Sunday, 4 November 2018

Trip to Batu Caves, Gombak, Selangor

Assalammualaikum guys :)

Siapa yang tidak pernah sampai Batu Caves lagi? Angkat kaki and then pergilah singgah sekejap di Batu Caves. Tapi yang pasti sudah semestinya ramai yang pernah sampai di Batu Caves kan. Batu Caves is one of the iconic and popular place to visit in Malaysia, dah namanya pun "iconic place" to go, mestilah ramai pelancong yang datang, tak kisahlah pelancong tempatan atau luar negara, mesti akan singgah ke Batu Caves ni kalau berkesempatan. Aku ni pun 1st time ke Batu Caves ni walaupun sudah "berkampung" di tanah semenanjung hampir 5 tahun tapi akhirnya dapat juga jejakkan kaki di Batu Caves ni. What a sad life? Hahahaha. For your information guys, setiap gua mempunyai harga kemasukan yang berbeza kecuali Temple Cave (PERCUMA) dan bayaran masuk kereta dalah sebanyak RM2.00 untuk tempat parking. So, kira murahlah kalau nak pergi jalan-jalan ke sini. Oh hampir lupa pula, kalau datang pada waktu malam after 6.00 pm, tidak perlu bayar tempat parking kereta tapi kena tahu juga waktu operasi Batu Caves bermula dari 6.00 am sehingga 9.00 pm sahaja. 

So, terpulang kepada diri masing-masing sama ada nak pergi pada waktu bila-bila. But for me, kalau nak ambil gambar yang lawa dengan lighting yang terbaik, datanglah pada waktu pagi sekitar pukul 9.00 atau 10.00 am. Kalau nak datang malam pun boleh, tapi itulah kamera DSLR lah kena bawa. Kalau bawa atau guna kamera smartphone, nanti gambar tak sharp macam gambar kamera DSLR disebabkan kekurangan lighting unless you're good at taking photos at night. Hehehe. By the way, sepanjang jalan menaiki tangga tu, banyak monyet yang bermain-main di sekitar tangga dan gua-gua yang terdapat di situ. So, kena berhati-hati dan pihak pengurusan pun ada buat tanda amaran/peringatan kepada orang ramai daripada memberi makanan kepada monyet-monyet tu bagi tujuan keselamatan. 

Daya tarikan utama di Batu Caves ni adalah patung besar yang 
merupakan Tuhan bagi agama Hindu di bahagian pintu masuk. 
Dari jauh lagi boleh kelihatan patung besar ni. 



272 anak tangga berwarna-warni yang menjadikan 
Batu Caves lebih menarik perhatian. 






Suasana di dalam salah satu gua yang terdapat di Batu Caves.


Ambil gambar dulu.






Bersama dengan orang-orang gigih memanjat 272 anak tangga di Batu Caves.
Hahahahahaha.



Untuk pengetahuan semua juga, Batu Caves adalah sebuah bukit batu kapur yang terdiri daripada 3 buah gua utama dan beberapa gua yang lebih kecil yang mana sudah berusia lebih daripada 100 tahun. The best part is Batu Caves ni taklah jauh sangat dari KL, hanya terletak kira-kira 15 kilometer dari Kuala Lumpur. So, boleh datang ke Batu Caves ni menggunakan kereta sendiri ataupun public transport yang mana stesen Batu Caves ada di dalam senarai stesen. Kalau datang dengan menaiki kereta/Teksi/GrabCar, kamu boleh melalui lebuh raya utama MRR2 sebab Batu Caves terletak di sebelah lebuh raya tersebut. Untuk public transport, ada perkhidmatan kereta api KTM dari KL Sentral ke Batu Caves dan banyak laluan alternatif yang lain untuk pergi ke Batu Caves ni.

Waktu Operasi:
  • Setiap hari - 6.00 am sehingga 9.00 pm.
Alamat:
  • Batu Caves, Kuil Sri Subramaniam, Kuala Lumpur, Malaysia.
Seperti yang semua tahu, Batu Caves memang terkenal dengan sambutan perayaan Thaipusam. Ini sememangnya menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu yang ada di Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India, Australia, Singapura, Thailand dan Eropah. Walaupun Thaipusam menyumbangkan dalam peningkatan pelancongan Malaysia, tapi hanya beberapa negeri sahaja yang diisytiharkan sebagai cuti umum seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan. Pada tahun 2007, perayaan ini menarik lebih daripada 1.5 juta penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia. Kepada sesiapa yang ingin pergi ke Batu Caves, dipersilakan untuk pergi dan nikmati pemandangan dari 272 anak-anak tangga. Last but not least, Batu Caves juga merupakan salah satu tempat yang direkomenkan oleh Trip Advisor dan Lonely Planet untuk dilawati. Jangan lupa untuk datang, okay. That's all from me. Adios. 

#batucaves #tripadvisor #sayangimalaysiaku #jalanjalancucimata
#instagood #photooftheday #272anaktangga #2018 #friends #repost #nature 
#travel #fitness #igers #tagsforlikes #follow4follow #bilaaddytravel

No comments:

Post a Comment