Friday, 28 August 2020

JOM MASUK TENTERA: New Website, New Interface

Assalammualaikum guys :)

Sebelum masuk ke IPTA lagi, ramai yang sudah tahu mengenai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dulunya juga dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) di di IPTA. PALAPES ni merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa dan mahasiswi di IPTA. Tapi selain daripada PALAPES, ada lagi satu skim di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) atau dikenali juga sebagai Graduates Officer (GO).

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?  Skim Pegawai Kadet Graduan ni merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. By the way, pengambilan Pegawai Kadet Graduan (GO) ni juga berbeza dengan pengambilan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Untuk skim Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).  
  • Terdiri dari calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  
  • Menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama (mengikut jurusan) dan latihan ketenteraan di UPNM.
  • Ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).  
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai  atasan.
Untuk skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) | Graduate Officer (GO):
  • Terdiri dari calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
  • Menjalani latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan di pusat latihan masing-masing.
  • Diitauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf.
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagi calon-calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan, then akan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU) selama 9 bulan. Untuk pengetahuan semua juga, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Tetapi kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di website yang baru: JOM MASUK TENTERA.

Website JOM MASUK TENTERA (JMT) yang baru ni terbahagi kepada 2 permohonan 
iaitu Pegawai Kadet Ijazah Graduan (PKG) & juga Lain-Lain Pangkat (LLP).


1st, pemohon kena membuat/mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan sila masukkan keperluan seperti berikut: 

                                * No. Kad Pengenalan
                                Nama Penuh
                                Alamat Emel
                                Kata Laluan
                                Pengesahan Kata Laluan



Kalau pemohon sudah buat permohonan, sila pastikan buat semakan permohonan sekali lagi bagi memastikan permohonan diterima masuk dalam sistem JMT. By the way, pemohon juga boleh membuat semakan permohonan untuk mengetahui sama ada permohonan diterima ataupun ditolak. 


So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jangan lupa untuk membuat permohonan online. Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam mencari pekerjaan. Aamiin. That's all from me. Adios.

Thursday, 27 August 2020

Musketeers by Nadia Khan

Assalammualaikum guys :) 

GANTUNG

"Musketeer Code - no all for one, just one for all." Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.  Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.

GANTUNG: 2 

"Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.  “What does this mean?” tanya Gibbs.  “Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?”  “Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”  “Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu,” sampuk KJ.  Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal..."

 

1st of all, kepada peminat novel GANTUNG dan GANTUNG: 2, mesti korang merindui dengan jalan cerita novel ni kan dan aku ada soalan nak tanya dengan korang;

"MASIH TAK BOLEH MOVE ON DENGAN GANTUNG dan GANTUNG: 2 ?"

Hahaha. Kepada sesiapa yang pernah baca novel GANTUNG dan GANTUNG:2 by Nadia Khan ni sudah semestinya mengenali dengan watak Gibbs, Ray, KJ, Troll dan juga Musketeer Code kan. Hahaha. Bagi peminat-peminat yang follow up dengan perkembangan novel GANTUNG ni, mesti sudah tahu yang novel ni sudah pun diadaptasi menjadi siri TV iaitu GANTUNG THE SERIES yang dikeluarkan pada tahun 2018. 

By the way, siri TV ni juga melibatkan kolaborasi antara pelakon-pelakon Malaysia dan juga Indonesia seperti Randy Pangalila memegang watak sebagai Gibbs, Ikmal Amry sebagai Ray, Brandon Salim sebagai KJ dan Hafreez Adam sebagai Troll which menjadikan gandingan cerita ni lebih mantap. So, kepada sesiapa yang masih belum membaca novel GANTUNG dan GANTUNG 2 ni, silalah baca dan hadam sebab memang tak akan bosan.

Okay, untuk part GANTUNG dan GANTUNG: 2 dah settle. Now, let's move to novel MUSKETEERS, actually novel ni sebenarnya yang aku nak higlight-kan. Untuk makluman korang, MUSKETEERS ni merupakan prekuel GANTUNG yang menceritakan kehidupan empat sahabat iaitu Gibbs, KJ, Troll dan Ray bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4. Buku ni jenis hardcover dan dicetak hanya sekali untuk mengumpul dana untuk pembikinan GANTUNG The Movie.

Aku pun masih dalam fasa menghabiskan membaca novel MUSKETEERS ni. So, kepada korang yang masih belum membeli novel ni, korang boleh dapatkan novel ni di BUKU FIXI pada harga RM50.00. Kalau tak pun, korang boleh pergi ke Kedai FIXI yang terletak di Sunway Putra Mall. L4.41, Level 4, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang sudah membeli novel ni, setiap pembelian novel ni akan disumbangkan kepada pembikinan #GANTUNGTHEMOVIE yang dijalankan dengan usaha crowdfundingTerima kasih kerana terus menyatukan Musketeers dan tidak membiarkan kisah mereka di#GANTUNG tak bertali. That's all from me. Adios.