Tuesday, 6 March 2018

Hilangkan Parut Dengan Hiruscar Gel: Skin Care Gel For Scars

Assalammualaikum guys :)


Kepada sesiapa yang ada masalah dengan parut, you guys boleh gunakan Hiruscar Gel ni dan so far aku pakai, memang berkesan. Semakin baru parut luka tu, semakin cepatlah gel bertindak balas dengan parut tu. 1st time aku beli masa latihan (zaman kadet) atas recommendation daripada Shafiqa a.k.a Mek sebab masa tu aku ada parut dekat bawah pipi, aku terjatuh masa latihan kawad pedang. Hahaha.  Then, aku pun beli dan pakailah Hiruscar Gel ni. Dalam masa 2 minggu, parut bawah pipi aku tu dah pudar dan lama-kelamaan gunakan gel ni di tempat yang sama, alhamdulillah parut tu pun hilang. Tapi semua orang tak sama tindakbalas terhadap Hiruscar Gel ni dan mungkin keberkesanannya bergantung kepada individu tersebut.

 Apa itu Hiruscar? 

Hiruscar adalah gel rawatan parut yang jelas-tidak berminyak dan membantu mengurangkan kesan luka dan parut. Formula gel yang ringan menjadikannya mudah untuk digunakan dan diserap. Mengandungi 6 ramuan penting, Hiruscar terbukti secara klinikal untuk membantu meratakan parut yang timbul, meringankan parut dan melembutkan/melancarkan parut yang lama.  Gel Hiruscar boleh digunakan untuk semua jenis bekas luka dan selamat digunakan di muka dan badan kerana formula mesra kulit. Ia juga memperbaiki dan menghilangkan luka secara semulajadi sambil melembutkan kulit. Untuk makluman, waktu rawatan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan, saiz, jenis dan keparahan parut.



Bagaimana Hiruscar Gel menyembuhkan parut? 

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan macam mana Hiruscar boleh menyembuhkan parut. Hiruscar Gel yang merangkumi 6 ramuan penting berpotensi menghilangkan bekas luka seperti parut selepas pembedahan dengan penyembuhan dan melembutkan. By the way, Hiruscar Gel ni juga mengurangkan tanda gelap yang ditinggalkan oleh bekas jerawat yang meradang dan membawa kembali kelembutan ke dalam kulit. Hiruscar juga menghalang bekas/parut luka merah yang biasanya muncul selepas luka baru sembuh.

Bila waktu yang sesuai menggunakan Hiruscar Gel ni?

Gunakan Hiruscar untuk merawat kulit yang terkena parut atau bahkan menghalangnya daripada muncul dalam pelbagai sebab seperti pembedahan, kemalangan, kesan terbakar, keradangan jerawat dan juga cacar air. Oh ya, jangan letakkan Hiruscar ni sekiranya luka masih belum kering dan masih dalam proses penyembuhan. 

Cara penggunaan Hirusscar Gel:
  • Ambil sedikit Hirusscar Gel pada hujung jari telunjuk dan kemudian sapukan Hiruscar pada kawasan parut dan gosok perlahan-lahan sehingga gel tersebut masuk ke dalam kulit atau parut. Aplikasikan sebanyak 2-3 kali dalam sehari selepas mandi. 
  • Untuk penggunaan muka, sapukan gel sebelum menggunakan pelembap atau solek untuk menyerap lebih berkesan. 
  • Untuk bekas parut lama yang jelas dan menonjol, urutkan kawasan yang tersebut selama 2-3 minit, 3-4 kali sehari dan terus lakukan selama kira-kira 4-6 bulan. 
  • Untuk mengelakkan luka yang masih baru meninggalkan parut, sebaiknya luka telah pulih sepenuhnya dan gunakan gel secara berterusan selama 4-8 minggu. 6-8 minggu rawatan berterusan dicadangkan untuk pembedahan dan tanda jerawat. 8 minggu rawatan berterusan dicadangkan untuk kebakaran dari kebakaran, paip ekzos atau air panas. 

Monday, 5 March 2018

Mass Communication (UiTM Di Hatiku): Passionately Different

Assalammualaikum guys :)


Dah lama rasanya aku tak update pasal kos Masscomm ni, honestly ramai yang memberi komen dan bertanya mengenai kos ni dengan entry aku yang lalu. So today, aku akan share sekali lagi mengenai kos Masscomm di UiTM ni. Seperti semua tahu, aku adalah ex-student degree dekat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM | Faculty of Communication & Media Studies. Baru-baru aku buka website Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, memang banyak perubahan dan part yang paling best sekali adalah penambahan kos/program baru (degree) di fakulti ni iaitu MC249 (Bachelor of New Media Communication). 

By the way, seperti yang semua sedia maklum, kos pengajian Masscomm di UiTM ni tidak kisahlah diploma atau degree, kos pengajian ni hanya dibuka kepada anak keturunan Melayu, anak kelahiran negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli sahaja. Lagi satu, baca dulu syarat am dan syarat khas program sebelum mengisi UPU, okay. Ini adalah untuk mengelakkan risiko atau peluang anda untuk masuk ke universiti semakin tipis. Kepada calon-calon yang berjaya menempatkan diri ke dalam Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM ni akan ditawarkan dengan salah satu bidang pengkhususan yang terdapat dalam fakulti ni.



By the way, pihak fakulti pun sudah membahagi-bahagikan kos pengajian mengikut kategori seperti di bawah ni.

Centre of Media Studies
  • MC241 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Journalism  
  • MC243 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Broadcasting  
  • MC245 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Publishing     
Centre of Strategic Communication
  • MC242 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations  
  • MC244 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Advertising 
  • MC249 - Bachelor of New Media Communication (Hons)     
Centre of Communication 
  • MC246 - Bachelor of Communication (Hons) Instructional Communication & Training
  • MC247 - Bachelor of Communication (Hons) Interpersonal Communication  
  • MC248 - Bachelor of Communication (Hons) Communication Management & Policy
So, kepada sesiapa yang mempunyai kemusykilan atau nak tambah apa-apa info, korang boleh bagi cadangan di ruang komen bawah ni. Aku share apa yang aku tahu dan kalau ada silap atau kurang mengenai kos ni, aku minta maaf dan kalau boleh share lagi pasal maklumat atau info tambahan mengenai kos Masscomm UiTM ni. Selamat berkongsi maklumat. Adios.

Sunday, 4 March 2018

Majlis Pernikahan Zairi & Fazlinda (03 Mac 2018)

Assalammualaikum guys :)

Done tugas hari ni sebagai Dulang Boys. Alhamdulillah  dan tahniah kepada Lt. Muda Muhammad Zairi Mohd Yusof dan pasangannya, Fazlinda yang telah selamat diijabkabulkan. Selamat membina rumahtangga yang mawaddah dan sakinah. Bertambah lagi ahli dalam skuad KAP27. Thanks for today Wan Congo, Wan Zack, Bad, Naim a.k.a Bob, Rizqin serta keluarga kedua belah pengantin. 💏





Tahniah sekali lagi buat kedua-dua pengantin dan keluarga pengantin. Kita tunggu pula 11 Mac nanti, majlis persandingan belah pihak lelaki pula. Okay.

Friday, 2 March 2018

My Skin Care Routine: Himalaya Herbals

Assalammualaikum guys :)

Siapa yang taknak kulit sihat dan bersih kan especially kulit muka yang mana menjadi tatapan semua orang. Semua orang mahukan kulit muka yang bersih dari segala jerawat dan jeragat apatah lagi kulit yang kusam. Kadang-kadang jealous juga tengok orang yang mempunyai kulit muka yang flawless, bersih dan tidak berjerawat. Which means, dorang hanya menggunakan pencuci muka tidak perlukan produk tambahan untuk menjaga kulit muka. Best kan ? Tapi untuk kita yang ada masalah dengan kulit muka, I will share my skin car routine especially kepada sesiapa yang mengalami kulit muka berjerawat. 

Okaylah, masa aku masuk latihan 9 bulan, honestly banyak gila jerawat timbul dekat muka aku. Eyalah, masa latihan kan banyak berpeluh dan masa untuk bersihkan muka pun kadang memang tak sempat. Bila terlalu lama berjemur di bawah matahari, aku takkan mencuci muka sebab nanti kulit aku akan jadi kemerah-merahan dan mengelupas. Then, aku pun tukar pencuci muka ke Himalaya Clear Complexion Whitening Face Wash.

By the way, masa 1st time pakai pencuci muka daripada Himalaya ni, kulit muka aku memang rasa selesa even jerawat masih ada lagi. Then, bila lama-lama aku gunakan, alhamdulillah jerawat di muka semakin berkurang dan bila berjemur terlalu lama di bawah matahari pun, aku still boleh cuci muka dan the best part is kulit muka aku tak kemerah-merahan dan mengelupas secara semula jadi. Until now, aku masih menggunakan produk yang sama dan sekarang ditambah pula dengan produk-produk lain daripada Himalaya ni dalam membantu proses penjagaan muka dengan lebih rapi. So, aku bahagikan kepada 3 bahagian, which are SEBELUM, SEMASA, SELEPAS.

SEMASA MANDI
  • Himalaya Gentle Exfoliating Apricot Scrub - 150 ml
  • Himalaya Clear Complexion Whitening Face Wash - 150ml
Aku akan gunakan 2 produk ni semasa mencuci muka, 1st Himalaya Gentle Exfoliating Apricot Scrub untuk hilangkan kulit-kulit mati dan bagi memudahkan mencuci muka dengan Himalaya Clear Complexion Whitening Face Wash. Fungsinya adalah untuk mencerahkan dan melembutkan kulit muka.

SELEPAS MANDI
  • Himalaya Refreshing & Clarifying Toner - 200ml
  • Himalaya Clear Complexion Whitening Day Cream - 50g


Aku akan apply Himalaya Refreshing & Clarifying Toner bagi menghilangkan sisa-sia kotoran degil yang masih melekat dekat kulit muka dan pada masa yang sama untuk menyegarkan kulit muka. Tunggu sehingga kering dan kemudian letakkan pula Himalaya Clear Complexion Whitening Day Cream untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. So, kulit muka tidak akan terlalu kering dan akan menjadi lembap sepanjang masa. 

SEBELUM TIDUR
  • Himalaya Revitalizing Night Cream - 50g

Then, sebelum tidur aku akan gunakan Himalaya Revitalizing Night Cream, iaitu krim malam bagi mengekalkan kulit sentiasa lembap dan segar semasa tidur. Lebih-lebih lagi kalau tidur dalam bilik yang ada aircond. Alhamdulillah so far, kulit muka aku semakin cerah dan semakin sihat selepas guna kesemua produk ni. Aku memang totally recommended kepada sesiapa yang mengalami masalah jerawat dan kulit yang gelap, it will help you to have a healthy skin. By the way, kamu boleh dapatkan produk-produk ni di Watson atau boleh pergi ke kiosk Himalaya yang berdekatan dengan kamu. Adios.