Assalammualaikum guys :)
Hari Kedua: 24 November 2016
Ujian Larian dan Merempuh Halangan (Fizikal)
Awal pagi lagi kami sudah bangun dan bersiap untuk menjalani ujian larian dan merempuh halangan. Larian tu sejauh 3.2km di bawah 18 minit bagi calon lelaki dan bawah 20 minit bagi calon wanita. Masa paling terbaik masa larian 3.2km ni dicatat oleh Flaveanus atau dikenali sebagai Fla dengan masa 16 minit. Selepas larian tu, kami semua dibagi masa 15 minit untuk bersarapan dan kemudiannya pergi merentas halangan. Kami dibahagikan kepada 2 team which team 1 seramai 10 dan team 2 seramai 9 orang.
Bergambar dulu selepas ujian merempuh halangan.
Ketua kami sepanjang proses pemilihan selama 3 hari di sana. Khairul Anuar a.k.a Melaka
Beramai-ramai naik lori 3 tan balik ke tempat kediaman. Hahahaha.
Pada sebelah tengahari pula, selepas semua selesai makan dan solat, kami semua berkumpul di dalam dewan serbaguna untuk aktiviti yang seterusnya iaitu public speaking. Tajuk akan diberikan oleh pegawai/panel dan masa preparation pun akan diberikan untuk setiap calon (dalam 5-6 minit) sebelum memulakan public speaking. Kalau tak silap aku, ada sekitar 15 tajuk yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masing-masing. Lagi better kalau pilih tajuk yang kamu sudah expert dan kuasai. Itu boleh membantu kamu berkeyakinan untuk bercakap dengan lancar dan spontan.
Lepas habis public speaking, kami semua berkumpul untuk latihan/raptai temuduga awal lembaga. Pada sebelah malam pun, kami still buat perkara yang sama iaitu raptai temuduga awal lembaga. Memandangkan hanya tinggal 19 orang calon, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan which mean 3 kumpulan pertama mempunyai 5 orang calon dan 1 kumpulan terakhir mempunyai 4 orang calon. Skrip memperkenalkan diri semasa masuk ke dalam bilik temuduga pun disediakan oleh Kapten Zafarin (TUDM) dan Leftenan Hanis (TLDM).
Hari Ketiga: 25 November 2017
Temuduga Awal Lembaga
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dengan berbekalan latihan raptai temuduga yang diberikan oleh Kapten Zafarin (TUDM) dan juga Leftenan Hanis (TLDM), satu demi satu kumpulan yang masuk untuk ditemuduga sehingga tiba kumpulan aku untuk masuk. Masa masuk bilik temuduga tu, dia punya tahap nervous macam mahu pecah jantung. Ada 10 orang panel penemuduga termasuk seorang datuk daripada TUDM. Lepas kamu semua perkenalkan diri, soalan demi soalan ditanya kepada kami. Alhamdulillah, everything's going smooth. Lepas semua kumpulan selesai ditemuduga, kami semua diminta untuk masuk ke dalam bilik temuduga tu untuk mendengar nasihat daripada datuk tersebut dan seterusnya kami mengadakan sesi bergambar bersama-sama dengan datuk sebelum menghabiskan acara pada hari tu.
Selepas habis temuduga awal lembaga,
kami semua bersiap sedia untuk balik ke tempat masing-masing.

Bersama dengan 10 orang calon lelaki yang berjaya ke peringkat akhir pemilihan.
Azizie | Delvine | Alnid | Addy | Flaveanus | Azwan | Mizan | Saiful | Syam | Khairul

Bergambar beramai-ramai dulu sebelum kami semua balik ke tempat masing-masing.



Hopefully kita semua berjaya mendapatkan tempat dalam ATM. Dapat atau tidak, itu belakag cerita yang penting kita sudah buat yang terbaik untuk diri kita sendiri dan kalau tidak berjaya, kita teruskan mencuba dan mencuba lagi sehingga dapat apa yang kita hajati. By the way, nice to know and meet all of you guys. Semoga dapat berjumpa lagi dan keep in touch. That's all from me. Sorry kalau entry ni dan entry sebelum ni in which mengenai pemilihan ni banyak kekurangan informasi dan juga tips-tips semasa proses pemilihan ni dijalankan. Lagi satu, kalau berminat dalam bidang ketenteraan ni, kamu boleh buat permohonan di JOM MASUK TENTERA - Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Nak tanya yg dental check up tu mcm mana nak lepas?
ReplyDeleteYang penting gigi dan gusi sihat. Okay ja.
Deletekalau ade masalah gigi mcm buat matikan saraf? gigi mule jadi hitam.. tp x la hitam just mule nak ke gelap sbb gigi mati sbb matikan saraf. pendapat kamu?
DeleteYg ini bergantung kepada pihak pengambilan.
Deletekalau pointer 2.67 ijazah sarjana muda dapat pangilan akhir and then spm dia akan tengok balik ka? credit bm bi mate and rest total 8 credit. soalan saya adakah akan terus di reject sebab pointer bawah 2.7. ada tips tak pangilan akhir GO nie untuk PG ATM. saya pernah ke pangilan akhir LLP tapi YO belum pernah. nohon pencerahan tuan. saya nak mohon Navy under logistics.
ReplyDeleteYes, akan terus reject sebab tidak memenuhi syarat pemilihan yang ditetapkan. Dari segi kelulusan asas dah lepas tapi dari segi kelulusan pengajian tinggi tak lepas, sebab CGPA kena 2.7 dan ke atas. Tapi tiada masalah kalau buat permohonan, hantar je dulu resume kepada tim pengambilan. Terima kasih.
DeleteKalau spm saya.. matematik hanya sekadar lulus.. boleh ke diterima atau pun mesti kepujian juga?
ReplyDeleteKena ikut kriteria yang telah ditetapkan. Mendapat kepujian dalam matapelajaran BM, BI dan Matematik (SPM).
Delete