Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Tuesday, 1 September 2020

Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi Tahun 2021

Assalammualaikum guys :)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM).  Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).


Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.  Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2021 iaitu JOM MASUK TENTERA. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2021.

Sebarang permasalahan berkenaan permohonan bolehlah menghubungi di talian Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (Isnin - Jumaat) bermula 9.00am - 5.00pm:(03) 20594524/2391/4526 atau di talian 011-65504585.  

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"

#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

Friday, 28 August 2020

JOM MASUK TENTERA: New Website, New Interface

Assalammualaikum guys :)

Sebelum masuk ke IPTA lagi, ramai yang sudah tahu mengenai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dulunya juga dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) di di IPTA. PALAPES ni merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa dan mahasiswi di IPTA. Tapi selain daripada PALAPES, ada lagi satu skim di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) atau dikenali juga sebagai Graduates Officer (GO).

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?  Skim Pegawai Kadet Graduan ni merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. By the way, pengambilan Pegawai Kadet Graduan (GO) ni juga berbeza dengan pengambilan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Untuk skim Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).  
  • Terdiri dari calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  
  • Menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama (mengikut jurusan) dan latihan ketenteraan di UPNM.
  • Ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).  
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai  atasan.
Untuk skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) | Graduate Officer (GO):
  • Terdiri dari calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
  • Menjalani latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan di pusat latihan masing-masing.
  • Diitauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf.
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagi calon-calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan, then akan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU) selama 9 bulan. Untuk pengetahuan semua juga, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Tetapi kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di website yang baru: JOM MASUK TENTERA.

Website JOM MASUK TENTERA (JMT) yang baru ni terbahagi kepada 2 permohonan 
iaitu Pegawai Kadet Ijazah Graduan (PKG) & juga Lain-Lain Pangkat (LLP).


1st, pemohon kena membuat/mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan sila masukkan keperluan seperti berikut: 

                                * No. Kad Pengenalan
                                * Nama Penuh
                                * Alamat Emel
                                * Kata Laluan
                                * Pengesahan Kata Laluan



Kalau pemohon sudah buat permohonan, sila pastikan buat semakan permohonan sekali lagi bagi memastikan permohonan diterima masuk dalam sistem JMT. By the way, pemohon juga boleh membuat semakan permohonan untuk mengetahui sama ada permohonan diterima ataupun ditolak. 


So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jangan lupa untuk membuat permohonan online. Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam mencari pekerjaan. Aamiin. That's all from me. Adios.

Tuesday, 15 October 2019

Pengambilan Calon Lepasan Ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2020 dalam Angkatan Tentera Malaysia

Assalammualaikum guys dan selamat petang guys  :)

Masih mencari peluang pekerjaan ?
Ingin menjadi wira yang mempertahankan negara ?
Ingin kelihatan segak dan bergaya memakai pakaian seragam tentera ?

Ingin mengubah mentaliti diri sendiri dan orang sekeliling yang mengatakan 
ANDA TIDAK BOLEH ?

Jangan risau, anda boleh mengubah semua PERSEPSI itu dengan menyertai

PERMOHONAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET GRADUAN 2020 DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Kepada para graduan yang masih mencari peluang pekerjaan, sekarang anda boleh mendaftarkan diri di JOM MASUK TENTERA.

Sukacita dimaklumkan bahawa ATM mempelawa saudara/saudari yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai ATM melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Kepada yang berminat, sila email kepada di  pengambilanpegatm@gmail.com dengan menghantar dokumen - dokumen dalam bentuk PDF seperti berikut:

📌 Resume (termasuk Berat dan Tinggi). 
📌 Salinan Kad Pengenalan. 
📌 Salinan Siji SPM. 
📌 Salinan Sijil MQA. 
📌 Salinan Sijil Ijazah/Transkrip. 
📌 Gambar Ukuran Passport.  

Sebarang permasalahan berkenaan permohonan bolehlah menghubungi di talian Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (Isnin - Jumaat) bermula 9.00am - 5.00pm:(03) 20594524/2391/4526 atau di talian 011-65504585.

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"

#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

Monday, 15 July 2019

Majlis Perkahwinan Lt Qayyum Edlee bin Abdul Aziz TUDM & Farzana Nurain binti Mohd Faizal (13 Julai 2019)

Assalammualaikum guys :) 

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Lt Qayyum Edlee bin Abdul Aziz TUDM & Farzana Nurain binti Mohd Faizal. Kahwin juga akhirnya abang sulung kami dalam skuad KAP27/17. Kepada kedua-dua pengantin baru, selamat menempuhi hidup baru bersama-sama, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah serta diberikan keturunan yang soleh dan solehah dikurniakan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih sayang Allah SWT. Semoga Allah SWT menyempurnakan semua kebahagiaan kamu berdua dan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Nya.

Lt Qayyum Edlee bin Abdul Aziz TUDM
&
Farzana Nurain binti Mohd Faizal







  
Kepada Qayyum, selamat menjadi seorang suami dan seorang imam yang mempunyai amanah, tanggungjawab yang besar untuk isteri dan juga kepada anak-anak. Jadilah suami yang hebat dan ayah yang penyayang. Kepada Nana, selamat menjadi seorang isteri yang soleha dan bidadari yang terbaik kepada suami tercinta. Semoga juga menjadi ibu yang terbaik serta penyayang kepada anak-anak. Aaminn. Sebelum bergerak balik ke KL, kami semua pergi lepak-lepak dekat Pantai Klebang dulu.





Sekali lagi, tahniah atas pernikahan kamu berdua pada hari ini. Selamat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Aamin. Terima kasih untuk hospitaliti yang diberikan dan terima kasih juga kepada skuad SB bagi membantu menjayakan majlis ini. That's all for today. Adios.

Sunday, 31 March 2019

Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA'19), Let's Go !

Assalammualaikum guys :)

Baru-baru ni ada sesiapa yang datang berkunjung ke Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019  atau lebih dikenali sebagai LIMA'19 ? Please raise your hand and share your experience in the comments below. Hehehehe. Walaupun event ni telah pun habis tapi sampai sekarang aku masih lagi terasa dengan kehangatan LIMA'19. Dengan keadaan panas teriknya, bunyi bising aircraft yang membingitkan semasa aerial display di area Tarmac, dapat berkenalan dan berjumpa dengan kawan-kawan media local dan juga international, dapat bertemu dengan VIP-VIP, team exhibitor dari local & international dan terpaksa bersesak dengan kehadiran orang ramai yang datang berkunjung. 

Memang pengalaman yang cukup manis dan berharga, lagi-lagi ini merupakan pengalaman pertama aku mengikuti LIMA'19 sebab semasa LIMA'17, kami masih lagi menjalani latihan Pegawai Kadet di Pusat Latihan Pegawai (PLP), Kepala Batas, Kedah. Part yang paling best juga, aku berpeluang dapat pergi ke LIMA'19 kerana bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Media (PRO) di bawah Unit Komunikasi Strategik (UKS), Kementerian Pertahanan Malaysia. Seperti yang kamu sedia maklum, LIMA'19 ini merupakan collaborations antara Kementerian Pertahanan Malaysia bersama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan juga EN Project (M) Sdn Bhd.

By the way, UKS ni merupakan unit pertama aku melapor diri dan bertugas, so itu menjadikan lebih bermakna sebab belum sampai setahun service sudah dapat pergi bertugas di LIMA'19 ni. Terima kasih kepada semua senior officer di UKS merangkap colleagues kerana memberi kepercayaan dan membantu dalam menguruskan pergerakan pergi dan balik team media local dari Subang ke Langkawi menaiki pesawat C-130 dan juga A400M milik TUDM. Itu pun merupakan pengalaman kali pertama aku menaiki pesawat TUDM. Memang terbaik.

Gambar diri sendiri yang sempat diambil semasa bertugas di LIMA'19.




Bersama dengan YB Anthony Loke Siew Fook merangkap 
Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT).


Time ni pula, bersama dengan wartawan TV3, Zharif Zhafri yang bertugas semasa LIMA'19.
Actually ada lagi kawan-kawan media lain daripada BNC, Azeery Idris dan Diah Mohd Jaiz, 
then dari RTM, Andy Reza Rohadian, cuma tak sempat bergambar dengan yang lain.


Bersama dengan petugas media @ jurufoto dari UKS.
Kpl Fawzia Idayu dan Sjn Nur Haslinda


Kpl Fatin Izzati | PW II Riau | Sjn Nur Haslinda


For your information, this is the 15th Edition of The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019. LIMA'19 ini juga telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 26 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019 yang mana bertempat di The Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi dan juga The Resorts World, Langkawi. Dengan hashtag #LIMA19 dan juga #LebihHebat, terdapat pelbagai program yang telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah maritime demonstration, ships display, aerial display, aircraft static display dan bermacam-macam lagi. By the way, ramai exhibitor dari luar negara yang datang membuat pameran dan membuka booth masing-masing. Pada hari pertama, majlis pembukaan LIMA`19  telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Memang terbaiklah persembahan semasa pembukaan tu dan you guys boleh check out di LIMA'19 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Aircraft Static Display


Lawatan booth & aircraft oleh Perdana Menteri Malaysia
YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad.


Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu 
bersama dengan YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.




Last but not least, LIMA ni juga dilaksanakan 2 tahun sekali, berselang dengan program Defence Services Asia Exhibition & Conference  atau dikenali sebagai DSA. So, insha-Allah tahun depan kita akan berjumpa sekali lagi di DSA,  itu pun kalau aku masih bertugas di Unit Komunikasi Strategik ini. Kalau tidak, kita berjumpa di program lagi jaklah. Semasa bertugas sebagai PRO, banyak perkara baru yang aku belajar daripada senior-senior officers di UKS. 

So, I would like to say thank you so much to Lt Kol Salawati Yahaya, Ketua Seksyen Perhubungan Awam (KSPA), Mej Riduan Yusoff (SO2 SPP/Media Darat), Mej Salamah Jakaria TUDM (SO2 Media Udara), Lt Kdr Iliyas Idris TLDM (SO2 Media Laut), Lt Mariani Mohamad Rafali TLDM (SO3 Perhubungan Media) dan juga kepada team Sel Publisiti dan Promosi (SPP) yang banyak membantu dari segi video dan foto. You guys are AWESOME ! It was totally an amazing and wonderful experience I ever had. 

Lagi satu, Kementerian Pertahanan ini dianggap sebagai kementerian yang unik dan isitimewa kerana mempunyai penjawat awam dan juga anggota ATM yang bertugas bersasma-sama di bawahnya. Semoga kita berjumpa lagi pada LIMA'21 yang akan datang sekiranya ada rezeki. Insha-Allah. Okay, that’s all from me dan harap dimaafkan sekiranya ada yang kekurangan dalam entry kali ni. Adios !

Sunday, 16 December 2018

Selamat Hari Ulang Tahun KAP27/17

Assalammualaikum guys :)

Pada 6 Mac 2017 merupakan tarikh kita semua ditemukan dan menjadi skuad KAP27/17. Pada 16 Disember 2017 juga merupakan tarikh  kita sebagai Leftenan Muda (TUDM) dan juga merupakan hari terindah bagi kita semua. Hari ini, sudah setahun kita berkhidmat dalam TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tahniah kepada semua skuad KAP 27/17 di atas kenaikan pangkat dari Leftenan Muda TUDM ke Leftenan TUDM. Semoga kita semua terus berjaya dalam kerjaya masing-masing dan sentiasa memberikan bakti yang terbaik untuk diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, keluarga, agama, bangsa dan negara. 











Okay, sebelum mengakhiri post ni, mari kita bersama-sama 
menyanyikan lagu ATM dan  TUDM.

Tentera Benteng Pertahanan Negara - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Kamilah Angkatan Tentera Malaysia 
Yang taat dan setia 
Sanggup berkorban walau apa sahaja 
Untuk negara dan bangsa  

Tentera benteng pertahanan negara 
Tentera lambang perkasa 
Biar putih tulang jangan putih mata 
Pantang undur tetap mara  

Darat Laut dan juga Udara 
Sentiasa terpelihara 
Membujur lalu melintang patah 
Harapan musuh di musnah  

Tentera benteng pertahanan negara 
Tentera lambang perkasa 
Biar putih tulang jangan putih mata 
Pantang undur tetap mara

Perwira Angkasa - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kami perwira di angkasa
Berjuang di langit biru
Menyediakan payung melindungi negara
Musuh kan kami buru

Dengan doa kami berkhidmat
Semoga Tuhan beri rahmat
Kami tetap setia
Pada seri paduka
Dan kepada ibunda

Sentiasa di angkasa raya
Itulah cogan kata
Dengan cergas kami meronda
Taat setia terbukti 

Berkorban untuk keamanan negara yang tercinta
Bendera Malaysia dengan megah dijulang

That's all for today. Adios.

Monday, 12 November 2018

Majlis Perkahwinan LtM Sabri Hamil TUDM dan Nor Hazwani (11 November 2018)

Assalammualaikum guys :)

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru LtM Sabri bin Hamil TUDM & Nor Hazwani binti Md Sap. Kahwin juga akhirnya abang sulung kami dalam skuad KAP27/17. Kepada kedua-dua pengantin baru, selamat menempuhi hidup baru bersama-sama, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah serta diberikan keturunan yang soleh dan solehah dikurniakan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih sayang Allah SWT. Semoga Allah SWT menyempurnakan semua kebahagiaan kamu berdua dan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Nya.





Pasangan pengantin baru, LtM Sabri Hamil dan Nor Hazwani



Kepada Sabri, selamat menjadi seorang suami dan seorang imam yang mempunyai amanah, tanggungjawab yang besar untuk isteri dan juga kepada anak-anak. Jadilah suami yang hebat dan ayah yang penyayang. Kepada Nor Hazwani, selamat menjadi seorang isteri yang soleha dan bidadari yang terbaik kepada suami tercinta. Semoga juga menjadi ibu yang terbaik serta penyayang kepada anak-anak. Sekali lagi, tahniah atas pernikahan kamu berdua pada hari ini. Selamat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Aamin. Terima kasih juga kepada skuad KAP27/17 bagi membantu menjayakan majlis ini. That's all for today. Adios.

Belanja sekeping gambar masa dekat Ipoh, Perak.


Nota: Sword Barrel atau Sword-Bearer ni merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadat. Ianya merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan pengantin baru.  Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan pegawai-pegawai polis dan tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong ataupun Raja-Raja Melayu. According to Merriam-Webster, the definition of sword-bearer is "a British civic official who carries a sword before a municipal officer on ceremonial occasions" or "one that is armed with a sword".

Thursday, 8 November 2018

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Assalammualaikum guys :)

So, destinasi kali ni kita pergi ke Colmar Tropicale yang terletak di Bukit Tinggi, Pahang. Yang pastinya dah ramai datang berkunjung ke Colmar Tropicale ni yang terkenal dengan reka bentuk bangunan ala Perancis atau lebih dikenali sebagai "French Village". Untuk pengetahuan semua, perkampungan bertemakan ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan di Perancis yang terkenal dengan jalan batu dan bangunan peninggalan sejak zaman Renaissance.

French Village 

By the way, suasana kampung ini sememangnya membuat sesiapa sahaja yang berjalan-jalan ke sini merasa seolah-olah berada di dalam sebuah filem Eropah klasik. Hahahaha. Selain daripada reka bentuk bangunan yang special, terdapat juga banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga seperti rock climbing dan mountain biking. Untuk shortvacay ni, aku pergi bersama dengan mak, makcik dan cousin aku yang datang dari Sabah except cousin aku yang memang orang KL.

Bayaran masuk: Dewasa (RM16.00) | Kanak-kanak (RM8.00).

Lokasi: Terletak di Kilometer 48, Persimpangan Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Untuk pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang lebih lengkap, why not anda sekeluarga menyewa hotel dan bermalam di resort tersebut. Jangan risau, banyak jenis bilik yang anda boleh pilih dan cukup untuk memuatkan semua ahli keluarga yang datang bersama-sama. Okay. Jom kita scroll ke bawah untuk lihat gambar-gambar kami di sana.











Japanese Village

Tanpa menaiki pesawat, dalam beberapa minit sahaja anda boleh menyusul dari sebuah perkampungan perancis yang romantik ke perkampungan jepun tradisional yang aman. Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala. 

Perkampungan Jepun ni dihiasi dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah:
  • Japanese Garden
  • Japanese Tea House
  • Botanical Garden
  • Tatami Spa
  • Ume Tatami Suite
  • Restaurant Ryo Zan Tei.  
Tapi memandangkan hujan masa kami tiba di Japanese Village, kami hanya berjalan di sekitar Japanese Garden dan tak sempat nak pergi tempat yang lain disebabkan hujan.

Bayaran masuk: Dewasa (RM12.00) | Kanak-kanak (RM8.00).

Sewaan Kimono: RM20.00 (For those yang nak pakai Kimono).







Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian korang kalau bercuti di sini. At the same time, korang pasti kagum dengan pemandangan di sini yang sangat cantik dan menarik seperti berada di luar negara. Besides, korang boleh datang ke sini membawa keluarga bagi lari daripada kesibukan kota. Datang balik hari atau anda boleh bermalam disini untuk merehatkan minda dan fizikal. Sekiranya korang ada mempunyai pengalaman di Bukit Tinggi, jangan lupa untuk drop komen di bawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pembaca lain yang masih belum berkesempatan untuk pergi ke resort ni. Semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan dan percutian sekiranya pergi ke sini. That's all from me. Adios.