Tuesday, 6 September 2022

Until We Meet Again Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Pertahanan !

Assalamualaikum guys :)

3 Januari 2018 - 23 Ogos 2022

Dulu hanya melihat Pegawai/Staf yang bertukar keluar dari Unit Komunikasi Strategik (UKS), Kementerian Pertahanan, kini sudah tiba masanya untuk aku pula yang mengorak langkah ke tempat baharu. Secara jujurnya, terlalu banyak memori suka dan duka sepanjang 4 tahun berada di UKS ni. 

Unit pertama melapor diri selepas tauliah dan banyak mengajar mengenai dunia perhubungan awam, cara membuat pelan media, menguruskan sidang media, membina hubungan baik dengan agensi-agensi media local dan international, menguruskan rakan-rakan media yang hadir membuat liputan dan bermacam-macam lagi.

Kepada pegawai-pegawai senior PR yang pernah bertugas di UKS, jutaan terima kasih atas nasihat, didikan dan tunjuk ajar tentang selok-belok dunia PR sepanjang bertugas di bawah naungan tuan-tuan dan puan-puan. 

Jutaan terima kasih juga kepada Tim SPM kerana memberi ruang dan peluang kepada diri ini untuk mengalas tanggungjawab sebagai Pegawai Staf 3 Media Udara.

Jutaan terima kasih kepada Tim SPP yang sentiasa bersiap sedia dalam penyediaan gambar dan video yang berkualiti serta membantu dan mengajar semasa memegang jawatan sebagai Pegawai Staf 3 Publisiti dan Promosi. 

Jutaan terima kasih kepada Tim Tadbir atas segala bantuan dari segi penyediaan kenderaan dan sanggup menunggu kami sehingga program selesai. Tidak dilupakan juga, kakak-kakak UKS yang sentiasa menjaga makan dan minum adik bujang mereka.

Kepada rakan-rakan media (Editor, Wartawan, Cameraman) yang sentiasa diraikan, terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang saya bertugas di UKS. 

Jutaan terima kasih kepada kepada semua warga UKS yang dulu sehingga sekarang dan sentiasa menceriakan suasana di tempat kerja. Tanpa anda, siapalah saya. 

Akhir kalam, mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan yang tidak disenangi sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pegawai Staf 3 Media Udara di UKS, Kementerian Pertahanan. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Insha-Allah, panjang umur dan ada rezeki dapatlah kita bekerjasama lagi pada masa akan datang.


Ikhlas daripada:

Kapt Addy Azizul Jeffry bin Kaili TUDM
Mantan Pegawai Staf 3 Media Udara 
Unit Komunikasi Strategik (UKS)
Kementerian Pertahanan

Nota: Menjadi seorang Pegawai Perhubungan Awam bukanlah sesuatu tugas yang mudah tetapi bukanlah juga sesuatu tugas yang berat dipikul. Asal betul asas pimpinan, tunjuk ajar serta kepercayaan daripada pegawai-pegawai dan staf-staf senior dalam bidang PR ni, insha-Allah kesemua tugasan akan berjaya dilaksanakan. So, that's all from me. Adios.

Thursday, 30 June 2022

RGB Coffee & The Bean Hive

 Assalamualaikum guys :)

Has anyone been to RGB Cafe & The Bean Hive ? Kalau masih belum pernah menjejakkan kaki ke cafe ni, I truly recommend you guys untuk datang ke cafe ni. Sebab apa ? Kawasan cafe ni sangat tenang, relaks dan sesuai untuk chill out bersama kawan-kawan atau pun pasangan. Kalau nak bawa family ke cafe ni pun tiada masalah sebab cafe ni adalah family-friendly. Selain menawarkan coffee, cafe ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan western yang sesuai untuk para vegan/vegetarian. Nanti, just scroll down ke bawah untuk tengok senarai menu cafe ni. Okay.





Here's the food list menu: RGB Cafe Menu



Bila dah sampai ke cafe hipster, mestilah kena ambil gambar kan.
So here's my POTD.

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Ahad: 8.00 pagi - 6.00 petang.
Lokasi:
  • Jalan Damai 35, Jalan Damai,  Kampung Datuk Keramat,  55000, Kuala Lumpur  Malaysia. (Waze: RGB Coffee & The Bean Hive)

Tapi part yang tak bestnya, cafe ni hanya buka sehingga pukul 6.00 petang sahaja, so tak boleh nak pergi selepas waktu bekerja untuk chill out. Hopefully pihak pengurusan akan mengambil insiatif lain untuk memanjangkan waktu operasi cafe ni sehingga ke 10.00 malam. I mean untuk selected day only buka sehingga ke 10.00 malam, mungkin pada hari Khamis & Jumaat sahaja. For more information about this cafe, you guys can visit their site at RGB Cafe @ The Beanhive and also don't forget to follow their Instagram @rgbcoffee too ! That's all from me, adios.

Nota: Sebelum kamu pergi ke cafe ni, pastikan kamu sudah pun Fully Vaccinated dan jangan lupa untuk mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan oleh cafe ni walaupun kita sudah lama memasuki fasa endemik. 

Wednesday, 8 June 2022

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition 2023 (LIMA 2023)

Assalamualaikum guys :)  

Seperti yang anda lihat dalam Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan yang dikeluarkan pada 8 Jun 2022, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) Edisi Ke-16 secara rasminya akan dilaksanakan pada 23 sehingga 27 Mei 2023. 1st time dapat join LIMA ni masa tahun 2019 dan disebabkan pandemik COVID-19, LIMA pada tahun 2021 terpaksa ditundakan. Dengan adanya berita baik ni, hopefully LIMA'23 dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.



Semoga ada rezeki untuk menyertai LIMA'23 pada tahun depan. 
Aamiin, insha-Allah :)

Tuesday, 10 May 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

 Assalamualaikum guys :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam seluruh negara dan dunia. Fuuuhhh, vibe raya tahun ni memang BOOOMMMM. Eyalah selama 2 tahun berturut-turut kita beraya "kurung" dalam rumah masing-masing kan dan tidak dapat beraya bersama keluarga serta sahabat-sahabat yang lain. So apa lagi, memang meriah bak ang. Alhamdulillah untuk tahun ni, kita semua dapat menyambut hari raya bersama walaupun kelam kabut sikit. Raya mengejut orang kata. Hahahaha. Cuma suasana raya kali ni berbeza dengan ketiadaan datuk dan nenek sebelah mamy yang sudah pergi meninggalkan kami semua. Kami kehilangan 2 orang kesayangan dalam tempoh masa 2 tahun ni. Semoga roh arwah kedua-dua mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Hmmmm, apa tema warna raya korang tahun ni ? Untuk family aku, kami menggunakan tema warna Teal Green. Haa tengok gambar family di bawah ni. Oleh sebab last masa tahun 2009 ambil gambar family di studio dan memandangkan semua adik beradik ada, ambillah gambar family yang baru. So far masih belum ada tambahan orang baru dalam keluarga, insha-Allah hujung tahun ni ada. Tengok gambar keluarga yang baru ni semuanya makin "membesar". Hahaha.





Selain dapat beraya bersama keluarga, beraya bersama keluarga Rancak pun tidak dilupakan walaupun bukan semua dapat menghadirkan diri. Faham sebab masing-masing sudah mendirikan rumahtangga, jadi ada balik rumah mertua untuk beraya. By the way, raya kali memang berbeza dengan penambahan ahli-ahli baru Rancak Junior, bertambahlah meriah. Siapa yang paling steady, orang yang single juga steady. Hahahaha.

Ini ja gambar-gambar yang sempat diambil dan okay. 
Eyalah masing-masing busy menguruskan anak dan orang yang single hanya mampu berhuhuhuhu.



Haaa yang ni 2 orang single yang steady. Hahahaha. Kan Mie ?

 
Okay gambar last, bergambar depan cermin sebelum mengakhiri post hari ni.
Bukan selalu kan, bagi chance lah. Hehehehe.


Memandangkan hari tu balik 3 hari sebelum raya mengejut, dapatlah juga berbuka puasa/berterawih bersama keluarga dan sahabat-sahabat yang lain. Cuti sudah pun habis dan masing-masing sudah balik ke sarang. Sekarang ni pun aku sudah berada di KL sambil menyiapkan entry raya tahun ni. Hehehe. Hopefully tahun depan kita semua dapat lagi merasai suasana ramadhan dan raya, cuma bukan raya mengejutlah. Hahaha. Insha-Allah semoga dipanjangkan usia kita semua dan pada masa yang sama, kita semua meningkatkan keimanan serta ketaqwaan dalam diri masing-masing. Aamiin. 

That's all for today. See you guys around, adios :)

Sunday, 27 February 2022

Majlis Perkahwinan Harun Hatta dan Nur Aqidah Abdul Rahman

 Assalamualaikum guys :)

Considering the fact that my brother had been married, (still can’t believe you’re already married for real), it makes me so emotional but I’m extremely happy that you’re marrying someone you’re deeply in love with and she deeply loves you back. Both of you are adorable and beautiful.


All the way from Kuala Lumpur to Bintulu, Sarawak just to meet this handsome young man a.k.a my brother, Harun Hatta with his beautiful lovely wife, Nur Aqidah.

To my sister-in-law,  Aqidah

I’m so lucky to have a smart, beautiful, wonderful and slightly younger sister-in-law like you. From being a loving daughter, to a caring sister and now a wife, I know you're going to be a good wife, awesome SIL and the best mother.  By all your words and actions, I know my brother is so blessed to have found such a caring and loving life partner like you. I can guarantee my brother will love and cherish you for the rest of your life. As for me, you’re much more than just my brother’s wife and a sister-in-law, you are my special sister every now and then, and it’s good to have a chance like this to tell you. Although this is just the first time we met but I hope we (Qidah, Harun & Addy) will create more memories and moments together. Insha-Allah, I promise I will be there for you both whenever you need me. 

To my brother, Harun

Being with you on your big day is the greatest bliss for me. You have been an incredible brother and I’m so grateful to have you in my life. Having you around is more than words can explain and you are one of the best things that ever happened to me. Alhamdulillah, I’m becoming a better person just by knowing you. I really appreciate everything that you have done for me and I will never forget the memories we had together. We may not see each other as much as we use to but insha-Allah I will always have your back when you need it the most, no matter what, from this day on until forever. Just give me a call or a text and I will stand by your side. On this special day in your life, I want to congratulate you for taking another step in life. I know that you will be a great husband, good husband and the best life partner to your wife.

People might say everything will be different and change after this but I believe my brother will always be the same and I’m still being the dearest to him. Hahaha. (Just kidding SIL). Insha-Allah I will see you both when I see you both. Until then, stay safe and take care.  

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ 

Barakallah Laka Wa Baraka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair 

Maksud doa: “Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” 

27 Februari 2022 | Ahad | Dewan Suarah Bintulu

Friday, 21 January 2022

Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi Tahun 2022

 Assalammualaikum guys :)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM).  Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).

Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.  Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu JOM MASUK TENTERATarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan boleh menghubungi di talian 011-65504585 (Pengambilan Pegawai Kadet Graduan).

"ATM - MEMPERKASAKAN KEDAULATAN NEGARA"

#jommasuktentera #angkatantenteramalaysia #malaysianarmedforces #atm #memperkasakankedaulatannegara #tenteradaratmalaysia #tdm ##malaysianarmy #ma #gagahsetia #strongandloyal #tenteralautdirajamalaysia #tldm #royalmalaysiannavy #rmn #sediaberkorban #readytosacrifice #tenteraudaradirajamalaysia #royalmalaysianairforce #rmaf #tudm #sentiasadiangkasaraya #alwaysinthesky

Saturday, 1 January 2022

Happy New Year 2022 !

Assalamualaikum guys :)

Selamat Menyambut Tahun 2022 kepada semua yang masih membaca atau terbaca blog ini. Sedar atau tidak sedar kita sudah pun memasuki tahun 2022 dan semestinya memori atau kenangan tahun-tahun sebelum ini tidak kiralah indah ataupun tidak tapi ia merupakan pengalaman yang banyak mengubah kita semua. Hopefully semua yang berlaku membuatkan kita semua lebih tabah dan matang dalam menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baru.

Dengan kehadiran tahun baharu 2022, jalani hidup dengan sebaiknya dan memberikan manfaat kepada orang lain supaya menjadi lebih bermakna dalam kehidupan masing-masing. Semoga juga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan kehidupan, gembira bersama keluarga serta sentiasa berada dalam lindungan dan keredhaan Allah SWT. Aamiin.