Tuesday, 4 December 2018

3 Cara Mudah untuk Turunkan Berat Badan

Assalammualaikum guys :)


1. Fasting

Masa bersahur, just makan biskut atau roti tapi aku lebih prefer makan biskut sebab aku rasa biskut lagi tahan lama berbanding makan roti dan jangan lupa, banyakkan minum air mineral atau air kosong untuk menggelakkan daripada dehydration. Lagi satu, kalau dah bersahur tu, janganlah terus baring atau tidur. Memang payahlah nak perut tu nak kempis kan. So, better buat sedikit regangan and then buatlah apa-apa aktiviti yang sesuai macam bersihkan bilik, kemaskan tempat tidur (*bagi mengelakkan daripada baring atau tidur semula, hahahaha) atau pun mandi pagi bagi badan tu rasa segar bugar dan tidak lemau. By the way, dengan berpuasa, kita dapat pahala dan boleh "membayar" semula hutang puasa yang pecah dulu (escpecially for ladies) dan pada masa yang sama, boleh dapat melancarkan sistem pencernaan. Dan jangan lupa solat SUBUH, okay. 

2. Exercise

Siapa kata kalau kita berpuasa, kita tidak boleh bersenam. Sebenarnya boleh ja tapi kena ikut kemampuan masing-masing. By the way, cukuplah bersenam selama 30-35 minit termasuk buat warming up dan cooling down. Nanti terlebih exercise, payah pula kan. Tak pasal-pasal re-hyration. Pengalaman masa training kadet dulu, kami ada juga buat PT pagi macam biasa sebab kalau waktu pagi, air dalam badan masih banyak dan mencukupi untuk membuat senaman tapi kena ingat bukan senaman yang hardcore, hanya perlu buat senaman ringan seperti berjoging, jumping jack dan mountain climb. Kalau dah exercise waktu pagi, jangan exercise waktu petang pula. Tapi sekiranya pagi tu memang tiada buat exercise, petang tu boleh buat exercise yang ringan. But for me, tenaga waktu pagi dan petang lain walaupun pagi tu kita tak buat exercise tapi since air dalam badan dah berkurangan, so better jogging ja. 

3. Food

Kalau sudah bersenam, jangan pula lupa nak makan kan. Kalau pada hari tidak berpuasa, jangan skip waktu breakfast (6.00am - 8.00am), minum pagi (9.00am - 10.00am) dan lunch (12.00pm - 2.00pm) dan dinner (6.00pm - 8.00pm). Dan kalau berpuasa pula, makanan yang diambil sesuai dengan kehendak badan dan bukan kehendak nafsu, okay. Jangan tahan lapar sebab nanti akan jadi trigger bila tengok makanan. Hahahaha. Nak makan ayam McD, boleh tapi hanya seketul ayam. Nak makan ayam KFC, boleh tapi hanya betul seketul ayam. That's it. Kalau tiada yang jual seketul ayam, beli yang Snack Plate tapi hanya makan seketul ayam, yang selebihnya tu bagi dengan kawan atau orang lain (*sabotaj dorang supaya jadi gemuk). Hahahaha. Tapi sebaiknya, janganlah setiap hari nak makan ayam McD atau KFC kan, boleh makan tapi seminggu sekali or 2 minggu sekali atau lagi better jangan makan fast food langsung. Nak turunkan berat badan kan, so pandai-pandailah kawal nafsu makan tu. Okay, that's all for today. Adios.

No comments :

Post a Comment