Saturday, 11 February 2017

Pegawai Kadet Graduan TUDM 2017

Assalammualaikum guys :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah, rezeki pilihan kerja yang ke-2 Allah bagi untukku. Setelah mengikuti pemilihan awal yang bertempat di Kem Lok Kawi selama 3 hari 2 malam pada November tahun lepas, yang mana dalam pemilihan kena suruh "batuk", kena merempuh halangan, kena berlari 3.2km bawah 18 minit dan macam-macam lagi, akhirnya berjaya juga mendapat tempat dalam TUDM. Daripada 35 orang calon Sabah yang dipanggil untuk temuduga, hanya 19 orang calon Sabah (10 lelaki & 9 wanita) sahaja yang berjaya ke peringkat seterusnya dan bertahan selama 3 hari 2 malam sehingga ke temuduga awal lembaga. Setelah menunggu selama hampir 3 bulan, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Daripada 19 orang calon Sabah, hanya 9 orang calon Sabah (7 lelaki & 2 wanita) sahaja yang berjaya mendapatkan tempat dalam ATM. Daripada 9 orang calon Sabah yang berjaya, hanya 2 orang calon Sabah (lelaki) yang mendapat TUDM dan selebihnya dapat TDM. Bagi TLDM pula, tiada calon dari Sabah yang berjaya memasukinya. Apa pun, tahniah buat semua calon yang berjaya dan bagi calon tidak brjaya, jangan putus asa, kamu try lagi ya. Kami tunggu kedatangan kamu di ATM. Okay.


Walaupun sebenarnya aku sekarang ni masih dua hati memilih antara Trainee CSDE di Affin Bank atau Pegawai Kadet Graduan (TUDM). Tapi aku harus juga membuat keputusan dan demi masa depan, aku memilih meneruskan perjuangan sebagai Pegawai Kadet Graduan (TUDM). Bukan bermaksud di Affin Bank tidak mempunyai masa depan, aku cuma mahu meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang Pegawai Perhubungan Awam untuk TUDM. Lagipun niatku untuk bekerja di Tawau sudah pun terlaksana walaupun hanya untuk 2 bulan.

Kepada Affin Bank HQ dan semua staff Affin Bank Tawau, terima kasih atas peluang yang diberikan dan tunjuk ajar sepanjang aku berada di bank. Daripada seorang budak Masscomm yang langsung tidak tahu apa-apa pasal dunia banking, kini aku sudah tahu dan rasa menjadi banker walaupun sebenarnya masih banyak  yang perlu aku belajar. Kepada sahabat-sahabat Trainee CSDE yang lain, aku gembira dapat berjumpa dan berkenalan dengan kamu semua dari pelbagai negeri. Teruskan perjuangan di Affin Bank, okay.  Lepas ni bertukar profession sudah, dari Trainee CSDE di Affin Bank, kini masuk TUDM pula sebagai Pegawai Kadet Graduan. Bah Addy, selamat menjalani latihan 9 bulan. Biarlah kepala botak dan berkulit gelap lepas ni. Harap status ini memberi motivasi kepada sahabat-sahabat dan juga junior-junior semua. Jumlah keseluruhan Pegawai Kadet Graduan (TUDM) ambilan tahun 2017 ni adalah seramai 50 orang calon (40 orang lelaki, 10 orang perempuan) bagi seluruh Malaysia. Bagi calon TLDM, seramai 47 orang calon yang berjaya dan untuk TDM pula, seramai 130 orang calon yang berjaya. 

No comments :

Post a Comment