Assalammualaikum guys :)
Kepada sesiapa yang ada masalah dengan parut, you guys boleh gunakan Hiruscar Gel ni dan so far aku pakai, memang berkesan. Semakin baru parut luka tu, semakin cepatlah gel bertindak balas dengan parut tu. 1st time aku beli masa latihan (zaman kadet) atas recommendation daripada Shafiqa a.k.a Mek sebab masa tu aku ada parut dekat bawah pipi, aku terjatuh masa latihan kawad pedang. Hahaha. Then, aku pun beli dan pakailah Hiruscar Gel ni. Dalam masa 2 minggu, parut bawah pipi aku tu dah pudar dan lama-kelamaan gunakan gel ni di tempat yang sama, alhamdulillah parut tu pun hilang. Tapi semua orang tak sama tindakbalas terhadap Hiruscar Gel ni dan mungkin keberkesanannya bergantung kepada individu tersebut.
Apa itu Hiruscar?
Hiruscar adalah gel rawatan parut yang jelas-tidak berminyak dan membantu mengurangkan kesan luka dan parut. Formula gel yang ringan menjadikannya mudah untuk digunakan dan diserap. Mengandungi 6 ramuan penting, Hiruscar terbukti secara klinikal untuk membantu meratakan parut yang timbul, meringankan parut dan melembutkan/melancarkan parut yang lama. Gel Hiruscar boleh digunakan untuk semua jenis bekas luka dan selamat digunakan di muka dan badan kerana formula mesra kulit. Ia juga memperbaiki dan menghilangkan luka secara semulajadi sambil melembutkan kulit. Untuk makluman, waktu rawatan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan, saiz, jenis dan keparahan parut.


Bagaimana Hiruscar Gel menyembuhkan parut?
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan macam mana Hiruscar boleh menyembuhkan parut. Hiruscar Gel yang merangkumi 6 ramuan penting berpotensi menghilangkan bekas luka seperti parut selepas pembedahan dengan penyembuhan dan melembutkan. By the way, Hiruscar Gel ni juga mengurangkan tanda gelap yang ditinggalkan oleh bekas jerawat yang meradang dan membawa kembali kelembutan ke dalam kulit. Hiruscar juga menghalang bekas/parut luka merah yang biasanya muncul selepas luka baru sembuh.
Bila waktu yang sesuai menggunakan Hiruscar Gel ni?
Gunakan Hiruscar untuk merawat kulit yang terkena parut atau bahkan menghalangnya daripada muncul dalam pelbagai sebab seperti pembedahan, kemalangan, kesan terbakar, keradangan jerawat dan juga cacar air. Oh ya, jangan letakkan Hiruscar ni sekiranya luka masih belum kering dan masih dalam proses penyembuhan.
Cara penggunaan Hirusscar Gel:
- Ambil sedikit Hirusscar Gel pada hujung jari telunjuk dan kemudian sapukan Hiruscar pada kawasan parut dan gosok perlahan-lahan sehingga gel tersebut masuk ke dalam kulit atau parut. Aplikasikan sebanyak 2-3 kali dalam sehari selepas mandi.
- Untuk penggunaan muka, sapukan gel sebelum menggunakan pelembap atau solek untuk menyerap lebih berkesan.
- Untuk bekas parut lama yang jelas dan menonjol, urutkan kawasan yang tersebut selama 2-3 minit, 3-4 kali sehari dan terus lakukan selama kira-kira 4-6 bulan.
- Untuk mengelakkan luka yang masih baru meninggalkan parut, sebaiknya luka telah pulih sepenuhnya dan gunakan gel secara berterusan selama 4-8 minggu. 6-8 minggu rawatan berterusan dicadangkan untuk pembedahan dan tanda jerawat. 8 minggu rawatan berterusan dicadangkan untuk kebakaran dari kebakaran, paip ekzos atau air panas.
sesuai ke untuk parut hitam ?
ReplyDeleteSangat sesuai, kena rajin guna, parut akan pudar bergantung kepada cara penggunaan dan kulit.
DeleteSesuai untuk parut jerawat?
ReplyDeleteYes, sangat sesuai.
Deletedermatix or hiruscar awak rasa okay untuk parut jerawat ?
ReplyDeleteSaya guna Hiruscar. But depend kepada awak nak gunakan mana satu.
DeletePakai skincare atau Hirusscar Gel dulu?
ReplyDeleteGunakan Hiruscar dahulu. then baru pakai skincare.
DeleteKlau untuk parut penuaan yg berlubang boleh ke ?
ReplyDeleteYang itu kena buat treatment di mana-mana klinik kulit. Hiruscar ni hanya digunakan untuk parut-parut biasa ja. Terima kasih.
DeleteSesuai untuk parut calar akibat dicakar kucing?
ReplyDeleteAs long parut tu tak lama dan masih baru, insha-Allah akan hilang.
DeletePakai hiruscar dulu atau pakai double cleansing dulu ?
ReplyDeleteBetter cuci muka dulu baru guna Hiruscar. Tq.
DeleteBoleh ka guna hiruscar scar gel ini untuk parut jerawat?
ReplyDeleteYes, boleh. Sesuai untuk parut jerawat.
DeleteLetak dkt jerawat boleh tak?
ReplyDeleteHiruscar sesuai untuk parut jerawat, untuk letak di jerawat yang masih aktif tak sesuai.
DeleteSesuai untk parut jerawat x...tp dekt parut tu ad lg jrawat aktif?
ReplyDeleteYes, sesuai. Kalau jerawat tu dah kecut, boleh sapukan dekat situ.
DeleteHiruscar dulu or moisturizer dulu ?
ReplyDeletePakai Hiruscar dulu, sapu sehingga betul2 masuk ke masuk ke dalam kulit.
DeleteBoleh tak bagi tahu masa spesifik untuk pakai...pagi...petang mase bila...petang... malam...hehehe
ReplyDeleteSebaiknya guna selepas mandi dan juga selepas cuci muka.
DeleteKalau malam, guna sebelum tidur.
DeleteHirusscar boleh ke digunakan pada luka bekas jahitan kantung mata
ReplyDeleteRasanya tidak sesuai sebab kantung mata bukan kawasan yang sesuai untuk letak hiruscar ni.
Delete