Assalammualaikum guys :)
Walimatulurus LtM Muhamad Ridzuan bin Ahmad TUDM & Siti Khadijah binti Sazali pada 4 Ogos 18 (Sabtu) bersamaan 22 Zulkaedah 1439H di Dewan Kastam Kelana Jaya. Kepada kedua-dua mempelai, selamat menempuhi hidup baru bersama-sama, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah serta diberikan keturunan yang soleh dan solehah dikurniakan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih sayang Allah SWT. Semoga Allah SWT menyempurnakan semua kebahagiaan kamu berdua dan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Nya.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, maka selamatlah kedua-duanya diijabkabulkan.
Tahniah Ridzuan dan Khadijah.
Bersama dengan skuad KAPT Siri 42/18 sebagai Swordman untuk upacara Sword Barrel.
Bersama dengan skuad KAP Siri 27/17 tapi tak semua dapat datang. Yang dapat datang pun mostly geng INSMAT (Materiel) dan INSPRA (ATC), yang lain mungkin ada datang cuma tak sempat jumpa.
Kepada Ridzuan Ahmad, selamat menjadi seorang suami dan seorang imam yang mempunyai amanah, tanggungjawab yang besar untuk isteri dan juga kepada anak-anak. Jadilah suami yang hebat dan ayah yang penyayang. Kepada Siti Khadijah, selamat menjadi seorang isteri yang soleha dan bidadari yang terbaik kepada suami tercinta. Semoga juga menjadi ibu yang terbaik serta penyayang kepada anak-anak. Sekali lagi, tahniah atas pernikahan kamu berdua pada hari ini. Selamat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Aamin. That's all for today. Adios.
Nota: Sword Barrel atau Sword-Bearer ni merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadat. Ianya merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan pengantin baru. Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan pegawai-pegawai polis dan tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong ataupun Raja-Raja Melayu. According to Merriam-Webster, the definition of sword-bearer is "a British civic official who carries a sword before a municipal officer on ceremonial occasions" or "one that is armed with a sword".
No comments:
Post a Comment