Thursday, 21 June 2018

Selamat Hari Raya 2018

Assalammualaikum guys :)

Well, it's been a while not updating blog ni. Laptop pun tiada, so it's quite "malas" nak update. Even sekarang ni boleh ja update daripada smartphone but still "malas' juga. Hehehe. So, back to the topic and I hope it's not too late to wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua muslimin dan muslimat yang  menyambut hari raya pada tahun ni. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk beraya bersama-sama dengan keluarga tahun ni walaupun sekarang bertugas di bumi semenanjung dan the best part untuk raya tahun ni, ramai family sebelah mak aku balik beraya di rumah nenek aku dekat Tawau. Yang dari semenanjung datang, yang dari KK datang, yang stay di Tawau, semestinyalah datang kan. Memang meriahlah rumah nenek aku tahun ni, ramai anak-anaknya yang balik beraya.

Nak cerita tema apa baju raya tahun ni too cliche. Tengok gambar jalah, boleh tahu sudah tema baju raya tahun ni. But what surprising me is the whole family (bukan setakat family aku termasuk sekali adik-beradik mak aku) guna tema yang sama. Entah bila dorang bincang nak guna tema baju raya tahun ni. Yang aku tahu, tak kisah kau nak beli baju raya yang sudah siap atau minta orang buatkan, yang penting ikut warna tema. Layan jaklah, lagipun sekali setahun ja kan pakai baju raya bersama-sama family. 


Cucu-cucu Haji Ibrahim tapi ni belum kumpul semua lagi. 
Bayangkan kalau berkumpul, memang tidak muatlah dalam gambar ni. 



Family Uncle Kassim 
(Anak ke-3 dan adik kepada mak aku)


Ni pula family aku.
(Anak ke-2 iaitu mak aku)



Family Aunty Khadijah a.k.a Tini. Jauh datang dari KL.
(Anak ke-6 kalau aku tak silaplah, adik kepada mak aku juga)


Ni pula gambar bersama cousin aku, Fariz. 
Jarang dapat bergambar dengan dia ni.
By the way, cuba teka berapa umur dia ni ?



Okay last sekali gambar aku sendiri. 
Well, kenalah ada gambar sendiri kan, baru havoc.
Hahahaha. Gurau ja.



Pagi raya pertama tu of-course lah pergi rumah nenek aku dulu, berkumpul ramai-ramai dengan family, bermaaf-maafan, then lepas tu makan ketupat, burasak, ayam masak rendang dan last sekali bergambar (untuk upload kat Instagram or any social media). Tu memang perkara wajib, semua nak share moment-moment beraya bersama keluarga. Okaylah kan, jarang-jarang dapat berkumpul ramai-ramai, bergambar bersama-sama tapi yang penting jangan over sudah.

By the way, sebelum aku bertolak balik ke bumi semenanjung, alhamdulillah sempat juga aku buat "Rumah Terbuka" pada hari raya ke-4 dan terima kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan yang menghadirkan diri walaupun last minit punya plan. Terima kasih banyak-banyak juga dengan mamy dan dady aku sebab banyak tolong buat persiapan. Gambar di  bawah ni antara kawan-kawan yang datang bertandang ke rumah. Terima kasih sekali lagi sebab datang beraya.


Team 1: Najib, Lina & Nafeesa.


Team 2: Ijan, Faiezal (Adik), Pian dan Jumardin (Galong).


Team 4: Adonis, Faizal dan Daus.


Team 4: Didi dan his girlfriend.


Team 6 (Last team): Alif, Ucik dan Tiar.


Rasanya itu saja aku nak share untuk raya tahun ni. Sudah dapat tahu kan apa warna tema kami sekeluarga tahun ni. Tunggulah raya tahun depan lagi kalau masih dipanjangkan umur dan masih ada rezeki untuk beraya bersama. Mana tahu lebih meriah, lebih bahagia atau tidak sudah beraya sebagai bujang. Hahahaha. Okaylah, jumpa lagi di next post. Sebelum tu, minta maaf dari hujung kaki dan hujung rambut kalau ada tersalah silap sepanjang berkenalan dan mungkin ada masih yang terasa hati dengan perbuatan atau percakapan, minta maaf sangat-sangat. Halalkan makan minum dan aku mohon doa daripada semua agar kita semua dimurahkan rezeki, hidup diredhai dan diberkati Allah s.w.t serta dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat kelak. Aamiin. Chau chin chau dulu. Adios.

No comments :

Post a Comment