Wednesday, 30 November 2016

Cara Memohon Pengambilan Pegawai Kadet Graduan (ATM)

Assalammualaikum guys :)


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU) selama 9 bulan dan akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. So, I will share dengan kamu semua (especially yang interested mahu masuk tentera) cara-cara memohon pengambilan Pegawai Kadet Graduan (ATM).


Step 1: Buka portal Jom Masuk Tentera dan 
sila Daftar terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat peribadi. 

Untuk pengguna yang 1st time mendaftar menggunakan aplikasi ni, sila daftarkan diri kamu terlebih dahulu sebelum log masuk ke sistem JOM MASUK TENTERA. So, pastikan kamu memasukkan alamat email yang masih aktif sebab ID Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar ke email yang kamu gunakan untuk mendaftar. Seperti biasa, isikan semua maklumat yag diperlukan dan pastikan semuanya betul bagi memudahkan proses pendaftaran kamu. Okay. 



Step 2: Log masuk ke dalam portal Jom Masuk Tentera

Lepas kamu mendaftar, kau bolehlah log masuk ke dalam portal Jom Masuk Tentera ni dengan menggunakan kata laluan yang diberikan. Pastikan kamu mengisi mana-mana ruang maklumat peribadi yang diperlukan di dalam permohonan tersebut. Jangan lupa juga untuk menyediakan softcopy gambar berukuran passport untuk dimasukkan ke dalam permohonan tu nanti. Bagi  melancarkan lagi proses pendaftaran/permohonan kamu, pastikan kamu membuat softcopy terlebih dahulu (semuanya dalam bentuk PDF) untuk di"upload" ke dalam sistem permohonan. 
  • Kad pengenalan diri sendiri
  • Kad pengenalan ibubapa
  • Transkrip akademik
  • Sijil-sijil yang berkaitan
Aku pun lupa-lupa sudah apa dokumen yag perlu di"upload" ke dalam sistem tu tapi kamu perlu readylah apa-apa dokumen yang berkaitan. By the way, semua calon perlu memasukkan maklumat diri yang lengkap ke dalam permohonan ni. Apa sahaja yang mandatori (perlu diisi), pastikan kamu mengisi semua maklumat yang diperlukan. Okay. 


Step 3: Semak Status Permohonan

After semua maklumat dilengkapkan dan kamu sudah mengikut segala kehendak yang diperlukan dalam permohonan tu, maka dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", hantarlah permohonan tersebut ke dalam sistem. Bagi tujuan keselamatan, which is untuk tahu sama ada permohonan kamu selamat diterima ke dalam sistem. Kamu boleh membuat penyemakan status permohonan kamu di Semak Status Permohonan. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan akhir mengikut pusat pemilihan negeri masing-masing.


Okay. That's all from me. 
Selamat mendaftarkan diri dan selamat maju jaya buat semua. Adios.

No comments :

Post a Comment