Assalammualaikum guys :)
Sebelum masuk ke IPTA lagi, ramai yang sudah tahu mengenai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dulunya juga dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) di di IPTA. PALAPES ni merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa dan mahasiswi di IPTA. Tapi selain daripada PALAPES, ada lagi satu skim di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) atau dikenali juga sebagai Graduates Officer (GO).
Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ? Skim Pegawai Kadet Graduan ni merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. By the way, pengambilan Pegawai Kadet Graduan (GO) ni juga berbeza dengan pengambilan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Untuk skim Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
- Terdiri dari calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama (mengikut jurusan) dan latihan ketenteraan di UPNM.
- Ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
- Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Untuk skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) | Graduate Officer (GO):
- Terdiri dari calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
- Menjalani latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan di pusat latihan masing-masing.
- Diitauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf.
- Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Bagi calon-calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan, then akan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU) selama 9 bulan. Untuk pengetahuan semua juga, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Tetapi kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di website yang baru: JOM MASUK TENTERA.
Website JOM MASUK TENTERA (JMT) yang baru ni terbahagi kepada 2 permohonan
iaitu Pegawai Kadet Ijazah Graduan (PKG) & juga Lain-Lain Pangkat (LLP).

1st, pemohon kena membuat/mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan sila masukkan keperluan seperti berikut:
* No. Kad Pengenalan
* Nama Penuh
* Alamat Emel
* Kata Laluan
* Pengesahan Kata Laluan


Kalau pemohon sudah buat permohonan, sila pastikan buat semakan permohonan sekali lagi bagi memastikan permohonan diterima masuk dalam sistem JMT. By the way, pemohon juga boleh membuat semakan permohonan untuk mengetahui sama ada permohonan diterima ataupun ditolak.

So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jangan lupa untuk membuat permohonan online. Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam mencari pekerjaan. Aamiin. That's all from me. Adios.
Tu bukan gmbar parade kadet GO...
ReplyDeleteSkali tgk icon gmbar tu mcm apply utk jadi kadet UPNM if xbaca the details.
Yes betul. That's why kena baca details. By the way, permohonan untuk Pegawai Kadet UPNM melalui UPU, permohonan Pegawai Kadet Graduan melalui Jom Masuk Tentera. Terima kasih atas komen anda.
Delete