Sunday, 5 August 2018

Majlis Perkahwinan LtM Ridzuan Ahmad TUDM dan Siti Khadijah (4 Ogos 2018)

Assalammualaikum guys :)

Walimatulurus LtM Muhamad Ridzuan bin Ahmad TUDM & Siti Khadijah binti Sazali pada 4 Ogos 18 (Sabtu) bersamaan 22 Zulkaedah 1439H di Dewan Kastam Kelana Jaya. Kepada kedua-dua mempelai, selamat menempuhi hidup baru bersama-sama, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah serta diberikan keturunan yang soleh dan solehah dikurniakan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih sayang Allah SWT. Semoga Allah SWT menyempurnakan semua kebahagiaan kamu berdua dan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Nya. 




Alhamdulillah dengan sekali lafaz, maka selamatlah kedua-duanya diijabkabulkan. 
Tahniah Ridzuan dan Khadijah. 



Bersama dengan skuad KAPT Siri 42/18 sebagai Swordman untuk upacara Sword Barrel.



Bersama dengan skuad KAP Siri 27/17 tapi tak semua dapat datang. Yang dapat datang pun mostly geng INSMAT (Materiel) dan INSPRA (ATC), yang lain mungkin ada datang cuma tak sempat jumpa.


Kepada Ridzuan Ahmad, selamat menjadi seorang suami dan seorang imam yang mempunyai amanah, tanggungjawab yang besar untuk isteri dan juga kepada anak-anak. Jadilah suami yang hebat dan ayah yang penyayang. Kepada Siti Khadijah, selamat menjadi seorang isteri yang soleha dan bidadari yang terbaik kepada suami tercinta. Semoga juga menjadi ibu yang terbaik serta penyayang kepada anak-anak. Sekali lagi, tahniah atas pernikahan kamu berdua pada hari ini. Selamat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Aamin. That's all for today. Adios.

Nota: Sword Barrel atau Sword-Bearer ni merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadat. Ianya merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan pengantin baru.  Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan pegawai-pegawai polis dan tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong ataupun Raja-Raja Melayu. According to Merriam-Webster, the definition of sword-bearer is "a British civic official who carries a sword before a municipal officer on ceremonial occasions" or "one that is armed with a sword".

Saturday, 7 July 2018

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 1/2019

Assalammualaikum guys :)

I have a good news to inform you guys 
(especially graduan universiti yang sudah habis belajar) 
dan berhasrat untuk memasuki dunia ketenteraan. 
Just want to let you know that:

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
PERMOHONAN UNTUK PEGAWAI KADET GRADUAN SIRI 1/2019 TELAH PUN DIBUKA 
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Angkatan Tentera Malaysia mempelawakan warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih dalam temuduga yang dijalankan akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Sila baca syarat-syarat sebelum memohon ya. Pengambilan adalah mewakili tiga skuad negara iaitu: 

  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) 
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Apakah itu Skim Pegawai Kadet Graduan ?

Skim Pegawai Graduan merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara. 


Pengambilan calon lepasan ijazah sebagai Pegawai Kadet Graduan 1/2019


Untuk pengetahuan semua, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada mulanya hanya diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). But the thing is, kebanyakan bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM  dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang pegawai di dalam perkhidmatan ATM, ATM telah menyediakan saluran alternatif iaitu melalui Skim Pegawai Kadet Graduan ni. So, kepada graduan yang ingin memohon Pegawai Kadet Graduan ni, sila mendaftar secara online di Log Masuk: Jom Masuk Tentera sebelum 20 Oktober 2018. Okay. Jangan lupa juga untuk membuat Semakan Keputusan Permohonan boleh dibuat secara online di Semak Status Permohonan: JOM MASUK TENTERA. Selamat memohon dan good luck.

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan, sila hubungi nombor berikut:  

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 
Isnin - Jumaat (9.00am - 5.00pm)
(03) 2059 8400 ext 4524/2387/4526