Friday, June 30, 2017

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018

Assalammualaikum guys :)

I have a good news to inform you guys 
(especially graduan universiti yang sudah habis belajar) 
dan berhasrat untuk memasuki dunia ketenteraan. 
Just want to let you know that:

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
PERMOHONAN UNTUK PEGAWAI KADET GRADUAN SIRI 1/2018 TELAH PUN DIBUKA 
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Angkatan Tentera Malaysia mempelawakan warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih dalam temuduga yang dijalankan akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Sila baca syarat-syarat sebelum memohon ya. Pengambilan adalah mewakili tiga skuad negara iaitu: 

  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) 
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?

Skim Pegawai Graduan merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. 

Pengambilan calon lepasan ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2018



Untuk pengetahuan semua, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). But the thing is, kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif iaitu melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang ingin memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di Log Masuk: Jom Masuk Tentera sebelum 20 Oktober 2017. Okay. Jangan lupa juga untuk membuat Semakan Keputusan Permohonan boleh dibuat secara online di Semak Status Permohonan: JOM MASUK TENTERA. Selamat memohon dan good luck.

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan, sila hubungi nombor berikut:  

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 
Isnin - Jumaat (9.00am - 5.00pm)
(03) 2059 8400 ext 4524/2387/4526