Sunday, 29 August 2021
Travel Far Enough, You Meet Yourself - David Mitchell
Friday, 18 June 2021
Permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 Kini Dibuka
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
- Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap Tidak rabun warna.
- Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
Tinggi:
- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
- Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
- Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
- Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI):
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita antara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
CARA MEMOHON
Ikuti langkah-langkah di bawah ni.
- Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
- Log masuk ke bahagian pemohon.
- Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
- Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan. (Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.)
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
- Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
- No. Tel: 013-6893814
- Hari : Isnin – Jumaat
- Masa : 9.00pg – 4.00ptg
"SENTIASA DI ANGKASARAYA"
Wednesday, 12 May 2021
Doa Buatku dan Doa Buatmu
Semoga Addy Azizul Jeffry bin Kaili sentiasa bahagia dan gembira bersama ibubapa, adik-beradik, keluarga dan sahabat. Semoga Addy Azizul Jeffry bin Kaili menjadi kaya raya (hasil pendapatan yang halal) untuk membantu dan menyenangkan kedua ibubapa, adik-beradik, sahabat dan membantu orang lain yang memerlukan.
Semoga Addy Azizul Jeffry bin Kaili bersama ibubapa, adik-beradik, keluarga dan sahabat semua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik seumur hidup, tabah menghadapi ujian, dihiasi dengan sifat mahmudah, dijauhkan daripada sifat mazmumah dan hidup sentiasa diredhai serta diberkati Allah SWT. Aamiin.
Terima kasih untuk doa kalian semua.
Insha-Allah. Aamiin.
Sunday, 3 January 2021
Hello, I'm back !
Assalammualaikum guys :)
It’s been a while aku "HILANG" daripada dunia blogging ni dan kalau tengok last post aku pun pada November tahun lepas. And I'm so sorry about that but it feels good to be back, right. Pejam celik pejam celik, cepat sangat masa berlalu dan kita pun "busy" dengan kehidupan masing-masing. Aku pun tak tahu apa yang dikejarkan sangat kan. The world is moving too fast, no I mean the time moving too fast. Terlalu banyak perkara yang tak sempat kita nak catch up, bila baru nak catch up, ada perkara baru pula yang datang.
Kadang itu yang membuatkan masing-masing stress dengan kehidupan sekarang. Apapun, kalau rasa terlalu penat nak catch up dengan rentak dunia ni, just slow down and redeem yourself. Cari masa untuk relaks dan "me time" or spend time dengan faimly. Bila dah rasa okay dan stabil, kembali berjuang. Eyalah, ada masa kita kuat dan ada masa kita akan feels tired dan exhausted, so kita perlu tahu part mana yang kita perlu untuk kuat dan bertahan atau let it go ja. Itu yang paling penting. Stay strong dan stay safe everyone. Okay, adios.






