PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2023
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.
Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan. Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2023 iaitu JOM MASUK TENTERA.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023.
No comments:
Post a Comment