Sunday, 27 November 2016

Pemilihan Pegawai Kadet Graduan 2017 Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Part 1

Assalammualaikum guys :)


Well, hari tu aku ada buat entry kan mengenai Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017. Kalau masih confused dengan Pegawai Kadet Graduan ni, sila baca semula di entry aku yang lepas mengenai Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017. Okay, sudah baca dan sudah faham kan. So, let's go straight to the point. Alhamdulillah pada 23 - 25 November 2016 yang lalu, aku dan beberapa orang calon Sabah ada mengikuti pemilihan Pegawai Kadet Graduan untuk kemasukan tahun 2017 ni. 



Actually, pada hujung tahun 2015 aku ada apply juga jawatan Pegawai Kadet Graduan (ATM) ni dan permohonan aku berjaya untuk menghadiri pemilihan Pegawai Kadet Graduan di Maktab Tentera DiRaja (MTD), Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pemilihan tu berlangsung selama 5 hari (10 Disember - 15 Disember 2015) Pegawai Kadet Graduan  bagi intake 2/2016. Tapi memandangkan time tu aku masih internship dan tinggal 2 minggu lagi nak habis, so mahu tak mahu, aku terpaksa tolak dulu mengikuti pemilihan PKG tu. Staff/pegawai yang call aku masa tu suruh aku try apply lagi untuk intake yang seterusnya. So, aku pun apply untuk intake 2017.




Alhamdulillah, kali ni aku dapat sekali lagi pemilihan Pegawai Kadet Graduan 2017  dan kali ni juga aku pergi ke pemilihannya yang bertempat di 671 Transit, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Lepas ja dapat tahu permohonan aku berjaya, aku terus start training untuk larian 3.2km tu tapi taklah setiap hari aku pergi training. Kalau ada masa, aku pergilah training larian tapi penyakit "M" tu datang, so jawabnya tidaklah pergi kan. Sebulan sebelum pemilihan tu dijalankan, salah seorang calon GO ditugasan untuk membuat satu group whatsapp untuk mengumpul kesemua calon-calon GO Zon Sabah yang berjaya dalam permohonan termasuklah aku bagi memudahkan penyaluran maklumat supaya terus sampai kepada calon. Kalau tak silap aku, calon yang berjaya untuk pemilihan GO Zon Sabah ada sebanyak 35 orang tapi lepas tu berkurangan menjadi 30 lebihlah begitu sebab ada beberapa orang calon yang tidak dapat mengikuti/menghadiri proses pemilihan tu. Daripada 30 lebih calon yang hadir, hanya 19 orang sahaja yang berjaya sehingga peringkat temuduga awal lembaga.

Pegawai Kadet Graduan/Graduated Officer (GO)

Kalau mengikut tentatif asal proses pemilihan GO ni sebenarnya dijalankan selama 5 hari 4 malam tapi memandangkan calon-calon GO bagi Zon Sabah tidak begitu ramai, so dipendekkan menjadi 3 hari 2 malam. Lokasi pemilihan seperti aku mention dekat atas, dijalankan di 671 Transit, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Pastikan sebelum kamu menghadiri pemilihan tu, pastikan sediakan semua dokumen-dokumen yang disenaraikan oleh pihak ATM dan jangan lupa untuk buat salinan photocopy yang secukupnya. Kalau sediakan lebih pun lagi bagus, sebagai back up plan. 
  • Mykad (Jika kad pengenalan sementara, perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.  
  • Sijil Kelahiran/Surat Beranak.   
  • Ijazah.  
  • Transkrip Akademik.   
  • Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf.  
  • Sijil Berhenti Sekolah.  
  • Sijil-sijil pencapaian akademik dan ko-kurikulum.   
  • 4 keping gambar berukuran pasport terkini.  
  • Filem dan laporan X – Ray dada (Laporan hendaklah disahkan oleh pakar radiologi).  
  • Surat pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik oleh JPA kepada penuntut IPTS/Luar Negara.  (Kegagalan membawa surat pengesahan akan menyebabkan anda GAGAL untuk dipilih. 
Hari Pertama: 23 November 2016

Memandangkan pemilihan PKG ni dibuat di Kota Kinablau, so aku bertolak pada malam sebelum pemilihan tu dibuat. Masa tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA), ada sedikit masalah yang berlaku dengan aku tapi alhamdulillah dapat diatasi dengan baik. Pagi sebelum tu aku pun bangun mamai dan rasa macam taknak jer per pemilihan tu. Lepas melapor diri dan simpan barang, kami diarahkan untuk menukar baju kemeja ke baju sukan (seluar tracksuit hitam dan baju T-shirt berkolar berwarna putih) bagi pemeriksaan kesihatan dan fizikal. Then, kami dibawa berkumpul di Pusat Kesihatan Kem Lok Kawi untuk berjumpa dengan calo-calon yang lain dan sekali buat ujian pemeriksaan fizikal. Kami terpisah menjadi 2 group disebabkan ada beberapa orang calon masih menunggu diambil dekat airport masa tu. Masa kami sudah hampir complete ujian pemeriksaan fizikal, calon-calon yang lain dari group 2 baru tiba di Pusat Kesihatan.


Pemeriksaan Kesihatan yang perlu dibuat:

  • Saringan ujian air kencing 
  • Check tekanan darah
  • Check gigi  
  • Check tapak kaki
  • Check kemaluan dan punggung
Then, selepas saringan ujian kesihatan dibuat, group 1 which is kami, diminta untuk balik ke Kem Transit 671 untuk makan tengahari, solat Zohor dan berehat sekejap sebelum diminta masuk ke dewan pemilihan. Sementara menunggu calon-calon yang lain habis ujian pemeriksaan fizikal, kami dari group 1 diminta untuk perkenalkan diri dan disuruh menyanyi. So, jangan malu kalau disuruh menyanyi, okay. Just go with the flow. Around pukul 3.00 pm begitulah, calon-calon dari group 2 pun habis ujian pemeriksaan fizikal dan balik ke Kem Transit 671. Dorang dibagi masa untuk membuat persiapan diri sebelum diumumkan result bagi ujian pemeriksaan fizikal tadi. Selepas result ujian pemeriksaan kesihatan diumumkan, bilangan calon berkurang menjadi 19 orang. Belum sempat pun berkenalan dengan calon yang lain, dorang yang lain sudah tersingkir daripada peringkat seterusnya. So, hanya tinggal 10 calon lelaki dan 9 orang calon perempuan yang berjaya hingga ke peringkat akhir pemilihan GO 2017 bagi Zon Sabah. Aktiviti petang diteruskan lagi dengan sesi berkenalan dengan calon-calon group 2 dan juga pendokumentasian (check semua dokumen yang diperlukan).


Pada hari pertama lagi kami semua sudah diduga dengan kekurangan bekalan air di Kem Lok Kawi dan berterusan sehingga hari ketiga (last day). Memang susahlah mahu buang air besar atau mandi. Malam pertama kami di dorm pun memang tidak selesa tapi kalau terlalu selesa tidak boleh juga, kan ini pemilihan tentera, so keadaan tidak selesa tu memang sentiasa ada. Pada malam tu juga, kami menjalani ujian Bahasa Inggeris, Aptitude Test. Kesemua ujian ni bertujuan untuk melihat sama ada kamu layak untuk menjadi seorang pilot ataupun tidak. Lepas habis buat test semua tu, setiap seorang daripada kami diminta untuk membeli botol air mineral 1.5 liter dan kena menghabiskan air mineral tu spada malam tu juga sebelum dibenarkan untuk balik ke dorm. Ini bagi mengelakkan daripada re-hydration pada larian 3.2km keesokan paginya. Dalam pukul 2.00 a.m begitu, kami dibenarkan untuk balik ke dorm dan berehat.

Di bawah ni adalah cara-cara proses pemilihan dijalankan, pastikan kamu membaca semua maklumat di bawah ni dan pastikan juga kamu memahami kehendak pihak ATM semasa proses pemilihan dijalankan bagi melayakkan kamu berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya.

________________________________________________________________________________________

Proses Pemilihan Pegawai Pegawai Kadet Graduan
Pendahuluan
Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti Pemilihan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2017. Sila hadir ke lokasi dan tempat yang dinyatakan bermula pada jam 0800 pagi sehingga pukul 1200 tengahari. Bagi yang melapor diri selepas tarikh tersebut adalah dianggap GAGAL. Borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran 1.

Proses Pemilihan
Proses pemilihan dibahagikan dalam beberapa peringkat seperti berikut: 
  1. Semakan Dokumen. 
  2. Pemeriksaan Perubatan/Pergigian. 
  3. Ujian Jasmani (larian sejauh 3.2 km bermasa). 
  4. Ujian Personaliti. 
  5. Ujian Kecerdasan Akal (IQ). 
  6. Ujian Pengetahuan Am. 
  7. Ujian Merancang. 
  8. Ujian Kepimpinan. 
  9. Ujian Pengucapan Awam (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris). 
  10. Temuduga Lembaga No. 3 Pemilihan Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera (Tiga Khidmat). 
Hanya mereka yang LULUS semua ujian di atas, akan DISOKONG oleh Lembaga No. 3 (Tiga Khidmat). Calon yang berjaya akan diarahkan untuk melapor diri samada ke Kolej Tentera Darat, Kapal DiRaja Sultan Idris 1 dan Kolej Tentera Udara untuk menjalani latihan ketenteraan selama 9 bulan.

Dokumen-Dokumen
Anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang ASAL bersama sesalinan fotokopi seperti berikut:
  1. Mykad (Jika kad pengenalan sementara, perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
  2. Sijil Kelahiran/Surat Beranak. 
  3. Ijazah.
  4. Transkrip Akademik. 
  5. Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf. 
  6. Sijil Berhenti Sekolah. 
  7. Sijil-sijil pencapaian akademik dan ko-kurikulum. 
  8. 4 keping gambar berukuran pasport terkini. 
  9. Filem dan laporan X – Ray dada (Laporan hendaklah disahkan oleh pakar radiologi). 
  10. Surat pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik oleh JPA kepada penuntut IPTS/Luar Negara. (Kegagalan membawa surat pengesahan akan menyebabkan anda GAGAL untuk dipilih.
Nota: (Kegagalan membawa dokumen asal menyebabkan anda tidak layak mengikuti ujian dan temuduga (gagal).


Laporan X-Ray Dada
  • Anda dikehendaki melakukan pemeriksaan X-Ray dada dan membawa bersama Laporan X-Ray tersebut ke pusat pemilihan (kos ditanggung oleh pemohon). Kegagalan untuk membawa Laporan X-Ray beserta filem akan menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. Borang permohohan untuk pemeriksaan XRay adalah di Lampiran 3. 
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) 
  • Body Mass Index (BMI) diantara 18.0 – 26.0.
Taraf Kesihatan & Penglihatan
  • Calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM, tidak berkaca mata atau memakai kanta lekap serta tidak rabun warna.
Pakaian
Anda dikehendaki membawa pakaian yang secukupnya untuk keperluan sepanjang pemilihan. Peraturan berpakaian adalah seperti berikut:

1. Melapor Diri
  • Lelaki
    • Baju lengan panjang berwarna cerah dan bertali leher, seluar slack warna gelap (seluar jeans atau kain jenis jeans tidak dibenarkan), kasut kulit hitam bertumit dan stokin gelap serta potongan rambut pendek dan kemas. 
  • Wanita
    • Baju kurung dan bertudung bagi yang beragama Islam dan bersesuaian (baju kurung atau kasual) bagi yang bukan beragama Islam, kasut sarung bertumit berwarna gelap dan stokin. 
2. Ujian Bertulis
  • Lelaki
    • Baju kemeja lengan panjang (warna cerah).
    • Bertali leher.
    • Seluar Slack (warna hitam/gelap). Seluar jeans atau kain jenis jeans tidak dibenarkan.
    • Kasut kulit hitam bertumit dan stokin berwarna gelap. 
  • Wanita
    • Baju kurung dan bertudung. 
    • Bagi yang bukan beragama Islam baju kurung atau yang bersesuaian. 
3. Ujian Jasmani/Perubatan
  • Baju T – Shirt putih berkolar (bagi wanita lengan panjang).
  • Seluar ̔Track Suit’. 
  • Kasut sukan dan stokin putih. 
Nota: Anda juga dikehendaki membawa pakaian untuk menunaikan solat dan kelengkapan lain serta keperluan harian sepanjang pemilihan dijalankan. 

Barang-Barang Berharga 
  • Keselamatan barang berharga termasuk wang tunai, telefon bimbit adalah tanggungjawab sendiri. Penggunaan telefon bimbit di sepanjang sesi pengambilan adalah dilarang sama sekali. Dokumen, sijil-sijil dan mykad anda akan disimpan oleh Sekretariat Pemilihan sehingga tamat pemilihan. 
Alat Tulis
  • Alat tulis seperti pensil, pen, pemadam dan pembaris hendaklah dibawa secukupnya. 
Sajian & Tempat Penginapan
  • Sajian dan penginapan akan disediakan oleh pihak ATM secara percuma sepanjang pemilihan. Calon perlu membawa cadar dan sarung bantal untuk kegunaan sendiri. Calon juga digalakkan untuk membawa seterika bagi kegunaan sendiri.
Calon-Calon Yang Gagal
  • Calon yang gagal dalam pemeriksaan perubatan dan mana-mana peringkat ujian yang dilaksanakan akan dihantar pulang dan waren perjalanan akan disediakan. 
Keputusan Pemilihan
  • Keputusan pemilihan akan dimaklumkan melalui laman sesawang dan email calon dan segala keputusan yang diputuskan oleh Lembaga No 3 (Tiga Khidmat) adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 
Tapisan Keselamatan
  • Pihak Bahagian Staf Perisikan dan Pertahanan (BSPP) akan membuat tapisan keselamatan ke atas calon-calon yang berjaya. Calon-calon dikehendaki menyediakan segala keperluan untuk membuat tapisan keselamatan seperti di Lampiran 4. 
Mustahak
  • Semak dan baca arahan ini dengan teliti serta fahami segala kehendak yang diperlukan sebelum anda menghadiri temuduga pemilihan.
  • Calon yang tidak memenuhi keperluan di perenggan 7 hingga 10 dianggap GAGAL dan TIDAK PERLU HADIR dalam ujian dan pemilihan. 
  • Sila sahkan kehadiran dengan mengisi borang seperti di Lampiran 1 dan kembalikan semula ke Cawangan ini dengan segera atau melalui telefon 03-2071 2391 / 4526 / 5120 / 4524 / 013-3189525 atau fax 03-26985340 pada atau sebelum 30 Okt 2016 pada hari dan waktu bekerja.
Penutup
  • Pihak kami mendoakan agar anda lulus semua peringkat ujian dan akan berjaya dalam pemilihan ini sebagai Pegawai Kadet Graduan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Pegawai ATM. Sila buat persiapan dengan sewajarnya. 

“ATM PERKASA KEDAULATAN TERPELIHARA”

________________________________________________________________________________________

Rasanya itu sahaja untuk hari ni. Nanti aku sambung lagi cerita ni which is proses Pemilihan Pegawai Kadet Graduan 2017 Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Part 2. Okay. Adios.

No comments :

Post a Comment