-gambar yang sudah diambil. Besides, Instagram memang untuk share gambar pun. Apalah awak ni, Addy. 


Kalau rasa tidak keberatan untuk follow akaun Instagram aku yang baru, dipersilakan untuk follow. So, kalau rajin dan nak follow, boleh klik link unuk follow akaun Instagram aku yang baru Addy Azizul Jeffry dan insha-Allah aku akan follow balik. Kita jumpa lagi nanti di next entry, okay. Hahahaha. Have a nice day, guys. :)

#instagram #addyazizuljeffry #instagrambaru #buangtabiat #akaunbaru #akaunlamagoodbye #akaunbaruhaihai #jomfollow #taknakfollowsudah #hahahaha #sekalilagibuangtabiat #randompost #hipster #beramalkeranaallah #shortentry

Saturday, October 15, 2016

Preparation for My Graduation Day (Part 6)

Assalammualaikum guys :)

Okay, rasanya ini last entry untuk preparation graduation day aku, lagipun semuanya sudah settle. Tinggal ambil jubah dan menunggu Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85 ni. Goodbye. By the way, kita (graduan) semakin menghampiri Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85. Alhamdulillah lagi 5 hari nak Bertolak ke KL dan lagi 10 hari tinggal untuk bergraduasi. Hari tu aku rasa down dan aku taknak attend pun hari graduasi aku ni tapi bila fikirkan semula, ini adalah moment yang berlaku sekali dalam seumur hidup. Lagipun, ini adalah moment yang ditunggu-tunggu oleh parent aku untuk melihat aku memakai jubah graduan dan mendapat skrol ijazah pertama aku. Part-part sedih nanti kita sambung bila aku dah bergraduasi, okay. Hahahaha. Alhamdulillah, nombor giliran graduan dan sidang sudah dapat diumumkan dalam Portal Konvokesyen UiTM. Kepada sesiapa yang belum check  nombor giliran masing-masing,  sila check di Nombor Giliran Graduan. Okay.


Aku perasan ramai juga graduan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang bakal bergraduasi pada Konvokesyen UiTM Kali ke-85 ni. Tahniah kepada semua graduan MC222 - Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) dan graduan (cohort lama) dari MC221, MC223, MC224, MC227 dan MC228 serta graduan (cohort baru) dari MC241, MC242, MC243, MC244, MC245, MC246, MC247 dan MC248. Syukur alhamdulillah juga dapat Kelas Kedua Tertinggi/Second Upper Class dalam ijazah pertama ni dan jangan lupa ingatkan kepada semua para graduan untuk mengikut etika pakaian dan terutama sekali para tetamu (ibubapa graduan) untuk mengikut etika pakaian yang dibenarkan semasa hari konvokesyen. Nanti ada yang tetamu (ibubapa graduan) yang tidak dibenarkan masuk sebab tidak mengikut etika yang ditetapkan. Kesian datang jauh-jauh dan tak dapat masuk. So, para graduan, take note. Okay. Sila tengok di bawah etika pakaian yang ditetapkan oleh UiTM.


Etika Pakaian Graduan & Tetamu

Kenaan sewa dan caj perkhidmatan bagi graduan yang tidak menepati sahsiah diri. Mulai Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80, UiTM telah menetapkan caj sewa bagi perkhidmatan pinjaman pakaian dan peralatan serta menggunting rambut bagi graduan sidang Istiadat Konvokesyen UiTM yang tidak menepati sahsiah yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Kadar sewa bagi setiap pinjaman pakaian dan peralatan secara flat rate sebanyak RM10.00 bagi setiap item. Para graduan yang terlibat mengisi borang pinjaman seperti amalan biasa.
  • Sekiranya graduan didapati merosakkan atau tidak membuat pemulangan pakaian peralatan yang dipinjam, maka kenaan denda atau caj perkhidmatan sebanyak RM20.00 (tidak termasuk kos item) bagi setiap item akan dikenakan.
  • Bagi perkhidmatan menggunting rambut, bayaran RM10.00 dikenakan kepada graduan yang terlibat. Graduan yang terlibat perlu mengisi borang maklumat diri seperti mana amalan biasa.
  • Graduan yang gagal membuat bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai hutang kepada universiti dan boleh menyebabkan penahanan skrol dan transkrip.
Pakaian Graduan Lelaki:
  • Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  • Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa bengkung.
  • Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam.
  • Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  • Songkok tidak diperlukan.
  • Seluar HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans, kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasaan TIDAK DIBENARKAN).


Laluan Susunan Barisan
  • Kepada graduan konvokesyen UiTM Shah Alam Selangor. Berikut adalah laluan graduan ke tempat berkumpul bagi Penyusunan Perarakan Graduan untuk masuk ke dalam dewan. Sila pastikan laluan anda mengikut nombor giliran anda.
Tempat Letak Kenderaan (Graduan)
  • Sidang Pagi
    • Padang kawad UiTM Shah Alam (berhampiran stadium UiTM)
  • Sidang Petang
    • Parking Purnama Selasih, Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Jakel) 
  • Kenderaan dan bas UiTM disediakan untuk ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam
Laluan Masuk ke UiTM Shah Alam (Kampus Induk)

Laluan Masuk Kenderaan Graduan dan Tetamu ke dalam Kampus Induk:

  • Laluan masuk ke dalam kampus UiTM Shah Alam bagi graduan dan ibubapa adalah melalui pintu masuk 2 (melalui seksyen 7, Shah Alam).  
  • Manakala pintu masuk 1 (Seksyen 2, Shah Alam) hanya dikhaskan kepada tetamu VVIP,VIP dan staff UiTM sahaja.

Tempat Letak Kereta Graduan, Ibubapa/tetamu graduan:
  • Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu graduan ditempatkan di Padang Kawad berhampiran Stadium UiTM atau sekitarnya yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan UiTM. Sila ikut arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan meletak kereta tuan/puan.
  • Bas UiTM disediakan untuk membawa graduan/tetamu graduan pergi/ balik ke Dewan Agong Tuanku Canselor dari tempat letak kenderaan yang dikhaskan.
  • Graduan/Jemputan sidang petang Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78 untuk terus ke Parkir Bertingkat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam untuk meletakkan kenderaan anda. Bas akan disediakan bagi tujuan ke Dewan Agong Tuanku Canselor.
Graduan/Tetamu Menggunakan Bas Awam Ke UiTM
  • Bagi mereka yang menaiki bas awam ke UiTM, tuan/puan boleh menaiki bas UiTM yang disediakan bersebelahan Kolej Jati, Seksyen 2, Shah Alam. 
  • Bas berkenaan bertulis “KONVOKESYEN”. Semasa pulang ke Seksyen 2, sila menaiki bas yang sama yang menunggu di belakang Dewan Agong Tuanku Canselor.   
Jadual Perkhidmatan Bas UiTM  
  • Graduan sidang pagi 7.00 pagi - 2.30 petang  
  • Graduan sidang petang 11.00 pagi - 7.00 petang
#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour

Sunday, October 9, 2016

Preparation for My Graduation Day (Part 5)

Assalammualaikum guys :)

Alhamdulillah kita (graduan) semakin menghampiri hari graduasi masing-masing dan waktu yang ditunggu-tunggu sudah pun semakin tiba iaitu Kajian Pengesanan GraduanObjektif kajian ni adalah untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman kita terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa kita mengikuti pengajian di kampus masing-masing. Besides, institusi pengajian kita juga ingin mengambil tahu bagaimana kita memasuki dan menghadapi cabaran alam atau dunia pekerjaan.By the way, soal selidik KPG sudah pun dibuka untuk graduan UiTM. So, jangan lupa untuk membuat soal selidik ni dan mencetaknya selepas menjawab. Ikuti step-step mudah di bawah ni. Okay. 

Step 1: Masukkan No. Kad Pengenalan, Institusi dan Nama Institusi.


Step 2: Baca arahan kaji selidik dan klik "Seterusnya" sekiranya sudah bersedia 
untuk menjawab semua soalan. 


Step 3: Selesai menjawab kaji selidik, jangan lupa untuk print slip
dan bawa nanti semasa pengambilan jubah.


Okay, memandangkan semuanya sudah settle, KPG pun dah selesai dijawab. So, jangan lupa untuk cetak dan bawa kesemua slip/dokumen ni untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah

1. Slip Pengesahan Kehadiran Graduan 
2. Borang pinjaman jubah 
3. Bil yuran konvokesyen
4. Kajian Pengesanan Graduan

Makluman terbaru daripada Konvokesyen UiTM

Susunan Sidang Istiadat Konvokesyen Ke-85 UiTM Shah Alam (Oktober 2016)
22 hingga 27 Oktober 2016
(klik untuk besarkan)


Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

Tarikh: 25/10/2016 (Selasa)
Masa: 1.30 p.m
Sidang: 7

Nota penting:
1. Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. 
2. Pengambilan lebih awal adalah tidak dibenarkan. 
3. Sila bawa dokumen berikut semasa hari pengambilan jubah:
  • Borang Jubah Akademik Graduan yang dicetak dari web konvo dan telah ditandatangani.
  • Slip bayaran yuran konvokesyen dan slip bayaran denda (sekiranya ada) yang telah dijelaskan. 
  • Slip Kajian Pengesanan Graduan.
4. Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain dengan mengemukakan dokumen seperti di atas. 
5. Semasa sesi raptai berlangsung, proses pinjaman jubah akan dihentikan sementara.

Dikemaskini: 20/09/2016 jam 3:00 petang

Okay, rasanya sampai sini dulu aku update mengenai Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85 ni. Nanti kalau ada apa-apa update daripada pihak Konvokesyen UiTM, aku akan share lagi information mengenai konvokesyen tu dalam blog ni. So, see you guys on the next entry #preparationformygraduationdaypart6. Goodbye. By the way, kita (graduan) semakin menghampiri Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85.

#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour

Thursday, October 6, 2016

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017

Assalammualaikum guys :)


Angkatan Tentera Malaysia mempelawakan warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih dalam temuduga yang dijalankan akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Sila baca syarat-syarat sebelum memohon ya. Pengambilan adalah mewakili tiga skuad negara iaitu: 

  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) 
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?

Skim Pegawai Graduan merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. 

Pengambilan calon lepasan ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2017


Untuk pengetahuan semua, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). But the thing is, kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif iaitu melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang ingin memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di Log Masuk: Jom Masuk Tentera sebelum 20 Oktober 2016. Okay. Jangan lupa juga untuk membuat Semakan Keputusan Permohonan boleh dibuat secara online di Semak Status Permohonan: JOM MASUK TENTERA. Selamat memohon dan good luck. 

Saturday, October 1, 2016

Our Little Oreo

Assalammualaikum guys :)

This is our new cat named Oreo. First jumpa kucing (Oreo) ni masa dekat rumah nenek aku dan dekat rumah nenek ada 2-3 ekor kucing yang dibela oleh makcik aku. Besides, lama jugalah nak decide bagi kucing ni nama apa. Macam-macam dicadangkan dan akhirnya semua bersetuju untuk panggil kucing ni dengan nama panggilan "Oreo".

Welcome Oreo !





Preparation for My Graduation Day (Part 4)

Assalammualaikum guys :)

Alhamdulillah, dah masuk bulan Oktober, kita (graduan) semakin menghampiri hari graduasi masing-masing dan waktu yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba iaitu Pengesahan Kehadiran Istiadat Konvokesyen dan Cetak Borang Jubah. Tapi buat masa ni, Kajian Pengesanan Graduan (KPG) bagi mahasiswa UiTM belum dibuka lagi. So, kena tunggu lagi sehingga dibuka baru boleh membuat kaji selidik KPG tu. Nanti kalau dah buka, aku akan share dalam blog ni. Okay.

Notis pemberitahuan:
"SKPG I masih belum dibuka kepada IPT anda sekiranya nama IPT anda tiada dalam senarai di bawah. Sila hubungi IPT anda untuk maklumat lanjut."

Pengesahan Kehadiran Istiadat Konvokesyen dan Cetak Borang Jubah
(klik yang link yang berwarna biru tu)


 Masukkan No. Pelajar dan No. Kad Pengenalan.


Once dah masukkan No. Pelajar dan No. Kad Pengenalan dan klik "Cari".
Nanti akan keluar semakan dan pengesahan maklumat peribadi seperti 
di bawah ni untuk membuat pengesahan kehadiran dan mencetak borang jubah serta boleh melihat bil bendahari  untuk check sama ada semua pembayaran sudah dibuat ataupun belum. Okay.


Bil Bendahari (pastikan semua bil sudah dijelaskan).


Pengesahan kehadiran graduan dan cetak borang jubah.


Sekiranya hadir, klik pada "Saya akan menghadiri Istiadat Konvokesyen" dan sekiranya tidak hadir pun kena klik juga pada "Saya tidak akan hadir Istiadat Konvokesyen" dan hantar pengesahan kehadiran tersebut. 


Bila semua dah settle, jangan lupa untuk cetak Borang Jubah dan bawanya semasa ingin mengambil jubah pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak UiTM. Okay.


Okay, rasanya sampai sini dulu aku update mengenai Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85 ni. Nanti kalau ada apa-apa update daripada pihak Konvokesyen UiTM, aku akan share lagi information mengenai konvokesyen tu dalam blog ni. So, see you guys on the next entry #preparationformygraduationdaypart5. Goodbye. By the way, kita (graduan) semakin menghampiri Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-85.

#roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor #uitmdihatiku #masscommunication#facultycommunicationandmediastudies #passionatelydifferent #publicrelations #wearemasscommuitm#iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #roadtoconvo #uitmconvocation #uitmshahalam #masscomm #prmajor 
#uitmdihatiku #masscommunication #facultycommunicationandmediastudies 
#passionatelydifferent #publicrelations#wearemasscommuitm #iprmsauitmchapter #mc222/242 #masscommer #blackandorangeisuitmmasscommcolour