Assalamualaikum guys :)
Sebelum aku start menulis blog nie, aku akan pastikan ada chocolate cadbury di sebelah aku. Konon-kononnya bila chocolate tue cair di mulut, so otak aku pun mula cair dengan memberikan pelbagai-pelbagai idea. Hahahahaha. Sebenarnya saja jak, aku bukannya peminat tegar chocolate, okey. Kalau ada chocolate, aku makanlah tapi kalau tiada, tiadalah. Tidaklah terlalu taksub dengan chocolate. Hahahahahaha. Sekarang nie masuk raya ke-5 sudah kan, macam ndak sangka cepatnya masa berlalu. Aku lagi bertambah bosan bila si Muslihuddin @ Ucik balik sudah ke UTM di Skudai, Johor. Tapi ndak pa, ada juga sahabat-sahabat yang lain boleh diajak berjalan. Hehehehehe. Honestly aku cakap, ramadhan tahun dan raya tahun nie aku rasa macam ndak meriah sangat macam dulu-dulu dan aku pun ndak tahulah apa sebabnya atau aku nie banyak sangat berfikir.
So, raya tahun nie warna tema kami sekeluarga ialah berwarna "MERAH", menyala seperti api. Hahahahaha. Aku beli baju Melayu yang pasang siap jak, senang tak payah fikir banyak mahu jahit di mana nanti. Mamy aku yang suruh beli baju pasang siap, kalau aku mestilah high demand, mahu minta dijahit juga. Hahahahaha. Tapi oleh kerana malas mencari tukang jahit lagi, terus beli lah yang pasang siap terus. Beli butang jak. Simple as it can.