Thursday, 18 January 2018

Cara Mudah Untuk Mendapatkan Laporan CTOS & CCRIS Secara Online

Assalammualaikum guys :)

Well, setengah daripada kita tahu yang sekiranya terdapat nama kita yang dalam senarai blacklist CTOS dan juga CCRIS, kita tidak boleh membuat personal loan atau membuat apa-apa loan selagi ada tunggakan/oustanding balance. Mahu tidak mahu, memang settle down kan dulu oustanding balance supaya boleh membuat loan. So today I'm going to share with you guys cara mendapatkan laporan kredit dengan mudah secara online tanpa perlu ke pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) ataupun Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Info ni sangat sesuai kepada fresh graduate (sahabat-sahabat/junior-junior) yang meminjam duit daripada PTPTN. Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan CCRIS dan CTOS terlebih dahulu.

Apa itu CCRIS?
  • CCRIS ialah singkatan bagi Central Credit Reference Information System atau dalam Bahasa Melayu pula ialah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. 
  • Merupakan satu sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. 
  • Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. 
  • CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. 
Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah:  
  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dan sebagainya.
  • Hutang kad kredit.
  • Menjadi penjamin.
Apa itu CTOS?
  • CTOS merupakan sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam.
  • Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS. 
  • CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon.
Cara Untuk Membuat Semakan/Mendapatkan Laporan CTOS Secara Online

Sekiranya kamu ingin tahu samada nama kamu tersenarai dalam CTOS, kamu boleh melayari laman web CTOS dan mendaftar sebagai pengguna. For your information, pendaftaran CTOS juga adalah PERCUMA dan laporan CTOS adalah PERCUMA.


  1. Cara pertama adalah dengan mendaftar bagi mendapatkan CTOS User ID: CTOS ID - Login.
  2. Masukkan IC Number, Email, Language Preference dan lepas tu klik "I agree with CTOS PDPA Policy".
  3. Setelah CTOS User ID diaktifkan, kamu boleh terus mengakses laporan CTOS pada bila-bila masa dan dimana jua melalui internet ataupun melalui application smartphone CTOS. 
By the way, kamu akan menerima laporan yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
  • Butir-butir peribadi anda termasuk nama, alamat dan sebagainya.
  • Maklumat SSM mengenai pendaftaran syarikat, directorship dan sebagainya.
  • Butiran sejarah Litigation – Rekod tindakan undang-undang sama ada sebagai defendan ataupun plaintiff. 
  • Rujukan Perdagangan (Trade Reference).
Selepas pendaftaran, kamu akan mendapat laporan seperti berikut: 
  • Laporan MyCTOS kali pertama adalah percuma
  • 2 laporan MyCTOS PERCUMA yang dikemaskini setiap tahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
  • Pemberitahuan percuma untuk rekod tindakan undang-undang baru.
Cara Untuk Membuat Semakan/Mendapatkan Laporan CCRIS Secara Online


Personal Credit Report BASIC (RM5.00)
Personal Credit Report PLUS (RM10.00)

Permohonan oleh Individu

Sekiranya kamu ingin memohon laporan kredit secara peribadi di BNM LINK, Ibu Pejabat atau Pejabat Wilayah/Cawangan Bank Negara Malaysia, sila bawa MyKad dan apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti kamu sendiri. For example, lesen memandu atau pasport. Sekiranya anda memohon laporan kredit menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut kepada kami:
  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR)
  • Borang Pengisytiharan Pinjaman
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang)
  • Mana-mana 2 dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
    • Lesen memandu
    • Bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil telefon atau bil ASTRO
    • Penyata akaun bank
    • Penyata kad kredit
    • Penyata KWSP
Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman sesawang kami Credit Report Request (CRR) Form atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Laporan Kredit. Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK
LINK dan Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
No Faks: +603 2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Visi AKPK

  • Kami ingin mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan.  Kami juga mahu diiktiraf sebagai pembekal pendidikan kewangan yang dipercayai kepada pengguna dewasa  serta menggalakkan pengurusan kewangan yang berhemat.
Misi AKPK

  • Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.
Perkhidmatan

  • AKPK menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu, secara percuma.
  • Pendidikan kewangan 
    • Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit.
    • Jawapan anda kepada masalah kewangan AKPK menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang.
  • Kaunseling Kewangan
    • Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan.
    • AKPK memberi khidmat kaunseling dan panduan kepada anda tentang pengurusan kewangan bijak dari segi bajet, pengurusan wang dan penggunaan kredit.
  • Program Pengurusan Kredit 
    • Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.
    • Kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas untuk menangani masalah kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan.
Memandangkan pejabat AKPK hanya di Kota Kinabalu, Sabah. So, kamu boleh pergi ke Pejabat Cawangan di setiap daerah.

Kota Kinabalu 
Bank Negara Malaysia 
Pejabat Wilayah Kota Kinabalu  
Jalan Lapan Belas  
88000 Kota Kinabalu  
Sabah  
Talian Am: +6088-522310

Waktu Urusan 
Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) 

Waktu Urusan  
9:00 pagi - 5:00 petang

Pejabat Kaunseling

Tawau 
RHB Bank Bhd 
Ground & First Floor, 
Lot 5, Block 27, 
Fajar Complex, 
Jalan Mahkamah Town Extension II, 
91000 Tawau, Sabah.  
Sedia Ada Jumaat: 17 Jun, 15 Jul, 19 Aug, 16 Sep, 21 Okt, 18 Nov, 16 Dis

Sandakan 
Maybank 
Lot 28, 29 & 30, 
Block HS3, 
Sandakan Harbour Square, 
90000 Sandakan.  
Sedia Ada Isnin: 20 Jun, 18 Jul, 15 Aug, 19 Sep, 17 Okt, 21 Nov, 19 Dis

Beaufort 
Bank Simpanan Nasional 
Tkt. Bawah & Satu, Lot 15,  
Blok C, 
New Beaufort Jaya, 
89800 Beaufort, Sabah.  
Sedia Ada Rabu: 15 Jun, 20 Jul, 17 Aug, 21 Sep, 19 Okt, 16 Nov, 21 Dis

No comments :

Post a Comment