Wednesday, February 1, 2017

Tentang Rasa - Addy Azizul Jeffry

Assalammualaikum guys :)

Hello and welcome February, goodbye and so long January. Cepatnya masa berlalu kan, pejam celik masuk sudah bulan February. Alhamdulillah, kesempatan kali ni dapat juga update blog dan part yang paling best ialah manuskrip pertama "Tentang Rasa" ni siap juga akhirnya. Sekarang ni aku cuma perlukan proof reader untuk membaca isi kandungan dalam manuskrip ni. Lagipun manuskrip ni banyak yang perlu diperbaiki lagi, dari segi susunan ayat, susunan tajuk-tajuk kecil dan macam-macam lagilah. By the way, ini merupakan karya pertama aku, so aku mahu buat sehabis baik dan sebagus mungkin supaya orang (pembaca) tidak bosan membaca "Tentang Rasa" ni. Ni antara kata-kata yang ada dalam "Tentang Rasa" ni, aku share sedikitlah kata-kata yang aku sudah post di Facebook. 

"Bila kau tahu yang kau bukan siapa-siapa dalam hidupnya. 
Kau kecewa, kau marah, kau sedih, kau sakit hati tapi 
akhirnya kau sedar yang dia pun bukan siapa-siapa dalam hidupmu. 
Itu tandanya kau sudah move on."

"Salahkah aku menjadikan kau orang penting dalam hidupku ? 
Mungkin kau rasa ianya hanya membebani diriku walaupun 
sebenarnya ia tidak, kerna aku sudah membuka ruang hatiku hanya untukmu. 
Aku sanggup menerima apa bakal terjadi hanya keranamu. 
Cuma persoalannya, apakah kau ingin menjadi orang penting itu ? 
Sebab sebenarnya kau tidak peduli pun itu 
sama ada ia membebaniku atau tidak, 
cuma kau risau ia akan membebanimu."


Okay, rasanya cukuplah aku share beberapa kata-kata daripada manuskrip pertama "Tentang Rasa" ni. Kalau sesiapa yang sudi/sukarela mahu menjadi proofreader, bolehlah contact aku atau just hantar email dan bagitau yang kamu mahu menjadi proofreader. Rasa macam penulis yang lama sudah berkarya, over pun ada, berlagak pun ada padahal belum tentu bagus karya yang aku hasilkan ni. Hahahaha. Okaylah, selamat menyambut bulan February di tahun yang baru dan jumpa di entry yang baru nanti. Adios. 

6 comments :

  1. Lama tak baca ayat-ayat macam nie and I would say, you're good in this.. I could read them smoothly.. I want to read the rest but perhaps not as proofreader cuz' i'm suck in giving opinion.. all the best to you and will be looking forward for the book.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for your support. Doakan yang baik2 saja, okay. Insha-Allah akan perbaiki lagi cara penulisan ni. :)

      Delete
  2. look good. teruskan usaha. tak sabar nak baca yang full. jgn lupa publish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much. Masih dalam proses penambaikan lagi ni.

      Delete
  3. Hi awak :)

    via: http://www.lalarahim.blogspot.com

    ReplyDelete