Tuesday, 6 February 2018

Cara Mudah Membuat Pembayaran Tunggakan PTPTN Melalui CIMB Clicks

Assalammualaikum guys :)


Sebelum ni aku ada share post mengenai Cara Membuat Pembayaran Tunggakan PTPTN Secara Online, so kali ni aku share pula mengenai Cara Membuat Pembayaran Tunggakan PTPTN Melalui CIMB Clicks. Caranya sangat mudah dan yang penting mestilah ada duit dalam akaun kan, baru boleh membuat pembayaran. Hehehe. So, kepada sesiapa yang membuat akaun CIMB Clicks, let follow this easy step. Sekiranya masih belum ada akaun CIMB Clicks, kena pergi ke mesin ATM untuk update nombor telefon (untuk TAC) dan juga pendaftaran CIMB Clicks (New Registeration). Well, ini sangat penting semasa hendak membuat pembayaran secara online.

Step 1: Buka portal CIMB Clicks and log in ke dalam akaun sendiri.


Step 2: Masukkan User ID dan juga Password masing-masing.


Step 3: Dalam senarai menu di atas, pilih "Pay" dan klik pada "Bills".
Then, kamu pilih dari akaun mana yang kamu nak gunakan untuk bayar bil tu.
Yang "To:", just taip "PTPTN -Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan".


Nanti bila dah klik, akan ada pop-up macam gambar kat bawah ni. 
So, masukkan maklumat yang diperlukan. Kalau semua dah okay, "Proceed to Payment". Simpan dan SS pembayaran tu sebagai bukti yang kamu dah bayar. 
Lagi better, minta pengesahan pihak PTPTN mengenai pembayaran tu.


That's all. Thank you. :)