Wednesday, 29 June 2016

Denim Jacket

Assalamualaikum guys :)


Okay, lama gila aku tak update blog ni. Dulu aku pernah bagi statement, tiada guna ada blog kalau malas nak update. Akhirnya, statement aku tu kena batang hidung sendiri, what goes around comes around. Padan muka, muka siapa ? Muka yang baca entry ni. Hahahaha. Gurau ja, mestilah kena muka aku kan sebab aku yang buat statement tu. So, lain kali jangan nak bagi statement kalau diri sendiri pun malas nak buat. Okay, lepas ni keep silent ja. 

Siapa yang sudah ada "Denim Jacket" ? Angkat tangan. Tahniah kepada yang sudah ada denim jacket ni dan kepada sesiapa yang belum ada, cepat-cepatlah beli satu jacket ni untuk dimasukkan dalam koleksi "pakaian yang wajib ada". Bukanlah wajib ada, tapi kepada sesiapa yang ingin nampak stylish dan at the same time nampak kasual, memang patut ada denim jacket ni. Lagi satu, penggunaan denim jacket ni sangat praktikal, means tak susah payah nak gosok. Jom tengok cara denim jacket ni digunakan oleh model-model di bawah. 





Dulu aku taklah minat sangat nak pakai denim jacket ni tapi asyik tengok OOTD mat salleh dekat Instagram, maka timbullah rasa cemburu dan akhirnya aku pun membeli denim jacket ni. Harga denim jacket bergantung kepada jenis fabrik dan jenama. Kalau jenama tu memang terkenal, maybe harga dalam sekitar RM200 - RM300 dan kualiti fabrik mungkin lebih cantik dan selesa. Tapi itu tidak bermaksud denim jacket yang bukan dari jenama terkenal tidak bagus, kualiti dia okay dan fabrik pun selesa. So, semua terpulang daripada citarasa masing-masing. 

Aku sendiri pun beli denim jacket ni dari Brands Outlet (RM79.00) dan juga Romps (RM69.00). Harga yang dijual pun tidaklah mahal dan mampu milik bagi semua orang. Hampir 2 tahun sudah aku pakai denim jacket dari kedua-dua kedai tu, so far kualiti dia memang bagus dan masih nampak macam baru. Lagi satu, denim jacket ni tidak akan pernah kelihatan lapuk dan ketinggalan zaman. That's why you guys should buy at least one denim jacket. Besides, you will look cool and young when you're using this jacket.

Well, berita baik kepada sesiapa yang ingin membeli denim jacket ni, you guys boleh melayari laman web Zalora (Men Outerwear), ada dijual pada harga yang berpatutan. Kepada girls pula, bolehjuga cari di laman web Zalora. Don't forget to check out new items from Zalora and don't forget to follow Zalora Malaysia Instagram. Okay guys, goodbye for now. See you in another entry :)

Monday, 2 May 2016

Senarai IPTA yang Menawarkan Kos Mass Communication (Masscomm)

Assalamualaikum guys :)

Kalau sesiapa yang dah baca entry Bachelor of Mass Communications (Hons) (Public Relations), saya ada menyenaraikan IPTA yang menawarkan kos Masscomm. Tapi I didn't share about "syarat khas program" for each university. So, today I'm going to share it with you guys. As I mention earlier in my previous entry, there are 9 university that offered this course. Dan pengetahuan semua juga, kos ini terletak di bawah bidang Sains Sosial. Okay, ada 3 top university which are UKM, UPM dan USM yang menawarkan kos ni. Jom scroll ke bawah :)

Universiti Malaya (UM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

So, for those yang nak tahu mengenai kos masscomm di UM, bolehlah buka laman web masscomm UM sebab kos ni tiada dalam list UPU. So, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh buka Bachelor of Arts (Media Studies) ni. Tapi saya akan share juga syarat kelayakan untuk kemasukan masscomm UM di sini. By the way, kos masscomm UM ni ada interview.

Kod program: MA21 
Nama program: Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media)
Bilangan semester: 7 Semester
Syarat kelayakan: STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM dan Diploma
STPM
  • Aliran : Sains dan Sastera
  • Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK3.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP3.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran:
    • Bahasa Malaysia
    • Bahasa Tamil
    • Bahasa Cina
    • Bahasa Arab
    • Kesusasteraan Bahasa Inggeris
    • Kesusasteraan Melayu
    • Sejarah
    • Geografi
    • Matematik M
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.
Matrikulasi/Asasi
Aliran : Sains, Perkaunan, TESL, Undang-Undang dan Teknikal
  • Lulus Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam lima (5) mata pelajaran.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.
STAM
  • Lulus sekurang-kurangnya tahap Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam lima (5) mata pelajaran;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.
Diploma
  • Aliran : Sastera
  • Mendapat sekurang – kurangnya PNGK 3.00 dalam Diploma Pengajian Media atau yang setaraf dengannya atau lulus STPM bukan tahun semasa dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK3.00 dan memenuhi syarat keperluan khas program seperti yang dinyatakan dalam syarat keperluan khas program pada peringkat kelayakan STPM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.

Universiti Sains Malaysia (USM),Georgetown, Pulau Pinang

USM pun tidak meletakkan kos masscomm ni dalam UPU, sama seperti UM. So, you guys kena buka sendiri laman web masscomm USM untuk tahu lebih lanjut tentang kos ni, boleh buka School of Communication. Tapi untuk syarat kemasukan ke masscomm USM, saya tidak dapat cari maklumat mengenainya dan yang pasti kos masscomm USM ni ada interview.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor

Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor

Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah

Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah

Universiti Islama Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, Perlis

By the way, semua gambar ni merupakan "syarat khas" untuk lepasan STPM dan setaraf sahaja. Setaraf di sini bermaksud lepasan Matrikulasi/Asasi, STAM dan mana-mana diploma, bukan untuk lepasan SPM. For your information, I've already added 2 more university that offered this course which is UPSI and UniMAP. Last but not least, UKM and UiTM have an interview for this course, it is part of the process in selecting student, so kena buat sehabis baik masa interview tu. Okay, that's all I want to share. If you have any questions, just leave your comment below. See you guys again and don't forget to share this information.