Friday, 21 January 2022

Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi Tahun 2022

 Assalammualaikum guys :)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM).  Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).

Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.  Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu JOM MASUK TENTERATarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan boleh menghubungi di talian 011-65504585 (Pengambilan Pegawai Kadet Graduan).

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"

#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

Saturday, 1 January 2022

Happy New Year 2022 !

Assalamualaikum guys :)

Selamat Menyambut Tahun 2022 kepada semua yang masih membaca atau terbaca blog ini. Sedar atau tidak sedar kita sudah pun memasuki tahun 2022 dan semestinya memori atau kenangan tahun-tahun sebelum ini tidak kiralah indah ataupun tidak tapi ia merupakan pengalaman yang banyak mengubah kita semua. Hopefully semua yang berlaku membuatkan kita semua lebih tabah dan matang dalam menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baru.

Dengan kehadiran tahun baharu 2022, jalani hidup dengan sebaiknya dan memberikan manfaat kepada orang lain supaya menjadi lebih bermakna dalam kehidupan masing-masing. Semoga juga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan kehidupan, gembira bersama keluarga serta sentiasa berada dalam lindungan dan keredhaan Allah SWT. Aamiin.