Showing posts with label Jom Masuk Tentera. Show all posts
Showing posts with label Jom Masuk Tentera. Show all posts

Tuesday, 1 September 2020

Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi Tahun 2021

Assalammualaikum guys :)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM).  Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).


Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.  Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2021 iaitu JOM MASUK TENTERA. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2021.

Sebarang permasalahan berkenaan permohonan bolehlah menghubungi di talian Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (Isnin - Jumaat) bermula 9.00am - 5.00pm:(03) 20594524/2391/4526 atau di talian 011-65504585.  

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"

#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

Friday, 28 August 2020

JOM MASUK TENTERA: New Website, New Interface

Assalammualaikum guys :)

Sebelum masuk ke IPTA lagi, ramai yang sudah tahu mengenai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dulunya juga dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) di di IPTA. PALAPES ni merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa dan mahasiswi di IPTA. Tapi selain daripada PALAPES, ada lagi satu skim di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) atau dikenali juga sebagai Graduates Officer (GO).

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?  Skim Pegawai Kadet Graduan ni merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. By the way, pengambilan Pegawai Kadet Graduan (GO) ni juga berbeza dengan pengambilan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Untuk skim Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).  
  • Terdiri dari calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  
  • Menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama (mengikut jurusan) dan latihan ketenteraan di UPNM.
  • Ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).  
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai  atasan.
Untuk skim Pegawai Kadet Graduan (PKG) | Graduate Officer (GO):
  • Terdiri dari calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
  • Menjalani latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan di pusat latihan masing-masing.
  • Diitauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf.
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagi calon-calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan, then akan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU) selama 9 bulan. Untuk pengetahuan semua juga, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Tetapi kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di website yang baru: JOM MASUK TENTERA.

Website JOM MASUK TENTERA (JMT) yang baru ni terbahagi kepada 2 permohonan 
iaitu Pegawai Kadet Ijazah Graduan (PKG) & juga Lain-Lain Pangkat (LLP).


1st, pemohon kena membuat/mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan sila masukkan keperluan seperti berikut: 

                                * No. Kad Pengenalan
                                * Nama Penuh
                                * Alamat Emel
                                * Kata Laluan
                                * Pengesahan Kata Laluan



Kalau pemohon sudah buat permohonan, sila pastikan buat semakan permohonan sekali lagi bagi memastikan permohonan diterima masuk dalam sistem JMT. By the way, pemohon juga boleh membuat semakan permohonan untuk mengetahui sama ada permohonan diterima ataupun ditolak. 


So, kepada graduan yang masih mencari kerja dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jangan lupa untuk membuat permohonan online. Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam mencari pekerjaan. Aamiin. That's all from me. Adios.

Tuesday, 15 October 2019

Pengambilan Calon Lepasan Ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2020 dalam Angkatan Tentera Malaysia

Assalammualaikum guys dan selamat petang guys  :)

Masih mencari peluang pekerjaan ?
Ingin menjadi wira yang mempertahankan negara ?
Ingin kelihatan segak dan bergaya memakai pakaian seragam tentera ?

Ingin mengubah mentaliti diri sendiri dan orang sekeliling yang mengatakan 
ANDA TIDAK BOLEH ?

Jangan risau, anda boleh mengubah semua PERSEPSI itu dengan menyertai

PERMOHONAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET GRADUAN 2020 DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Kepada para graduan yang masih mencari peluang pekerjaan, sekarang anda boleh mendaftarkan diri di JOM MASUK TENTERA.

Sukacita dimaklumkan bahawa ATM mempelawa saudara/saudari yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai ATM melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Kepada yang berminat, sila email kepada di  pengambilanpegatm@gmail.com dengan menghantar dokumen - dokumen dalam bentuk PDF seperti berikut:

📌 Resume (termasuk Berat dan Tinggi). 
📌 Salinan Kad Pengenalan. 
📌 Salinan Siji SPM. 
📌 Salinan Sijil MQA. 
📌 Salinan Sijil Ijazah/Transkrip. 
📌 Gambar Ukuran Passport.  

Sebarang permasalahan berkenaan permohonan bolehlah menghubungi di talian Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (Isnin - Jumaat) bermula 9.00am - 5.00pm:(03) 20594524/2391/4526 atau di talian 011-65504585.

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"

#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

Sunday, 16 December 2018

Selamat Hari Ulang Tahun KAP27/17

Assalammualaikum guys :)

Pada 6 Mac 2017 merupakan tarikh kita semua ditemukan dan menjadi skuad KAP27/17. Pada 16 Disember 2017 juga merupakan tarikh  kita sebagai Leftenan Muda (TUDM) dan juga merupakan hari terindah bagi kita semua. Hari ini, sudah setahun kita berkhidmat dalam TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tahniah kepada semua skuad KAP 27/17 di atas kenaikan pangkat dari Leftenan Muda TUDM ke Leftenan TUDM. Semoga kita semua terus berjaya dalam kerjaya masing-masing dan sentiasa memberikan bakti yang terbaik untuk diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, keluarga, agama, bangsa dan negara. 











Okay, sebelum mengakhiri post ni, mari kita bersama-sama 
menyanyikan lagu ATM dan  TUDM.

Tentera Benteng Pertahanan Negara - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Kamilah Angkatan Tentera Malaysia 
Yang taat dan setia 
Sanggup berkorban walau apa sahaja 
Untuk negara dan bangsa  

Tentera benteng pertahanan negara 
Tentera lambang perkasa 
Biar putih tulang jangan putih mata 
Pantang undur tetap mara  

Darat Laut dan juga Udara 
Sentiasa terpelihara 
Membujur lalu melintang patah 
Harapan musuh di musnah  

Tentera benteng pertahanan negara 
Tentera lambang perkasa 
Biar putih tulang jangan putih mata 
Pantang undur tetap mara

Perwira Angkasa - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kami perwira di angkasa
Berjuang di langit biru
Menyediakan payung melindungi negara
Musuh kan kami buru

Dengan doa kami berkhidmat
Semoga Tuhan beri rahmat
Kami tetap setia
Pada seri paduka
Dan kepada ibunda

Sentiasa di angkasa raya
Itulah cogan kata
Dengan cergas kami meronda
Taat setia terbukti 

Berkorban untuk keamanan negara yang tercinta
Bendera Malaysia dengan megah dijulang

That's all for today. Adios.

Wednesday, 10 October 2018

Pengambilan Calon Lepasan Ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2019 dalam Angkatan Tentera Malaysia

Assalammualaikum guys :)

Masih mencari peluang pekerjaan ?
Ingin menjadi wira yang mempertahankan negara ?
Ingin kelihatan segak dan bergaya memakai pakaian seragam tentera ?

Ingin mengubah mentaliti diri sendiri dan orang sekeliling yang mengatakan 
ANDA TIDAK BOLEH ?

Jangan risau, anda boleh mengubah semua PERSEPSI itu dengan menyertai

PENGAMBILAN CALON LEPASAN IJAZAH SEBAGAI PEGAWAI KADET GRADUAN 2019 DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA