Thursday, 6 October 2016

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017

Assalammualaikum guys :)


Angkatan Tentera Malaysia mempelawakan warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih dalam temuduga yang dijalankan akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Sila baca syarat-syarat sebelum memohon ya. Pengambilan adalah mewakili tiga skuad negara iaitu: 

  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) 
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?

Skim Pegawai Graduan merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. 

Pengambilan calon lepasan ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 2017


Untuk pengetahuan semua, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). But the thing is, kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif iaitu melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang ingin memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di Log Masuk: Jom Masuk Tentera sebelum 20 Oktober 2016. Okay. Jangan lupa juga untuk membuat Semakan Keputusan Permohonan boleh dibuat secara online di Semak Status Permohonan: JOM MASUK TENTERA. Selamat memohon dan good luck. 

3 comments :

  1. Salam tuan, pengambilan skim pegawai graduan dilakukan berkala setiap tahun ataupun bergantung pada kekosongan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Pengambilan untuk Pegawai Kadet Graduan setahun sekali. Boleh check di JOM MASUK TENTERA.

      Delete
    2. Nak tnya, boleh terjadi ke, graduan pointer pngk bawah 3.0 dpt latihan pegawai kadet? Sbb, nk jadi pegawai, semestinya yg bijak pandai kan? Curious sbb kwn dpt, n pointer dia bawah 3.0, english test waktu interview pun dia kata mcm teruk... Adakah sbb dia pernah masuk Tv, dpt anugerah Pegawai kadet palapes UPM terbaik.. so, dia dpt? Walaupun pointer bkn atas 3? Sdgkn, yg nak apply pegawai kadet under UPNM pun kena dpt straight A utk masuk UPNM

      Delete