Showing posts with label Tips dan Cara. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Cara. Show all posts

Tuesday, 3 September 2019

Trip to Krabi, Thailand - Part 1 !

Assalammualaikum guys :)

Long time no see, right ? Sorrylah  busy memanjang dan tiada mood mahu menulis blog ni. Tapi here I am again menulis di blog yang sudah lama ditinggalkan. Yeah, for sure kali ni aku masukkan entry masa  pergi bercuti oversea di negara jiran iaitu di Krabi, Thailand. Walaupun tak jauh dan banyak sudah orang pergi melawat atau melancong ke Krabi but still, aku nak share juga pengalaman masa pergi travel ke sana. Lain orang lain pengalaman, kan. Actually ni adalah last minute plan, plan asal sebenarnya mahu pergi melawat Perth, Australia tapi disebabkan visa tak diluluskan oleh pihak Kedutaan Australia, terpaksalah tukar plan melancong ke tempat lain. Eyalah, dah apply cuti tahunan dan rugi pula kalau tak digunakan. So, cerita pasal insiden Perth, Australia nanti aku ceritakan di entry lain, okay. Kita sambung dulu cerita di Krabi ni. 

Dengan kadar yang rendah dan tambang murah daripada mana-mana perkhidmatan udara, so semestinya Air Asia menjadi pilihan kami untuk pergi melancong ke Krabi, Thailand. Disebabkan oleh kami beli tiket one day before fly, harga tiket masa pergi sahaja dari KL - Krabi ialah RM127.00 dan harga tiket balik pula dari Krabi ke KL pula ialah RM88.00. So, total tiket untuk seorang ialah RM227.00 dan kamu boleh dapat harga yang jauh lebih murah kalau kamu booking dan planning awal sekiranya kamu mahu pergi ke Krabi atau mana-mana destinasi. Kami ambil flight awal pagi dari KL - Krabi pukul 6.55 pagi dan kami sampai di Krabi International Airport dalam pukul 7.30 pagi (ikut waktu Krabi, Thailand, masa lewat 1 jam). Kalau iktu waktu perjalanan, ambil masa dalam 1 jam 35 minit ja pun. Tak jauh pun sebenarnya. Hehehehe. 


Selamat tiba di Krabi International Airport. Welcome to Krabi, Thailand ! Masa turun dari kapal terbang tu, pihak aiport ada sediakan shuttle bas untuk pergi ke pintu ketibaan walaupun sebenarnya tak jauh pun, so memang terbaiklah. Sementara menunggu turn naik bas, snap gambar dulu kan. 


Keadaan dalam Krabi International Airport, ni kawasan yang dibenarkan untuk ambil gambar, okay. Jangan pula ambil gambar di kawasan yang tidak dibenarkan, kang timbul pula masalah lain, kan. 



So, after dapat cop imigresen Thailand, kami terus pergi ke kedai simkad AIS ni. Harga simkad mengikut harga pakej yang kamu mahu, ada beberapa pilihan pakej yang kamu pilih. 1 simkad harga dalam RM30.00 lah macam tu dan hanya boleh digunakan selama 5 hari. Ngamlah dengan waktu travel kami di Krabi selama 4 hari 3 malam tapi hari pertama ja data laju, hari kedua dah lembab macam siput. Menyedihkan sebab dalam advertisement bagitahu yang data unlimited tapi indah khabar dari rupa. Hmmmm.


After settle urusan membeli simkad, kami planning nak cari grab atau tuk tuk untuk pergi ke hotel yang kami tempah which is Amity Posthel yang terletak di Krabi Town. Kebetulan masa tu, ada staf dari agensi Amazing Andaman approach kami untuk ambil pakej dengan dorang dan since kami berdua 1st time pergi ke Krabi, Thailand, kami pun setuju ambil pakej dengan Amazing Andaman ni. Kami ambil pakej untuk trip 2 hari iaitu pada hari pertama pergi Emerald Pool, Hot Spring Waterfall, Tiger Cave Temple dan pada hari kedua pergi ke 5 Island + Talu Cave (with Big Boat). Total pakej ni untuk seorang dalam RM280 termasuk dengan lunch masa pergi aktiviti dan masa pergi/balik dari airport pun dorang sediakan kenderaan, so okaylah kan. Yang penting bagitahu waktu boarding kapal terbang, so dorang boleh arrange pergerakan untuk ambil di hotel nanti.



Inilah keadaan bilik di Amity Poshtel yang terletak di Krabi Town, 35 Maharat Road Paknam, Muang, Krabi, Thailand 81000Tel: 075-810-157-8 Fax: 075-622963 Email: info@amity-krabi.com. Kami booking hotel ni di apps Booking.com dan harga yang kami dapat untuk 4 hari 3 malam di Amity Poshtel ni (tidak termasuk breakfast) adalah RM204.00, so kira murah jugaklah kalau dibandingkan dengan harga hotel yang lain. Tapi kalau kamu rajin buka apps Booking.com, confirm kamu boleh dapat harga yang lebih murah dan rendah daripada mana-mana harga hotel. So, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah buka apps Booking.com untuk booking hotel dengan hara yang murah dan rendah !








Selepas rehat, malam tu kami plan untuk keluar jalan-jalan sekitar Krabi Town. Kebetulan masa kami keluar, ada pasar malam dibuka berdekatan dengan hotal yang kami tinggal. Tapi tiada apa yang kami beli pun, hanya jalan-jalan untuk melihat apa yang dijual. Lagipun di pasar malam ni, banyak jual makanan ja daripada jual barang.



Then, kami bergerak mencari 7 Eleven di area Krabi Town sebab dengar daripada kawan-kawan yang sudah travel ke Krabi or any part of Thailand, 7 Eleven di Thailand antara yang best untuk pergi. Antara sebab dia ialah banyak bahan makanan yang sedap-sedap dan murah. Kebetulan 7 Eleven yang kami jumpa ni besar dan dalamnya ada macam-macam jenis makanan dijual. Memang best. By the way, kena pandai-pandai pilih makanan yang halal. Okay.




Banana Nutella Pancake ni semestinya dicari. Memang rugi kalau pergi ke Thailand, tidak makan pancake ni. Ni antara makanan yang wajib dimakan kalau pergi mana-mana tempat di Thailand. By the way, kalau di Thailand, apa-apa makanan yang berkaitan dengan pisang, memang sedap. Tidak kiralah susu pisang, pancake pisang atau muffin pisang, semuanya sedap.





Banana Nutella Pancake yang menjadi kegilaan setiap orang yang pergi melancong ke Thailand. Sudah semestinya sedap dimakan. Kalau tak sedap, memang takkan direkomenkan. Hehehehe. After kami makan pancake, kami jalan-jalan sekitar Krabi Town dan kembali pulang ke hotel untuk berehat. Nak tahu aktiviti kami yang selanjutnya,  tunggu entry Trip to Krabi, Thailand - Part 2, okay ? Kita jumpa di cerita yang sama tapi di entry yang lain. Adios.

Tuesday, 4 December 2018

3 Cara Mudah untuk Turunkan Berat Badan

Assalammualaikum guys :)


1. Fasting

Masa bersahur, just makan biskut atau roti tapi aku lebih prefer makan biskut sebab aku rasa biskut lagi tahan lama berbanding makan roti dan jangan lupa, banyakkan minum air mineral atau air kosong untuk menggelakkan daripada dehydration. Lagi satu, kalau dah bersahur tu, janganlah terus baring atau tidur. Memang payahlah nak perut tu nak kempis kan. So, better buat sedikit regangan and then buatlah apa-apa aktiviti yang sesuai macam bersihkan bilik, kemaskan tempat tidur (*bagi mengelakkan daripada baring atau tidur semula, hahahaha) atau pun mandi pagi bagi badan tu rasa segar bugar dan tidak lemau. By the way, dengan berpuasa, kita dapat pahala dan boleh "membayar" semula hutang puasa yang pecah dulu (escpecially for ladies) dan pada masa yang sama, boleh dapat melancarkan sistem pencernaan. Dan jangan lupa solat SUBUH, okay. 

2. Exercise

Siapa kata kalau kita berpuasa, kita tidak boleh bersenam. Sebenarnya boleh ja tapi kena ikut kemampuan masing-masing. By the way, cukuplah bersenam selama 30-35 minit termasuk buat warming up dan cooling down. Nanti terlebih exercise, payah pula kan. Tak pasal-pasal re-hyration. Pengalaman masa training kadet dulu, kami ada juga buat PT pagi macam biasa sebab kalau waktu pagi, air dalam badan masih banyak dan mencukupi untuk membuat senaman tapi kena ingat bukan senaman yang hardcore, hanya perlu buat senaman ringan seperti berjoging, jumping jack dan mountain climb. Kalau dah exercise waktu pagi, jangan exercise waktu petang pula. Tapi sekiranya pagi tu memang tiada buat exercise, petang tu boleh buat exercise yang ringan. But for me, tenaga waktu pagi dan petang lain walaupun pagi tu kita tak buat exercise tapi since air dalam badan dah berkurangan, so better jogging ja. 

3. Food

Kalau sudah bersenam, jangan pula lupa nak makan kan. Kalau pada hari tidak berpuasa, jangan skip waktu breakfast (6.00am - 8.00am), minum pagi (9.00am - 10.00am) dan lunch (12.00pm - 2.00pm) dan dinner (6.00pm - 8.00pm). Dan kalau berpuasa pula, makanan yang diambil sesuai dengan kehendak badan dan bukan kehendak nafsu, okay. Jangan tahan lapar sebab nanti akan jadi trigger bila tengok makanan. Hahahaha. Nak makan ayam McD, boleh tapi hanya seketul ayam. Nak makan ayam KFC, boleh tapi hanya betul seketul ayam. That's it. Kalau tiada yang jual seketul ayam, beli yang Snack Plate tapi hanya makan seketul ayam, yang selebihnya tu bagi dengan kawan atau orang lain (*sabotaj dorang supaya jadi gemuk). Hahahaha. Tapi sebaiknya, janganlah setiap hari nak makan ayam McD atau KFC kan, boleh makan tapi seminggu sekali or 2 minggu sekali atau lagi better jangan makan fast food langsung. Nak turunkan berat badan kan, so pandai-pandailah kawal nafsu makan tu. Okay, that's all for today. Adios.