Thursday, 30 August 2018

Percutian Tepi Pantai di Resorts World Kijal

Assalammualaikum guys :)

Cuti sekolah dah habis. Sudah tiba masanya students balik semula ke sekolah. Mesti ada rasa malas nak masuk sekolah kan. Biasalah tu, kalau sudah terlalu lama cuti, mesti akan rasa awkward nak belajar. Hehehe. Kalau ada masa dan tiada halangan, boleh ja bercuti pada hari-hari biasa kan. Tidak semestinya kena tunggu cuti sekolah baru pergi bercuti kan. Tapi mungkin lagi mudah dan menyeronokkan kalau bercuti pada cuti sekolah sebab boleh jumpa dan ajak family yang lain bercuti bersama.

By the way, siapa yang tidak suka pergi bercuti ? Lagi-lagi kalau bercuti di tepi pantai, lagi best. Mostly ramai orang yahg pergi oversea untuk menikmati pemandangan di tepi pantai padahal dalam Malaysia pun banyak tempat yang menarik untuk dilawati. But you don’t have to go far because there are many amazing place/beach that you can enjoy your sunrise and sunset without spending a lot of money. Hmmmm. Agak-agak dekat area mana tu ? Mana lagi kalau bukan di negeri Terengganu Darul Iman. Tapi kalau nak pergi Terengganu, nak stay kat hotel mana pula ? Korang mesti terfikir nak stay kat mana ? No need pening-pening, korang tahukan Resorts World Genting yang dekat Genting Highlands tu ? Dekat Terengganu pun ada, okay. Which is located at Kijal, salah satu mukim dalam daerah Kemaman, di negeri Terengganu Darul Iman.








Lagipun, Resorts World Kijal ni pun dikira sebagai international hotel jugak. For your information, Resorts World Kijal ni dah lama buka, lebih daripada 20 tahun tapi masih tetap cantik dan nampak baru sebab pihak Genting always maintainance. By the way, jalan nak pergi ke Resorts World Kijal ni senang ja, all the way by highway. Perjalanan dari KL ke Resorts World Kijal ni pula lebih kurang 3 jam lebih tapi bergantung juga dengan perancangan perjalanan korang . So here’s the simple tips how to get there by using Waze:
  1. Buka or install (bagi siapa yang tak install lagi) Waze ni dan taip kat situ “Resort World Kijal”. 
  2. Then dia akan keluar macam ni, so just pick which route yang korang nak lalu tapi mestilah semua orang nak sampai awal kan.
  3. Nanti bila dah keluar, just klik pada dan you can start your trip. Then dari Lebuhraya Pantai Timur, dari exit to Resorts World ni tak smpai tiga puluh kilometer. 
The best part is Resorts World Kijal ni terletak betul-betul di tepi pantai dan bilik dia pun ada yang menghadap pantai. Cuba bayangkan masa nak tidur malam tu dibuai dengan bunyi ombak pantai, bangun pun dengar bunyi ombak. Siap boleh tengok sunrise dan sunset lagi. Pergh, mesti best kan. 




Untuk kemudahan bilik di Resorts World Kijal ni ada dua jenis which are Deluxe dan Premier. Saiz kedua-dua bilik ni sama, 36 sqm dan perbezaan antara bilik Deluxe dengan bilik Premier adalah view pantai. Kalau bilik Premier tu ada view pantai, so memang cantiklah. Untuk bilik Deluxe pula, tiada view pantai tapi dalam bilik tu ada Jacuzzi dan Jacuzzi tu bukan terletak dalam bilik air tapi dalam bilik itu sendiri. How amazing is it ? So, jangan terkejut pula kalau booking bilik deluxe, tiba-tiba ada Jacuzzi dekat luar. Hahahaha. Tapi ada ja bilik dia yang Jacuzzi kat dalam bilik air, nanti boleh request dekat bahagian reception.

So, sebelum pergi Resorts World, korang buat book dengan Traveloka, harga bilik Deluxe satu malam adalah RM250 (without breakfast tapi boleh add-ons RM35 breakfast untuk dua orang). Untuk bilik Premier pula, harga untuk satu malam adalah RM325 (without breakfast) dan RM350 (with breakfast). By the way, sekarang ni Traveloka ada buat promosi untuk bilik Premier selama 2 hari 1 malam (with breakfast) dan harga dia hanyalah RM426. Bukan itu saja, promosi ni termasuk dengan bermain golf. So, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ni pada harga yang berbaloi di Traveloka. Selain tu, Resorts World Kijal ni ada disediakan 2 buah restoran. Restoran utama dia, ada sampan besar kat tengah-tengah sebagai main attraction. Makanan dihidangkan secara buffet untuk breakfast, lunch dan dinner. Menu makanan ada 2 jenis iaitu makanan style local dan juga makanan style international. By the way, yang restoran yang 1 lagi tu ialah Chinese restaurant dan di lobby lounge ada jual cheese cakes yang sangat sedap. So, this one wajib try.

Dekat Resorts World Kijal ni, korang boleh access terus pergi ke pantai dan tiada pagar pun antara hotel dengan pantai. Pihak hotel pun dah sediakan tempat basuh kaki semua untuk bersihkan pasir before masuk ke dalam hotel. Selain tu,ada kemudahan lain lagi yang disediakan di Resorts World Kijal seperti swimming pool, kolam air panasgolf course, spa dan fitness centre. So, kalau dah bosan main dekat pantai or mandi laut, korang boleh pergi ke tempat-tempat  tersebut untuk menjadikan percutian korang menjadi lebih seronok. So, siapa kata bercuti kat area Terengganu ni tak best, susah nak dapat hotel mantap macam ni kan? Lengkap dengan semua kelengkapan, bilik cantik, makan sedap, tempat selesa, and yang paling penting, kalau nak pergi pantai boleh jalan kaki ja. Best kan. So, what you waiting for ? Come on and booking at Resorts World Kijal using Traveloka sebelum semuanya full. Okay.

Monday, 27 August 2018

Bukit Gasing, Petaling Jaya

Assalammualaikum guys :)

Well, setelah sekian lama tidak pergi hiking. Alhamdulillah kali ni berpeluang untuk hiking di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. Since kerja di KL ni, selalunya spend weekend di bilik atau shopping mall ja. So, kali ni dapat juga buat aktiviti outdoor lepas habis kursus hari tu di PU Subang and the best thing is tak jauh dari tempat tinggal. By the way, Bukit Gasing ni adalah FREE OF CHARGE (FOC), tiada bayaran yang dikenakan kalau nak pergi hiking di sini. Since this is my 1st time pergi ke Bukit Gasing ni, I was totally clueless apa yang best dekat sini sebab tak pernah buat research pun pasal bukit ni. Tapi bukit ni dah FAMOUS dalam kalangan penduduk KL untuk merasai kenikmatan alam yang segar dan ramai yang jadikan bukit ni sebagai tempat training, maybe training sebelum mendaki tempat yang lagi tinggi ataupun ada upcoming tournament. 
  
This is the main entrance Hutan Pendidikan Bukit Gasing.



Since kami semua ni first time ke sini, kami hanya sempat ke Menara Telekom. Laluan ke Menara Telekom adalah menaik dan mendaki. Barulah rasa feel mendaki sikit jika dibandingkan pada awal-awal yang terlalu banyak jalan landai. Pendakian ke puncak menara Telekom dan temple ni mengambil masa around 15-20 minit macam tulah. So, bila dah sampai puncak Menara Telekom tu, situ memang wajib untuk bergambar sebab pemandangan yang cantik dan look nice.  Since Bukit Gasing ni tidaklah tinggi sangat, so cara pendakian kami lebih santai dan tidak terburu-buru. Actually, Bukit Gasing ada banyak trail dan ada tempat yang menarik selain daripada Menara Telkom ni. Ada jambtan gantung yang terletak di Bukit Gasing ni tapi kami tak sempat pergi sebab tak tahu laluan ke sana. Takpa, lain kali boleh pergi lagi kan.

View dari atas puncak Menara Telekom.



Feeling jap "on the top of the world".




Ambil gambar bertiga sebelum turun semula ke starting point.


So, for those yang suka dengan aktiviti hiking, Bukit Gasing is the best place untuk training dan pada masa yang sama dapat menghirup udara segar dan mengamati suasana hutan. Bukit Gasing ni quite famous dan ramai yang datang ke sini pada hujung minggu dan public holidays. Lagipun, tiada bayaran yang dikenakan. So, ada masa dan waktu yang terluang, why not spend your time in here ? Kan, at least dapatlah keluar peluh yang dah lama terperap dalam badan. Okay, so that's all for today dan jumpa lagi di posting yang lain di hari yang lain. Adios.

Friday, 24 August 2018

Happy 8th Anniversary To My Blog

Assalamualaikum guys :)


Alhamdulillah. Macam tidak sangka, sudah masuk angka 8 tahun usia blog aku ni. Well, aku start masuk dunia blogging ni masa tahun 2010 lagi tapi disebabkan ada masalah teknikal dengan blog aku masa tahun 2012, mahu x mahu aku pun terpaksa delete semua entry blog pada tahun 2010-2011. Then, aku start over again blog aku pada tahun 2012. Entah berapa banyak kali sudah aku tukar template dan design blog ni. Hahahaha. Then, aku pilih untuk stay dengan simple blog design yang sekarang ni. Cepatnya masa berlalu dan kalau baca semula entry-entry yang lepas, terasa lucu pun ada. Tapi honestly aku teringin baca entry-entry yang sebelum ni, maksud aku pada tahun 2010-2011 sebab itulah permulaan aku dalam dunia blog ni. Actually apa yang motivate aku untuk buat blog ni bila terbaca dalam 1 majalah mengenai blog Irine Nadia Marcello dan juga abangnya, Aizul Marcello. Start dari situ, timbullah minat aku untuk buat blog. Walaupun sekarang ni aku jarang post entry dalam blog ni, tapi insha-Allah aku akan keep going dan cari masa untuk post entry dalam blog ni. Okay. So, nak celebrate dekat mana ni ? Hehehehehe. 

Thursday, 23 August 2018

Tips Menjaga Kulit Wajah dengan Elianto Gel Mist

Assalammualaikum guys :)

Hari ni aku akan share tips menjaga kulit wajah dengan produk superb daripada Elianto Gel Mist yang terbahagi kepada 3 jenis gel iaitu Jeju Aloe Vera (Hijau), Hyaluronic Acid (Biru) dan Pomegranate (Pink). Each of these gel mist ada function tersendiri tetapi jangan risau, gel mist ni sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit especially kulit sensitif, memang berkesan. By the way, gel mist ni berharga RM37.90 dan sangat affordable untuk dimiliki. 


Elianto Gel Mist:

  1. Jeju Aloe Vera: Enriched with Aloe Vera leaf extract that moisturizes, soothes and protect your skin from harmful environmental stressors. 
  2. Hyaluronic Acid: Deeply penetrates into skin to restore skin barrier and promotes a healthy moisture balance. It leaves the skin looking plumped and hydrated all day long.
  3. Pomegranate: Enriched with natural Pomegranate fruit extract (Punica Granatum) that comes with antioxidant benefits and known to slow down the sign of ageing on your skin.
Features:  
  • 99% high concentration of Aloe Vera Extract 
  • High Aloe Vera content recharges skin moisture 
  • Light and fresh texture 
  • Soothes and calm skin 
  • Creates protective moist barrier 
  • Paraben-free 
  • No artificial colorants 
  • No Triethanotamine 
  • No Phthalate 
  • No skin forcing ingredients 
  • Non-greasy
Cara Penggunaan Elianto Gel Mist:
  1. Selepas mencuci muka, just spray pada 1 atau 2 kali pada jarak 10 hingga 15cm daripada muka dan kemudian biarkan selama 5-7 minit.
  2. Then, sapu dan gosok perlahan-lahan gel di muka tu sehingga boleh rasa yang gel tu meresap ke dalam kulit wajah.
  3. Elakkan daripada gosok terlalu kuat dan pastikan gel tu disapu pada keseluruhan muka. 
Besides, gel mist ni sesuai digunakan sebelum keluar rumah untuk mengelakkan kulit  wajah daripada re-hydration dan juga melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari. Bukan setakat letak di muka, gel mist ni juga boleh digunakan pada anggota badan yang lain seperti kaki, rambut dan tangan. So, tunggu apa lagi, pergi kedai Elianto yang berdekatan untuk dapatkan gel mist ni. By the way, untuk lelaki jangan segan or malu kalau pergi ke kedai Elianto tapi kalau malu dan segan juga, kamu boleh order secara online di Elianto Makeup Official Site. Okay. That's all for today. 

Saturday, 11 August 2018

Majlis Penutupan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 42/18

Alhamdulillah, seramai 18 pegawai muda telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 42/18 di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Subang pada 10 Ogos 2018 (Jumaat). Upacara pemakaian lencana cawang dan penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Secara keseluruhannya, LtM Asyraf bin MD Daud TUDM telah dianugerahkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik bagi kursus tersebut. Kursus yang telah berlangsung pada 9 April 2018 sehingga 10 Ogos 2018 ini telah berjaya ditamatkan oleh kesemua penuntut. Turut hadir pada majlis ini ialah Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM, Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, dan  Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM, Ketua Cawang Tadbir PU Subang.

Tahniah diucapkan kepada semua 18 penuntut 
Kursus Asas Pegawai Tadbir (KAPT) Siri 42 Tahun 2018




Tahniah kepada semua 18 pegawai muda yang berjaya menamatkan kursus dan juga pemakaian lencana cawang Tadbir di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Subang. Terima kasih kepada INSTAR especially penyelia KAPT Siri 42/18, Kapt Khairul Izwan bin Nawawi TUDM yang banyak bersabar, membantu, mengajar dan mendidik kami dalam melaksanakan tugas harian. Tidak lupa juga kepada CO INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, CI INSTAR, KSL, KSBL, KSP dan jurulatih-jurulatih INSTAR, terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dan terima kasih semua yang membantu bagi menjayakan majlis penutupan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 42 Tahun 2018 ni. Kepada KAPT 42/18, selamat bercuti dan selamat bertugas di unit masing-masing nanti. Adios.

Sunday, 5 August 2018

Majlis Perkahwinan LtM Ridzuan Ahmad TUDM dan Siti Khadijah (4 Ogos 2018)

Assalammualaikum guys :)

Walimatulurus LtM Muhamad Ridzuan bin Ahmad TUDM & Siti Khadijah binti Sazali pada 4 Ogos 18 (Sabtu) bersamaan 22 Zulkaedah 1439H di Dewan Kastam Kelana Jaya. Kepada kedua-dua mempelai, selamat menempuhi hidup baru bersama-sama, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah serta diberikan keturunan yang soleh dan solehah dikurniakan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih sayang Allah SWT. Semoga Allah SWT menyempurnakan semua kebahagiaan kamu berdua dan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Nya. 




Alhamdulillah dengan sekali lafaz, maka selamatlah kedua-duanya diijabkabulkan. 
Tahniah Ridzuan dan Khadijah. 



Bersama dengan skuad KAPT Siri 42/18 sebagai Swordman untuk upacara Sword Barrel.



Bersama dengan skuad KAP Siri 27/17 tapi tak semua dapat datang. Yang dapat datang pun mostly geng INSMAT (Materiel) dan INSPRA (ATC), yang lain mungkin ada datang cuma tak sempat jumpa.



Kepada Ridzuan Ahmad, selamat menjadi seorang suami dan seorang imam yang mempunyai amanah, tanggungjawab yang besar untuk isteri dan juga kepada anak-anak. Jadilah suami yang hebat dan ayah yang penyayang. Kepada Siti Khadijah, selamat menjadi seorang isteri yang soleha dan bidadari yang terbaik kepada suami tercinta. Semoga juga menjadi ibu yang terbaik serta penyayang kepada anak-anak. Sekali lagi, tahniah atas pernikahan kamu berdua pada hari ini. Selamat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Aamin. That's all for today. Adios.

Nota: Sword Barrel atau Sword-Bearer ni merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadat. Ianya merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan pengantin baru.  Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan pegawai-pegawai polis dan tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong ataupun Raja-Raja Melayu. According to Merriam-Webster, the definition of sword-bearer is "a British civic official who carries a sword before a municipal officer on ceremonial occasions" or "one that is armed with a sword".