Thursday, 18 January 2018

Cara Mudah Membuat Pembayaran Tunggakan PTPTN Secara Online

Assalammualaikum guys :)

So, today aku nak share tips atau cara nak membuat pembayaran tunggakan PTPTN secara online dengan korang especially yang mempunyai tunggakan PTPTN. Memang tak dinafikan, aku pun menghadapi masalah yang sama macam korang alami ni. 1st of all,  lepas habis study di UiTM Shah Alam, aku tak pernah ambil tahu pun pasal tunggakan ni sehinggalah aku memohon pekerjaan. Masa tu, dalam kepala otak aku, aku nak dapatkan kerja secepat mungkin tapi bukan untuk membayar PTPTN. Hahaha. Nampak tak jahat dekat situ. Reasonnya aku nak dapatkan kerja sebab tak sabar nak ada pendapatan sendiri and at the same time, aku nak bantu parent (means dorang tak perlu dah bagi duit poket dengan aku, bolehlah ringan beban dorang kan). So, jom follow tips ni bagi memudahkan kamu menyelesaikan tunggakan PTPTN. 


Step 1: Buka laman portal PTPTN: Anjung.
Sebelum tu, kamu kena hubungi Careline PTPTN (03 2193 3000). Then, berbincang dulu dengan staf yang bertugas dan nyatakan yang kamu mahu membuat pembayaran tunggakan PTPTN.


Step 2: Buka bahagian Semakan Penyata Pinjaman.


Then, this one akan pop-up dan masukkan Nombor Kad Pengenalan.


Step 3: Masuk ke dalam Sistem Pinjaman Pendidikan.


Bagi pengguna yang 1st time membuat pendaftaran, 


Bagi yang sudah mendaftar, just masukkan No. Kad Pengenalan dan juga kata laluan.


Then, this one akan pop-up dan pilih Penyata Baki untuk melihat baki terkini yang masih tertunggak.


Step 4: Membuat pembayaran secara online. 
Pilih berapa amaun yang hendak dibayar terlebih dahulu.



Step 5: Boleh membuat pembayaran melalui FPX atau melalui Kad Kredit/Debit.


After dah buat pembayaran, hantar gambar dengan staf yang kamu berurusan tadi dan minta dia emailkan Surat Pengesahan Pembayaran yang kamu telah buat. Ini boleh menjadi surat sokongan sekiranya kamu hendak membuat car loan. Well, kalau tunggakkan PTPTN tak settle, selagi tulah susah nak buat car loan, housing loan dan macam-macam loan lagi. So, kalau dah ada duit, better terus langsaikan hutang atau tunggakan yang ada. Okay. Dan lagi penting, pastikan nama clear daripada CTOS dan CCRIS.

No comments :

Post a Comment