Tuesday, 6 September 2022

Until We Meet Again Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Pertahanan !

Assalamualaikum guys :)

3 Januari 2018 - 23 Ogos 2022

Dulu hanya melihat Pegawai/Staf yang bertukar keluar dari Unit Komunikasi Strategik (UKS), Kementerian Pertahanan, kini sudah tiba masanya untuk saya pula yang mengorak langkah ke tempat baharu. Secara jujurnya, terlalu banyak memori suka dan duka sepanjang 4 tahun berada di UKS ni. 

Unit pertama melapor diri selepas tauliah dan banyak mengajar mengenai dunia perhubungan awam, cara membuat pelan media, menguruskan sidang media, membina hubungan baik dengan agensi-agensi media local dan international, menguruskan rakan-rakan media yang hadir membuat liputan dan bermacam-macam lagi.

Kepada pegawai-pegawai senior PR yang pernah bertugas di UKS, jutaan terima kasih atas nasihat, didikan dan tunjuk ajar tentang selok-belok dunia PR sepanjang saya bertugas di bawah naungan tuan-tuan dan puan-puan. 

Jutaan terima kasih juga kepada Tim SPM kerana memberi ruang dan peluang kepada diri ini untuk mengalas tanggungjawab sebagai Pegawai Staf 3 Media Udara.

Jutaan terima kasih kepada Tim SPP yang sentiasa bersiap sedia dalam penyediaan gambar dan video yang berkualiti serta membantu dan mengajar saya semasa memegang jawatan sebagai Pegawai Staf 3 Publisiti dan Promosi. 

Jutaan terima kasih kepada Tim Tadbir atas segala bantuan dari segi penyediaan kenderaan dan sanggup menunggu kami sehingga program selesai. Tidak dilupakan juga, kakak-kakak UKS yang sentiasa menjaga makan dan minum adik bujang mereka.

Kepada rakan-rakan media (Editor, Wartawan, Cameraman) yang sentiasa diraikan, terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang saya bertugas di UKS. 

Jutaan terima kasih kepada kepada semua warga UKS yang dulu sehingga sekarang dan sentiasa menceriakan suasana di tempat kerja. Tanpa anda, siapalah saya. 

Akhir kalam, saya memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan yang tidak disenangi sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pegawai Staf 3 Media Udara di UKS, Kementerian Pertahanan. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Insha-Allah, panjang umur dan ada rezeki dapatlah kita bekerjasama lagi pada masa akan datang.


Ikhlas daripada:

Kapt Addy Azizul Jeffry bin Kaili TUDM
Mantan Pegawai Staf 3 Media Udara 
Unit Komunikasi Strategik (UKS)
Kementerian Pertahanan

Nota: Menjadi seorang Pegawai Perhubungan Awam bukanlah sesuatu tugas yang mudah tetapi bukanlah juga sesuatu tugas yang berat dipikul. Asal betul asas pimpinan, tunjuk ajar serta kepercayaan daripada pegawai-pegawai dan staf-staf senior dalam bidang PR ni, insha-Allah kesemua tugasan akan berjaya dilaksanakan. So, that's all from me. Adios.

No comments:

Post a Comment