Assalammualaikum guys :)
GANTUNG
"Musketeer Code - no all for one, just one for all." Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua. Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.
GANTUNG: 2
"Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. “What does this mean?” tanya Gibbs. “Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?” “Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?” “Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu,” sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal..."

1st of all, kepada peminat novel GANTUNG dan GANTUNG: 2, mesti korang merindui dengan jalan cerita novel ni kan dan aku ada soalan nak tanya dengan korang;
"MASIH TAK BOLEH MOVE ON DENGAN GANTUNG dan GANTUNG: 2 ?"
Hahaha. Kepada sesiapa yang pernah baca novel GANTUNG dan GANTUNG:2 by Nadia Khan ni sudah semestinya mengenali dengan watak Gibbs, Ray, KJ, Troll dan juga Musketeer Code kan. Hahaha. Bagi peminat-peminat yang follow up dengan perkembangan novel GANTUNG ni, mesti sudah tahu yang novel ni sudah pun diadaptasi menjadi siri TV iaitu GANTUNG THE SERIES yang dikeluarkan pada tahun 2018.
By the way, siri TV ni juga melibatkan kolaborasi antara pelakon-pelakon Malaysia dan juga Indonesia seperti Randy Pangalila memegang watak sebagai Gibbs, Ikmal Amry sebagai Ray, Brandon Salim sebagai KJ dan Hafreez Adam sebagai Troll which menjadikan gandingan cerita ni lebih mantap. So, kepada sesiapa yang masih belum membaca novel GANTUNG dan GANTUNG 2 ni, silalah baca dan hadam sebab memang tak akan bosan.
Okay, untuk part GANTUNG dan GANTUNG: 2 dah settle. Now, let's move to novel MUSKETEERS, actually novel ni sebenarnya yang aku nak higlight-kan. Untuk makluman korang, MUSKETEERS ni merupakan prekuel GANTUNG yang menceritakan kehidupan empat sahabat iaitu Gibbs, KJ, Troll dan Ray bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4. Buku ni jenis hardcover dan dicetak hanya sekali untuk mengumpul dana untuk pembikinan GANTUNG The Movie.

Aku pun masih dalam fasa menghabiskan membaca novel MUSKETEERS ni. So, kepada korang yang masih belum membeli novel ni, korang boleh dapatkan novel ni di BUKU FIXI pada harga RM50.00. Kalau tak pun, korang boleh pergi ke Kedai FIXI yang terletak di Sunway Putra Mall. L4.41, Level 4, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang sudah membeli novel ni, setiap pembelian novel ni akan disumbangkan kepada pembikinan #GANTUNGTHEMOVIE yang dijalankan dengan usaha crowdfunding. Terima kasih kerana terus menyatukan Musketeers dan tidak membiarkan kisah mereka di#GANTUNG tak bertali. That's all from me. Adios.