Wednesday, 10 October 2018

Pengambilan Calon Lepasan Ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2019 dalam Angkatan Tentera Malaysia

Assalammualaikum guys :)

Masih mencari peluang pekerjaan ?
Ingin menjadi wira yang mempertahankan negara ?
Ingin kelihatan segak dan bergaya memakai pakaian seragam tentera ?

Ingin mengubah mentaliti diri sendiri dan orang sekeliling yang mengatakan 
ANDA TIDAK BOLEH ?

Jangan risau, anda boleh mengubah semua PERSEPSI itu dengan menyertai

PENGAMBILAN CALON LEPASAN IJAZAH SEBAGAI PEGAWAI KADET GRADUAN 2019 DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Kepada para graduan yang masih mencari peluang pekerjaan, sekarang anda boleh mendaftarkan diri di JOM MASUK TENTERA.

Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan/puan. 

Sukacita dimaklumkan bahawa ATM mempelawa saudara/saudari yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai ATM melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kepada yang berminat, sila email kepada kami di  pengambilanpegatm@gmail.com dengan menghantar dokumen - dokumen dalam bentuk PDF seperti berikut:

📌 Resume (termasuk Berat dan Tinggi). 
📌 Salinan Kad Pengenalan. 
📌 Salinan Siji SPM. 
📌 Salinan Sijil MQA. 
📌 Salinan Sijil Ijazah/Transkrip. 
📌 Gambar Ukuran Passport.  

Sebarang permasalahan berkenaan permohonan bolehlah menghubungi kami di talian Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (Isnin - Jumaat) bermula 9.00am - 5.00pm:(03) 20594524/2391/4526.

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"


#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

6 comments :

  1. Replies
    1. Untuk Skim Pegawai Kadet Graduan, pengambilan adalah untuk ketigfa-tiga perkhidmatan. So, boleh pilih sama ada nak masuk TDM, TLDM atau TUDM. Terima kasih.

      Delete
  2. Saya ad degree in civil dan master in mgmt, boleh ker dpt tudm encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak TUDM sebagai pilihan 1, insha-Allah boleh dapat. Tapi pastikan lepas dalam pemnilihan. Terima kasih.

      Delete