Thursday, September 5, 2013

Menara Kayangan di Lahad Datu

Assalamualaikum guys :)

Well, good to see you're all again. Hahahaha. Baru dapat terupdate blog nie setelah 1 bulan menghilang. Baru mood kerajinan tue datang. Okey, 2 hari yang lepas bersamaan hari Selasa @ 3 September 2013. Aku dengan kawan baik aku, Azmi pergi ke Menara Kayangan yang terletak di Lahad Datu. Warga Lahad Datu mestilah tahu tempat nie, kan. Actually, it was happen without much thinking. Tiba-tiba kami pergi sana, beli tiket dan terus bawa kereta sampai atas gunung tue. Gunung ? Kenapa pulak gunung ? Eyaps. Menara Kayangan nie terletak di Gunung Silam yang ketinggian 770 meter dari paras laut. Mengikut fahaman aku lah, permukaan tanah yang melebihi daripada 600 meter dikenali sebagai gunung dan kurang daripada itu, dikenali sebagai bukit. Tapi kalau salah, just komen jak di ruang bawah tue. Hehehehe. 

Untuk bayaran masuk ke Menara Kayangan nie terbahagia kepada 2 iaitu untuk Malaysian dan Foreigner. For Malaysian, dewasa = RM5.00 dan kanak-kanak yang berusia daripada 1 - 18 tahun = RM2.00. For foreigner pula, dewasa = RM10.00 dan kanak-kanak 1 - 18 tahun = RM5.00. Rasanya berbaloi kadar harga yang ditetapkan. Jauh jugaklah kalau masuk dalam dalam 9 atau 10 kilometer untuk sampai ke puncak gunung tue daripada pintu laluan utama ke Menara Kayangan nie. Waktu operasi untuk Menara Kayangan nie bermula dari Isnin - Jumaat 8.00 a.m - 5 p.m. Untuk Sabtu dan Ahad, aku not sure pulak sebab tidak alert sangat bila waktu operasinya. 


By the way, jangan risau untuk tempat parking sebab ada banyak tempat yang disediakan, cukup untuk menampung dalam 10 -15 buah kereta di atas sana. Tapi time kami pergi tue, kami lah orang pertama yang masuk ke Menara Kayangan tue. Maksudnya, pada hari tue, kami orang pertama yang beli tiket masuk ke Menara Kayangan. Rasanya awal jugaklah kami pergi naik dalam pukul 9.15 a.m. Time kami naik tue, cuaca sangat-sangat elok dan nyaman. Kalau kamu lihat gambar nie, ini lah tangga utama naik ke dataran Menara Kayangan tue. So, just scroll jak turun ke bawah untuk lihat gambar-gambar yang aku tangkap. So, untuk bahagian nie. Gambar-gambar di sekitar dataran Menara Kayangan tu. 



Menara Kayangan atau dikenali sebagai Tower of Heaven.


Pemandangan dari sekitar dataran Menara Kayangan.



Inilah pemandangan dari sekitar dataran Menara Kayangan tu. 
Memang sangat-sangat cantik. 
Kalau bawa keluarga jalan-jalan sekitar sini memang best. 
Macam lukisan alam jak kamu lihat daripada sini. 
Subhanallah.


Inilah dia Menara Kayangan tu. 
So, kalau betul-betul mahu tengom yang lebih cantik, 
naiklah ke menara ni tapi kalau gayat, 
better jangan naiklah sebab tinggi nampak daripada menara ni. 
Honestly, memang best masa naik Menara Kayangan ni sebab angin sejuk-sejuk bahasa. Nyaman jak berada di atas. 
Kalau ada tilam dan bantal, boleh sudah tertidur di atas. Hehehehe.


Laluan naik ke Menara Kayangan, guna tangga jak.



 Pemandangan daripada Menara Kayangan :D




Ada iklan kejap. Promosi dulu Menara Kayangan kepada sesiapa yang mahu pergi melawatnya. Memang tidak rugilah kalau pergi ke sini. By the way, time kami pergi nie, di sekitar Menara Kayangan masih lagi under construction. Rasanya dorang ada buat restoran atau kedai-kedailah sekitar sini bagi memudahkan pelancong tempatan dan luar negara untuk minum-minum dan menikmati keindahan alam semula jadi di sini. 


Yang ini pula, trail to the peak. Kalau sesiapa yang suka hiking tue, memang sesuailah masuk ke hutan simpan Silam nie. Dalam hutan nie, dorang provide 2 laluan iaitu Trail Kayangan di mana perjalanannya mengambil masa 1 jam 45 minit dan tahap kesusahannya ialah 4 bintang manakala untuk Trail Kalung-Kalungan mengambil masa 2 jam 35 minit dan tahap kesusahannya ialah 2 bintang. Macam best jak hiking dalam hutan nie tapi disebabkan aku dan kawan aku datang menerjah, memang tidak sempatlah mahu pergi hiking. Insya-Allah lain kali kalau ada masa. Cukuplah sekadar bergambar di starting point laluan hiking nie. Hahahahaha. 




That's all for today. Hahahaha, kalau ada tempat-tempat yang interesting, aku akan share lagi di blog. Hope to see me again. Semakin jauh kita berjalan, semakin luas ilmu pengetahuan kita. Insya-Allah. By the way, sorrylah kalau info yang dibagi nie salah atau kurang. Kalau nak betul atau tambah baik kan, just komen di ruangan bawah ya. So, semua orang boleh up to date dengan apa-apa yang berkaitan dengan Menara Kayangan ni.

7 comments :

  1. ; wahhhh. bestnya. mesti tenang je kan kat sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pun. kalau ada masa, dtglah ke menara kayangan tue :D

      Delete
  2. finalyy dah masuk menara kayangan tuh. why not try at lembah danum pulak or Madai ?

    ReplyDelete
  3. hahaha.. ingatkan menara kayangan tu besar la .. rupannya macam menara yang orang tengok burung selalu tu.. :)
    oh ya tuan blog.. lawa kualiti gambar.. guna kamera apa?? dan yang paling penting.. gambar anda kelihatan tersangatlah hensem walaupun saya tahu yang anda memang hensem.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, thanks for the feedback. eyaps, menara kayangan tue tidaklah besar sangat tapi its quite interesting place. guna kamera Nikon D3100 (DSLR). Terima kasih untuk pujiannya. :D

      Delete
  4. Akan datang!! tunggu Aiy .>.O @Kota Kinabalu

    ReplyDelete