Alhamdulillah, seramai 18 pegawai muda telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 42/18 di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Subang pada 10 Ogos 2018 (Jumaat). Upacara pemakaian lencana cawang dan penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Secara keseluruhannya, LtM Asyraf bin MD Daud TUDM telah dianugerahkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik bagi kursus tersebut. Kursus yang telah berlangsung pada 9 April 2018 sehingga 10 Ogos 2018 ini telah berjaya ditamatkan oleh kesemua penuntut. Turut hadir pada majlis ini ialah Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM, Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, dan Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM, Ketua Cawang Tadbir PU Subang.
Tahniah diucapkan kepada semua 18 penuntut
Kursus Asas Pegawai Tadbir (KAPT) Siri 42 Tahun 2018
Tahniah kepada semua 18 pegawai muda yang berjaya menamatkan kursus dan juga pemakaian lencana cawang Tadbir di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Subang. Terima kasih kepada INSTAR especially penyelia KAPT Siri 42/18, Kapt Khairul Izwan bin Nawawi TUDM yang banyak bersabar, membantu, mengajar dan mendidik kami dalam melaksanakan tugas harian. Tidak lupa juga kepada CO INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, CI INSTAR, KSL, KSBL, KSP dan jurulatih-jurulatih INSTAR, terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dan terima kasih semua yang membantu bagi menjayakan majlis penutupan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 42 Tahun 2018 ni. Kepada KAPT 42/18, selamat bercuti dan selamat bertugas di unit masing-masing nanti. Adios.
No comments:
Post a Comment