Wednesday, 30 November 2016

Cara Memohon Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (ATM)

Assalammualaikum guys :)


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU) selama 9 bulan dan akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. So, I will share dengan kamu semua (especially yang interested mahu masuk tentera) cara-cara memohon pengambilan Pegawai Kadet Graduan (ATM).


Step 1: Buka portal Jom Masuk Tentera dan 
sila Daftar terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat peribadi. 

Untuk pengguna yang 1st time mendaftar menggunakan aplikasi ni, sila daftarkan diri kamu terlebih dahulu sebelum log masuk ke sistem JOM MASUK TENTERA. So, pastikan kamu memasukkan alamat email yang masih aktif sebab ID Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar ke email yang kamu gunakan untuk mendaftar. Seperti biasa, isikan semua maklumat yag diperlukan dan pastikan semuanya betul bagi memudahkan proses pendaftaran kamu. Okay. 



Step 2: Log masuk ke dalam portal Jom Masuk Tentera

Lepas kamu mendaftar, kau bolehlah log masuk ke dalam portal Jom Masuk Tentera ni dengan menggunakan kata laluan yang diberikan. Pastikan kamu mengisi mana-mana ruang maklumat peribadi yang diperlukan di dalam permohonan tersebut. Jangan lupa juga untuk menyediakan softcopy gambar berukuran passport untuk dimasukkan ke dalam permohonan tu nanti. Bagi  melancarkan lagi proses pendaftaran/permohonan kamu, pastikan kamu membuat softcopy terlebih dahulu (semuanya dalam bentuk PDF) untuk di"upload" ke dalam sistem permohonan. 
  • Kad pengenalan diri sendiri
  • Kad pengenalan ibubapa
  • Transkrip akademik
  • Sijil-sijil yang berkaitan
Aku pun lupa-lupa sudah apa dokumen yag perlu di"upload" ke dalam sistem tu tapi kamu perlu readylah apa-apa dokumen yang berkaitan. By the way, semua calon perlu memasukkan maklumat diri yang lengkap ke dalam permohonan ni. Apa sahaja yang mandatori (perlu diisi), pastikan kamu mengisi semua maklumat yang diperlukan. Okay. 


Step 3: Semak Status Permohonan

After semua maklumat dilengkapkan dan kamu sudah mengikut segala kehendak yang diperlukan dalam permohonan tu, maka dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", hantarlah permohonan tersebut ke dalam sistem. Bagi tujuan keselamatan, which is untuk tahu sama ada permohonan kamu selamat diterima ke dalam sistem. Kamu boleh membuat penyemakan status permohonan kamu di Semak Status Permohonan. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan akhir mengikut pusat pemilihan negeri masing-masing.


Okay. That's all from me. 
Selamat mendaftarkan diri dan selamat maju jaya buat semua. Adios.

Monday, 28 November 2016

Pemilihan Pegawai Kadet Graduan 2017 Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Part 2

Assalammualaikum guys :)


Hari Kedua: 24 November 2016


Ujian Larian dan Merempuh Halangan (Fizikal)

Awal pagi lagi kami sudah bangun dan bersiap untuk menjalani ujian larian dan merempuh halangan. Larian tu sejauh 3.2km di bawah 18 minit bagi calon lelaki dan bawah 20 minit bagi calon wanita. Masa paling terbaik masa larian 3.2km ni dicatat oleh Flaveanus atau dikenali sebagai Fla dengan masa 16 minit. Selepas larian tu, kami semua dibagi masa 15 minit untuk bersarapan dan kemudiannya pergi merentas halangan. Kami dibahagikan kepada 2 team which team 1 seramai 10 dan team 2 seramai 9 orang.


Bergambar dulu selepas ujian merempuh halangan.



Ketua kami sepanjang proses pemilihan selama 3 hari di sana. 
Khairul Anuar a.k.a Melaka


Beramai-ramai naik lori 3 tan balik ke tempat kediaman. 
Hahahaha.



Pada sebelah tengahari pula, selepas semua selesai makan dan solat, kami semua berkumpul di dalam dewan serbaguna untuk aktiviti yang seterusnya iaitu public speaking. Tajuk akan diberikan oleh pegawai/panel dan masa preparation pun akan diberikan untuk setiap calon (dalam 5-6 minit) sebelum memulakan public speaking. Kalau tak silap aku, ada sekitar 15 tajuk yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masing-masing. Lagi better kalau pilih tajuk yang kamu sudah expert dan kuasai. Itu boleh membantu kamu berkeyakinan untuk bercakap dengan lancar dan spontan. 

Lepas habis public speaking, kami semua berkumpul untuk latihan/raptai temuduga awal lembaga. Pada sebelah malam pun, kami still buat perkara yang sama iaitu raptai temuduga awal lembaga. Memandangkan hanya tinggal 19 orang calon, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan which mean 3 kumpulan pertama mempunyai 5 orang calon dan 1 kumpulan terakhir mempunyai 4 orang calon. Skrip memperkenalkan diri semasa masuk ke dalam bilik temuduga pun disediakan oleh Kapten Zafarin (TUDM) dan Leftenan Hanis (TLDM). 

Hari Ketiga: 25 November 2017

Temuduga Awal Lembaga

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dengan berbekalan latihan raptai temuduga yang diberikan oleh Kapten Zafarin (TUDM) dan juga Leftenan Hanis (TLDM), satu demi satu kumpulan yang masuk untuk ditemuduga sehingga tiba kumpulan aku untuk masuk. Masa masuk bilik temuduga tu, dia punya tahap nervous macam mahu pecah jantung. Ada 10 orang panel penemuduga termasuk seorang datuk daripada TUDM. Lepas kamu semua perkenalkan diri, soalan demi soalan ditanya kepada kami. Alhamdulillah, everything's going smooth. Lepas semua kumpulan selesai ditemuduga, kami semua diminta untuk masuk ke dalam bilik temuduga tu untuk mendengar nasihat daripada datuk tersebut dan seterusnya kami mengadakan sesi bergambar bersama-sama dengan datuk sebelum menghabiskan acara pada hari tu. 


Selepas habis temuduga awal lembaga, kami semua bersiap sedia 
untuk balik ke tempat masing-masing.



Bersama dengan 10 orang calon lelaki yang berjaya ke peringkat akhir pemilihan.
Azizie | Delvine | Alnid | Addy | Flaveanus | Azwan | Mizan | Saiful | Syam | Khairul


Bergambar beramai-ramai dulu sebelum kami semua balik ke tempat masing-masing.




Hopefully kita semua berjaya mendapatkan tempat dalam ATM. Dapat atau tidak, itu belakag cerita yang penting kita sudah buat yang terbaik untuk diri kita sendiri dan kalau tidak berjaya, kita teruskan mencuba dan mencuba lagi sehingga dapat apa yang kita hajati. By the way, nice to know and meet all of you guys. Semoga dapat berjumpa lagi dan keep in touch. That's all from me. Sorry kalau entry ni dan entry sebelum ni in which mengenai pemilihan ni banyak kekurangan informasi dan juga tips-tips semasa proses pemilihan ni dijalankan. Lagi satu, kalau berminat dalam bidang ketenteraan ni, kamu boleh buat permohonan di JOM MASUK TENTERA - Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Monday, 21 November 2016

Casual Urban Look

Assalammualaikum guys :)

Sorry guys for take a long time to updating my blog. To be honest, I was so lazy to write up and updating my blog since I don't have any ideas what to write up and share. (*ideas, please come to me). Every time when my ideas are coming through and my fingers are ready to write up something, "pooooopppp", the ideas gone (*goodbye and so long). But today is a great news which I'm going to share something with you guys. Wuhuuuu. The ideas finally come, alhamdulillah. My topic for today is "Casual Urban Look" as you can see the title above but I don't know if the terms are really exist or I'm just creating a new term (eventually). Hahahaha. Actually I was really fun watching all my friends and all young men out there who's like to wear "Casual Urban Look" because it looks very modern and relaxes. Besides, I'm also trying this style but yet still need to buy and collect these items and also belum ada duit nak beli semua item ni. Hahahaha. Basically what you need is just a simple of:

1. T-Shirt (Much prefer on plain colors)
2. Chinos pants or any pants (Including jeans)
3. Sunglasses 
4. Watch
5. Sandals/Shoes


Casual Urban Look: Style 1


Casual Urban Look: Style 2


All these items you can get it from Zalora Malaysia (Men's Fashion). Bagi aku, untuk mengayakan kasual look ni, penampilan jangan terlalu over-drastik dengan pemakaian atau penggunaan aksesori yang terlalu banyak. Cukuplah hanya dengan memakai 1 atau pun 2 aksesori pun sudah cukup memadai. Aku pun bukan expert sangat pasal fashion ni dan masih jauh ketinggalan lagi, sangat jauh tapi aku cuba untuk catch up, bukanlah catch up apa pun, cukuplah tahu trend terkini even tak ikut pun. Lagipun, aku bukanlah jenis yang ikut season sebab cuaca di Malaysia hanya ada satu setengah musim ja pun iaitu panas dan lembap sepanjang tahun tapi selalunya panas melebihi lembap. Hehehehe. So, berpakaian kasual adalah menjadi kelaziman bagi penduduk Malaysia sebab cuaca yang panas tapi bukan bermaksud tidak boleh bergaya. Boleh, asalkan kena pada tempat dan yang paling penting sekali cuaca, memang tiada masalah. So, jangan lupa untuk try style ni dan kalau tak pun, create your own style but related to "Casual Urban Look". Suka hati aku ja kan buat term baru. Hahahaha. So, that's all for today. Adios.

New Sneakers from ZALORA SPORT (Men)

Assalammualaikum guys :)

Here's the new sneakers from ZALORA SPORT (Men).

Faux Leather Runner Sneakers
Price: RM125.00
Colour: Black


Sporty Mix Material Sneakers
Price: RM125.00
Colour: Cream and Black



Knitted Sneakers
 Price: RM109.00
Colour: Black/White and Black



Elastic Band Sneakers
Price: RM109.00
Colour: Black



For more details, you guys can log on ZALORA SPORT (Men).

Sunday, 20 November 2016

Mari Bergaya Bersama Zalora Malaysia

Assalammualaikum guys :)


Alhamdulillah. Sampai juga order daripada Zalora Malaysia. Actually minggu lepas dah sampai pun barang-barang ni, cuma aku tak sempat nak update dekat blog, dekat Instagram ja aku update gambar ni. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga. Kali ni, aku order 2 item daripada Zalora iaitu Sports White Sneakers dan juga Heather Zippered Laptop Compartment Bag pada harga yang sangat berbaloi which I'd only spend less than RM80.00 for these 2 items. Memang puas hati dengan 2 item ni sebab dapat beli pada harga yang murah dan lagi satu kualiti dia pun tip top. 


Okay, di bawah ni menerangkan jenis-jenis material yang digunakan pada kasut dan juga beg yang aku beli daripada Zalora. Mostly Zalora menggunakan pelbagai jenis material dan juga akan sentiasa menambahbaik kualiti produk mereka dari semasa ke semasa. So, tunggu apa lagi, jom usha website Zalora dan beli produk yang kamu suka. 

Sports Sneakers (RM 39.00)
It's all about the old school swagger and casual comfort with these sports sneakers. Walk your freshest moves as the mixed material construction gives off that signature ZALORA edge.
  • Polyurethane and textile upper 
  • Almond toe 
  • Seven pairs of metal eyelets with flat lace 
  • Ribbed heel panel 
  • Padded cuffs for extra comfort 
  • Textile insole 
  • Rubber outsole
Upper MaterialPolyurethane, textile 
Inner MaterialTextile 
Sole MaterialRubber 
ColourWhite

Heather Zippered Laptop Compartment Bag (RM 39.00)
Add a dash of colour into your work days with the Heather Zippered Laptop Compartment bag by ZALORA. Splashed with a deep shade blue, this practical and reliable carry on is crafted with a medley of compartments for item organization. And for days when you've got your hands full, you can always convert this sophisticated piece into a crossbody bag thanks to the detachable long shoulder strap.
  • Canvas 
  • Main compartment with zip fastening 
  • Twin grab handles 
  • 1 front zipper pocket 
  • Lined interior 
  • 1 padded laptop sleeve 
  • 1 inner slot pocket 
  • Detachable and adjustable long shoulder strap 
  • Detachable card holder
Mostly aku akan tunggu Zalora membuat sales yang gila-gila, then dari situ boleh dapat item yang aku suka pada harga yang sangat berbaloi. Besides, kalau nak dapatkan item pada harga yang murah, you guys kena rajin tengok update daripada Zalora dan juga rajin visit their website. Jangan risau, Zalora banyak menawarkan design-design terkini kepada young men di luar sana. So, don't forget to visit Zalora Malaysia: Men's Fashion dan grab any item to add in your collection. Lepas tu, kalau barang/produk Zalora dah sampai ke tangan kamu, jangan lupa untuk letak #zaloramy dan juga #mynewzalora. Okay, jumpa lagi nanti pada entry yang akan datang. Adios. 

Monday, 14 November 2016

Kata-Kata Mutiara

Assalammualaikum guys :)

Sungguh terkesan dengan kata-kata ni.


Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib (ra) dikejar - kejar oleh para bidadari syurga. 

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Subhanallah. 
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. 

آمين يارب العالمين 

JANGAN TUNGGU KEMENANGAN, LAKSANA TUGAS MASING-MASING

"Demi Allah, sesungguhnya kemenangan itu hanya beberapa jengkal daripada kepala kamu. Hanya menunggu seruan Kun Fayakun, maka janganlah kamu sibuk dengan bertanya bilakah kemenangan akan tiba tetapi sibukkan dirimu dengan tugasan kamu diposisi masing-masing bagi memperjuangkan kebenaran dan menundukan kebatilan". - Al-Syahid Syed Qutb

Thursday, 10 November 2016

Aku Jomblo Happy by Gamma1

Assalammualaikum guys :)


Artis: Gamma1
Tajuk Lagu: Jomblo Happy

Sedikit pun ku tak merasa malu 
Tanpa ada kekasih di hatiku 
Bukan berarti ku tak punya rasa 
Untuk menjalin cinta

Ku tak pernah merasa kesepian 
Atau mengangap sebuah cobaan 
Hidup ku ini penuh dengan cinta 
Dan ku sangat bahagia  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Bukan karna tak mampu 
Untuk cari kekasih  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Biar ku bisa bebas 
Terbang kesana sini  

Aku masih ingin terbang ke bulan 
Dan memeluk semua bintang-bintang 
Aku masih ingin terus berjalan 
Tanpa ada ikatan  

Tak kan ku biarkan rasa kecewa 
Membuat ku diam dan tak bersuara 
Ku yakin di suatu saat nanti 
Ada cinta abadi  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Bukan karna tak mampu 
Untuk cari kekasih  
Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Biar ku bisa bebas 
Terbang kesana sini  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Bukan karna tak mampu 
Untuk cari kekasih  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Biar ku bisa bebas 
Terbang kesana sini  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Bukan karna tak mampu 
Untuk cari kekasih  

Jomblo happy 
Memang pilihan hati 
Biar ku bisa bebas 
Terbang kesana sini 
Jomblo happy   

Thursday, 3 November 2016

The R.A.N.C.A.K

Assalammualaikum guys :)

It's already November, cepatnya masa berlalu, kan. By the way, Happy November, guys. Pada entry yang lepas aku ada buat special entry untuk ex-classmates aku masa zaman degree, kan. So, kali ni pula aku nak buat special entry untuk kawan-kawan aku masa zaman sekolah. Kepada geng keras RANCAK iaitu Azmi, Jojoy, Rafique, Otan, Jamil, Alau, Memeng, Umiey, Zurin, Fiza, Finey dan Arisya. Alhamdulillah, dah nak masuk 8 tahun sudah kami bersama-sama. Tidak terasa kan, banyak sudah memori yang kita cipta bersama-sama. So, mari kita throwback moment-moment bersama kita sepanjang 8 tahun ni. Mungkin bukan semua gambar ada, yang ini aku highlight beberapa moment yang sentiasa diingat.

Makan malam steamboat di Restoran Sri Titingan, Tawau.
(Jojoy, Lisa, Maymenk, Azmi, Rafique, Fiza, Umiey and Addy)


Pergi bermandi-manda/berkelah di Balung River Resort, Tawau.


Konvoi raya aidilfitri tahun 2015 dan banyak lagi gambar 
konvoi raya tahun-tahun sebelumnya.


Pergi bermandi-manda di Air Terjun Teck Guan, Tawau.


Masa celebrate birthday Zurin dan Otan di Rumah Lama Cafe, Tawau.
Dalam gambar ni, kurang 2 orang ahli iaitu Azmi dan Jamil.



First meeting masa awal tahun 2015. Wuhuuu. 
Setahun sudah berlalu. 


Lepaking with Rafique, Risya and Maymenk.


Again lepaking dengan Jojoy, Rafique and Maymenk.


Masa celebrate birthday Maymenk. Masa ni Zurin sudah balik, 
so tak sempat mengambil gambar bersama beramai-ramai.
(Rafique, Addy, Umiey, Risya, Chacha (Geng Classic), Maymenk and Finey)



Masa celebrating my birthday dekat Secret Recipe. 
Thanks Sofy dan Maymenk for the cake and treat.
(Alif, Addy, Sofy and Maymenk)


Masa celebrating birthday Finey bersama geng Rancak yang lain.
(Addy, Rafique, Maymenk, Finey, Umiey, Zurin and Risya)



Okay. That's all yang aku dapat highlight kan. Sorry for the caption, malas mahu taip sebenarnya. Hehehehe. Actually banyak ja gambar-gambar moment yang lain tapi kalau post terlalu banyak, nanti bosan pula scroll gambar-gambar ni semua kan. And, kita lama sudah tidak berjumpa dan berlepak kan, semuanya busy dengan urusan masing-masing. Takpa, insha-Allah kalau ada masa, kita semua berjumpa, okay. Sekarang ni ramai yang sudah bekerja, sudah posting, so masa tu terhad untuk diluangkan bersama-sama. Kalau rindu, cukuplah gambar-gambar ni semua untuk melepaskan rindu. Kalau tak tahan sudah, bolehlah send emoji dalam group whatsapp. Hahahaha. Bah, itu jaklah. Oh, sebelum terlupa, semoga kita semua sentiasa sihat walafiat, hidup diberkati dan dimurahkan rezeki serta sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T. Aamiin. Goodbye, guys. See you again in other entry. Insha-Allah.