Assalamualaikum guys :)
Macam mana dengan sambutan hari raya kamu ? Memandangkan hari ni sudah masuk raya ke-4, so apa plan raya kamu ? Berapa rumah sudah kamu pergi beraya ? Hahaha, banyak bah soalan ditanya. Alhamdulillah raya tahun ni The Rancak dapat lagi berkumpul beramai-ramai walaupun bukan semuanya ada. Selalunya last minit plan memang menjadi kan tapi yang ini bukan last minit ya cuma lewat sikit dari actual plan.
Eyalah masing-masing sibuk spend time dengan keluarga masing-masing, mana lagi mahu mengurus anak kan. So, kena terima kenyataan tu sebab most of The Rancak sudah mendirikan rumah tangga. Memang sesuai juga tema raya The Rancak tahun ni #rancakhurhar, masing-masing busy melayan karenah anak masing-masing. Yang masih bujang, busy menjaga anak tekak ja. Hahaha nda bah, yang bujang ni kena jadi babysitter pula tapi itulah bila anak-anak asuhannya start meragam dan menangis, serah kembali dengan parentnya. Hahaha.
Tahun ni seperti tahun-tahun sebelumnya, pergi beraya di rumah geng The Rancak. Lebih kurang 5 rumahlah kami pergi dan selalunya sampai ke lewat malam baru bergerak balik ke rumah. Satu rumah yang diziarah ambil masa lebih kurang 1-2 jam ditambah lagi dengan masa perjalanan, memang akan mengambil masa lah kan. Tapi kami sudah biasa, start dari 2008 lagi dari zaman naik bas pergi beraya sehinggalah semuanya bekerja dan masing-masing ada kenderaan.
Actually banyak gambar yang diambil tapi itulah pening mahu pilih gambar mana, last-last upload gambar beramai-ramai, settle.
Selain daripada mengunjungi rumah ahli The Rancak, rumah sahabat-sahabat yang lama lain pun ada juga diziarah. Ada sahabat yang hampir 10 tahun nda pernah berjumpa padahal satu daerah ja, macam aku bagitahu tadi, masing-masing busy dengan kehidupan masing-masing. Tapi itulah, kalau ada masa dan rezeki, pergilah menziarahi dan bertanya khabar sahabat-sahabat yang lama. Time raya ni lah waktu yang paling sesuai untuk berziarah.
Tapi kena ingat dan betulkan niat, kita menziarahi sahabat-sahabat lama ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang kita ni sudah berjaya, ada kerjaya yang hebat tapi untuk mengingatkan kembali kepada diri kita yang dulu. Tanpa sahabat-sahabat, siapalah kita kan. Bila berjumpa, memang akan mengimbau kembali zaman-zaman "kegemilangan" semasa sekolah menengah. Selain itu, itu juga merupakan salah satu tanda terima kasih kita kepada sahabat-sahabat lama sebab memberikan memori yang indah semasa zaman sekolah. Okay, jom sambung beraya. Adios !
No comments:
Post a Comment