Sunday, 17 December 2017

Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Graduan 2017 (KAP27)

Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Graduan 
Angkatan Tentera Malaysia 
Tahun 2017

Tempat: Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 16 Disember 2017

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurnianya, maka berakhirlah sudah kehidupan kami semua sebagai Pegawai Kadet TUDM selama 9 bulan. Seramai 51 pegawai kadet TUDM (41 lelaki dan 10 wanita) antara yang terlibat dalam perbarisan tamat latihan dan pemakaian pangkat di Akademi Tentera Darat (ATD) Kem Segenting, Port Dickson. 

Bersama dengan skuad Kursus Asas Pegawai Siri 27/17 sebelum bertolak
ke Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk latihan kawad Perbarisan Tamat Latihan.


Berjumpa semula dengan geng Sabahan yang sama-sama interview di Kem Tentera Darat Lok Kawi, Kota Kinabalu pada hujung tahun 2016.




Kursus Asas Pegawai Siri 27 Tahun 2017 | KAP 27/17



Addy | Hafizi | Qayyum | Rizqin


Detasmen Ke-4, Pegawai Kadet Graduan TUDM (KAP27)


Acara perbarisan tamat latihan dan pemakaian pangkat ini merupakan gabungan acara Pegawai Kadet (PK) Graduan dari ketiga-tiga perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melibatkan seramai 201 pegawai kadet graduan (156 lelaki, 45 wanita). Setinggi-tinggi tahniah kepada 201 orang pegawai kadet bagi ketiga-tiga perkhidmatan. Alhamdulillah kesemua kami; pegawai kadet graduan ini telah berjaya ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) setelah berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan selama 9 bulan mulai Mac hingga Disember lalu di pusat perkhidmatan masing-masing.

Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Syazwan bin Ahmad telah dipilih sebagai Pegawai Kadet Keseluruhan Terbaik TUDM.





Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Syazwan bin Ahmad telah dipilih sebagai Pegawai Kadet Keseluruhan Terbaik TUDM dan akan berkhidmat di Cawang Materiel. Acara perbarisan dan pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, YB JeneralTan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan panglima-panglima Perkhidmatan yang lain. 

Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai latih dan jurulatih-jurulatih yang memberi tunjuk ajar  dan mendidik kami semua untuk menjadi seorang pegawai yang berkualiti. Terima kasih juga kerana menjaga kami sepanjang 9 bulan latihan di Pusat Latihan Pegawai, Kepala Batas, Kedah sehingga kami semua berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TUDM. This is the best experience and wonderful journey I have ever made in my whole life. Tahniah sekali kepada semua especially skuad KAP27/2017. 

#Satria #NadiNegaraku #KementerianPertahananMalaysia 
#MarkasAngkatanTenteraMalaysia #MyJointForce  #TenteraDaratMalaysia #TenteraLautDirajaMalaysia #TenteraUdaraDirajaMalaysia #TUDM #TDM TLDM #Satria #NadiNegaraku#KementerianPertahananMalaysia 
#MarkasAngkatanTenteraMalaysia #MyJointForce  
#TenteraDaratMalaysia #TenteraLautDirajaMalaysia 
#TenteraUdaraDirajaMalaysia #TUDM #TDM # TLDM

No comments :

Post a Comment