Thursday, 30 June 2022

RGB Coffee & The Bean Hive

 Assalamualaikum guys :)

Has anyone been to RGB Cafe & The Bean Hive ? Kalau masih belum pernah menjejakkan kaki ke cafe ni, I truly recommend you guys untuk datang ke cafe ni. Sebab apa ? Kawasan cafe ni sangat tenang, relaks dan sesuai untuk chill out bersama kawan-kawan atau pun pasangan. Kalau nak bawa family ke cafe ni pun tiada masalah sebab cafe ni adalah family-friendly. Selain menawarkan coffee, cafe ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan western yang sesuai untuk para vegan/vegetarian. Nanti, just scroll down ke bawah untuk tengok senarai menu cafe ni. Okay.





Here's the food list menu: RGB Cafe Menu



Bila dah sampai ke cafe hipster, mestilah kena ambil gambar kan.
So here's my POTD.

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Ahad: 8.00 pagi - 6.00 petang.
Lokasi:
  • Jalan Damai 35, Jalan Damai,  Kampung Datuk Keramat,  55000, Kuala Lumpur  Malaysia. (Waze: RGB Coffee & The Bean Hive)

Tapi part yang tak bestnya, cafe ni hanya buka sehingga pukul 6.00 petang sahaja, so tak boleh nak pergi selepas waktu bekerja untuk chill out. Hopefully pihak pengurusan akan mengambil insiatif lain untuk memanjangkan waktu operasi cafe ni sehingga ke 10.00 malam. I mean untuk selected day only buka sehingga ke 10.00 malam, mungkin pada hari Khamis & Jumaat sahaja. For more information about this cafe, you guys can visit their site at RGB Cafe @ The Beanhive and also don't forget to follow their Instagram @rgbcoffee too ! That's all from me, adios.

Nota: Sebelum kamu pergi ke cafe ni, pastikan kamu sudah pun Fully Vaccinated dan jangan lupa untuk mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan oleh cafe ni walaupun kita sudah lama memasuki fasa endemik. 

No comments:

Post a Comment