Tuesday, 14 July 2020

Berkongsi Rezeki - Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain

Assalammualaikum guys :)


Kita sering dan biasa mendengar quote ni, "DALAM REZEKI KITA, ADA REZEKI ORANG LAIN". Memang tidak dinafikan dalam setiap rezeki yang kIta perolehi, pasti ada hak dan bahagian orang lain yang perlu dikongsi. Sudah semestinya ianya bukan milik kita seorang, probably milik ibubapa, adik-beradik, keluarga dan orang susah serta golongan yang memerlukannya. Dalam erti kata ringkas, BERKONGSI REZEKI

Berkongsi Rezeki, Apa Definisi Anda?  

Berkongsi rezeki amalan mulia. Lagi-lagi kita berkongsi rezeki dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Namun apa pula definisi berkongsi rezeki buat anda? Adakah sekadar memberi lauk pada jiran sebelah? Cuba luaskan skop anda. Ada yang kata kongsi rezeki itu ialah bila kita niaga sama sama, tapi tak berbalah dan mendengki. Ada juga kata, bila kita memberi sedekah, sama ada duit atau apa jua pada mereka yang memerlukan. Tapi adakah berkongsi rezeki itu juga bermaksud merelakan apa yang anda usahakan dirampas oleh orang lain? Anda berusaha sehabis mungkin untuk menghasilkan sesuatu, atau berusaha keras untuk sediakan sesuatu yang berbeza tapi bila ia sudah selesai dan mendapat sambutan, anda dapati ada mereka yang tidak bertanggungjawab mengulang siar tanpa anda tahu. 

Anda mahu rela, redha atau terpaksa? Atas asbab berkongsi rezeki anda dipanggil untuk berdiam diri. Dalam geram, anda peram semua yang anda rasa. Itu hanya sebahagian senario yang mungkin terjadi asbab berkongsi rezeki. Tapi idea yang dikongsi bukan untuk diambil tanpa diketahui. Kongsi bukan bererti mempunyai sesuatu yang bukan milik anda tanpa rela hati. Berkongsi rezeki sebaiknya biarlah ikhlas memberi. Meskipun ikhlas bisa dicari tapi jangan diambil kesempatan atas bakti. 

Berkongsi rezeki, amalan yang boleh saja diadaptasi sejak kecil. Diterap dalam jiwa anak untuk berkongsi bekal pada yang memerlukan. Asalkan bukan biar diri dibuli atau bekal dicuri. Garis sempadan yang halus itu perlu nyata. Biarpun ia kecil tapi jelas. Berkongsi rezeki, bersedekah dari hati. Pupuk jiwa merelakan dan berikan yang terbaik. Tidak mengungkit dan sebaiknya bersembunyi. Risau riak merayap dalam hati. Tapi bukan sampai dipijak pijak disuruh memberi. 

Meskipun pada jalan yang salah atau pada mereka yang menipu. Atau sebabkan mereka rajin memberi, yang menerima membazir tak hargai. Garisan sempadan itu juga perlu jelas dan nyata. Ada juga yang kata tanpa jemu pergilah berbakti. Sungguh itu juga benar berkongsi rezeki. Menabur ilmu sekian waktu saban hari. Soal gaji? Harapkan yang sedia ada dan yang sudi. Tapi usahlah diminta FREE. Mereka yang memberi juga ada perut untuk diisi. Ada mulut yang menanti. Itukan sama-sama bertimbang rasa namanya. Bukan selamba memperguna. Apa pula definisi berkongsi rezeki bagi anda?

No comments:

Post a comment