Friday, 26 October 2018

Kopi Mesin, Kota Bharu, Kelantan

Assalammualaikum guys :)

Alhamdulillah, baru ada masa untuk menaip dalam blog ni. Sebenarnya bukan tiada masa untuk menaip tapi gagal dalam menguruskan masa dengan baik dan ditambah lagi dengan penyakit "M" yang timbul, that's whylah aku jarang update blog ni. Hmmmm, sebab tengok orang lain, I mean blogger yang lain ada ja masa untuk masukkan entry dalam blog masing-masing. Well, salah diri sendiri. Okay, never mind, just forget about it. Now let's move to the agenda. Okay, just want to inform you guys that I have never been to Kelantan and this is my 1st time pergi ke negeri tersebut. So, since dah sampai Kelantan, kenalah cuba kedai hipster Kopi Mesin yang terletak di Kota Bharu, Kelantan dan sememangnya popular dalam kalangan penduduk di sini especially yang penggemar kopi.  

Kopi Mesin, Kota Bharu, Kelantan


Design cafe yang simple dan minimalist. 







Kopi Mesin juga menawarkan pelbagai jenis kek. 
This one is Red Velvet Cheese Cake, memang sedap.


Hawaiian Iced Coffee


Jangan lupa ambil gambar flatlay.


Bagi korang yang tidak familiar dengan jenis-jenis kopi ni, jangan risau sebab dalam menu ni pun dah buat pembahagian dan terdapat pilihan expresso, latte macchiato, doppio, putih rata, cappucino, americano, kafe latte dan mocha. Besides, Kopi Mesin ni juga ada menyediakan pilihan lain seperti coklat, teh dan banyak lagi. Daripada pening dan tak tahu mahu order minuman yang mana satu, so I choose to ordered one of the signature drink; Hawaiian Iced Coffee. Dari segi harga, it's affordable for everyone even yang datang for 1st time and Kopi Mesin ni juga menawarkan harga kopi yang sama seperti kedai-kedai kopi hipster yang lain. So, kepada sesiapa yang ingin menikmati kopi dan kek yang disediakan oleh Kopi Mesin ni, korang boleh singgah seperti yang tertera di bawah ni.

Alamat:
Lot 572 Batu 3½, 
Jalan Sultan Yahya Petra, 
Kubang Kerian, 
16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:
12.00 pm - 1.00 am

Instagram: Kopi Mesin | Facebook: Kopi Mesin


Last but not least, jangan lupa untuk upload gambar anda di Instagram atau Facebook siap dengan tagging untuk support Kopi Mesin. Okay, that's all for today. See you guys around and happy weekend. Adios. 

Wednesday, 10 October 2018

Pengambilan Calon Lepasan Ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2019 dalam Angkatan Tentera Malaysia

Assalammualaikum guys :)

Masih mencari peluang pekerjaan ?
Ingin menjadi wira yang mempertahankan negara ?
Ingin kelihatan segak dan bergaya memakai pakaian seragam tentera ?

Ingin mengubah mentaliti diri sendiri dan orang sekeliling yang mengatakan 
ANDA TIDAK BOLEH ?

Jangan risau, anda boleh mengubah semua PERSEPSI itu dengan menyertai

PENGAMBILAN CALON LEPASAN IJAZAH SEBAGAI PEGAWAI KADET GRADUAN 2019 DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Kepada para graduan yang masih mencari peluang pekerjaan, sekarang anda boleh mendaftarkan diri di JOM MASUK TENTERA.

Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan/puan. 

Sukacita dimaklumkan bahawa ATM mempelawa saudara/saudari yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai ATM melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kepada yang berminat, sila email kepada kami di  pengambilanpegatm@gmail.com dengan menghantar dokumen - dokumen dalam bentuk PDF seperti berikut:

📌 Resume (termasuk Berat dan Tinggi). 
📌 Salinan Kad Pengenalan. 
📌 Salinan Siji SPM. 
📌 Salinan Sijil MQA. 
📌 Salinan Sijil Ijazah/Transkrip. 
📌 Gambar Ukuran Passport.  

Sebarang permasalahan berkenaan permohonan bolehlah menghubungi kami di talian Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (Isnin - Jumaat) bermula 9.00am - 5.00pm:(03) 20594524/2391/4526.

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"


#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky