Assalamualaikum guys :)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini membuka peluang kepada para pelajar lepasan SPM yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Pemohon boleh mengisi borang permohonan PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 bermula pada 18 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan para pemohon.
SYARAT ASAS PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
- Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap Tidak rabun warna.
- Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
Tinggi:
- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
- Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
- Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
- Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI):
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita antara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
CARA MEMOHON
Ikuti langkah-langkah di bawah ni.
- Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
- Log masuk ke bahagian pemohon.
- Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
- Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan. (Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.)
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
- Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
- No. Tel: 013-6893814
- Hari : Isnin – Jumaat
- Masa : 9.00pg – 4.00ptg
"SENTIASA DI ANGKASARAYA"
Result stpm terima ka?
ReplyDeleteBoleh diterima. Terima kasih.
Deleteinfo yang menarik
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete