Sunday, 23 December 2018

Majlis Perkahwinan Amerul Amin & Nurafiqah Jakaria

Assalammualaikum guys :)

Majlis perkahwinan Amerul Amin & Nurafiqah Jakaria pada 22 Disember 2018 (Sabtu) bersamaan 14 Rabiulakhir 1440H di Dewan Kesenian Islam Membakut, Sabah. Kepada kedua-dua mempelai, selamat menempuhi hidup baru bersama-sama, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah serta diberikan keturunan yang soleh dan solehah dikurniakan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih sayang Allah SWT. Semoga Allah S.W.T menyempurnakan semua kebahagiaan kamu berdua dan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Nya. Alhamdulillah, majlis perkahwinan dapat disempurnakan walaupun ada beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi tapi dengan hasil kerjasama dan kasih sayang daripada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, majlis ini dapat dijalankan dengan lancar. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang membantu bagi menjayakan dan menyempurnakan majlis perkahwinan ini.











Alhamdulillah dengan sekali lafaz, maka selamatlah kedua-duanya diijabkabulkan. 
Tahniah Amin & Iqa. 





Kepada kedua mempelai:  

"Takdir pun akhirnya mempertemukan kalian berdua, kebersamaan dalam mengapai takwa merupakan jalinan cinta suci yang hakiki, kayuhlah dengan penuh rasa syukur dan rasa ikhlas bahtera rumah tangga kalian dengan penuh cinta & kasih, semua karena Allah dan Rasul-Nya."

Kepada Amin, selamat menjadi seorang suami dan seorang imam yang mempunyai amanah, tanggungjawab yang besar untuk isteri dan juga kepada anak-anak. Jadilah suami yang hebat dan ayah yang penyayang. Kepada Iqa, selamat menjadi seorang isteri yang soleha dan bidadari yang terbaik kepada suami tercinta. Semoga juga menjadi ibu yang terbaik serta penyayang kepada anak-anak. Sekali lagi, tahniah atas pernikahan kamu berdua pada hari ini. Selamat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Aamin. That's all for today. Adios.

No comments :

Post a Comment